CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1102|Reply: 13

[Tempatan] Rasuah level penguatkuasa. RM1,000 kongsi tujuh orang?

[Copy link]
Post time 15-3-2018 11:55 AM | Show all posts |Read mode

Tujuh penguat kuasa MPK ditahan terlibat rasuah, salah guna kuasa
Diterbitkan pada Mac 14, 2018 20:28 MYT

SHAH ALAM: Tujuh anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana dipercayai meminta dan menerima suapan berjumlah RM1,000 daripada seorang pengusaha kafe siber tanpa lesen di Klang.

Menurut sumber SPRM, kesemua lelaki terbabit yang berusia 31 hingga 42 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Klang pada 1.45 tengah hari tadi.

Sumber itu berkata seorang daripada suspek bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas dirakam percakapanya hari ini.
Menurut sumber itu, pada 21 Okt tahun lalu, anggota penguat kuasa MPK membuat pemeriksaan lesen terhadap kafe siber terbabit dan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen hiburan.

"Bagaimanapun, penguat kuasa MPK terbabit telah meminta dan mengambil wang sebanyak RM1,000 daripada pengusaha kafe siber itu supaya tiada sebarang tindakan undang-undang dikenakan terhadap premis tersebut," kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata pihaknya kini dalam proses merakam percakapan kesemua suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata kesemua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Klang esok untuk proses permohonan perintah reman.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 12:51 PM | Show all posts
apeke bodo psl 1k je..da kene tgkap..kene berenti kj,gaji pencen sume xde.merempat la ko..cash
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 12:59 PM | Show all posts
salahguna kuasa...nampak kecil..tapi menyusahkan semua...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 03:00 PM | Show all posts
ini mungkin mereka kering wang  & tak berjaya kawal napsu jahat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni baru satu kafe.. ada byk mana kafe siber kat SA? Kayola kan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun jumlah rasuah nampak kecil bila dibahagikan kepada 7 orang namun korang kena ingat, usaha tangga kejayaan. Makan sikit-sikit, esok jadi bukit.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2018 11:28 AM | Show all posts
Gap gaji besar sangat lepas CNY arituh kut.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 11:40 AM | Show all posts
kalau jual burger tepi jln pun leh dpt lebih dr tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 03:14 PM | Show all posts
tu kecil lah , tengok pegawai jpj baru kuat, amount siasat sendiri....cecah byk wang kena....
simpan bawah meja......... hari hari jalan jalan jpj ni ..... huiyo siok nya pegawai jpj.....

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
apabila mereka yg menerima lebih busuk drp mereka yg memberi....betapa bodohnya depa yg menerima....sedangkan bertambah kayalah mereka yg memberi....bodohnya....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 09:13 PM | Show all posts
mmg kecik 1k itu port no1, mesti ada lagi port no 2,3,4,5,6,7
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 09:58 PM | Show all posts
Org yg memberi rasuah pun sama jijik dgn org yg meminta dan menerima rasuah. Malah mgkn lebih jijik lg. Kalau org minta rasuah, jgn dilayan....nasihatkan sikit biar dia sentap.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 10:07 PM | Show all posts
apa ke bodo resuah seribu.
alang kepalang biar 2.6 beliyon
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 10:11 PM | Show all posts
tak kisahla baper pun, janji duit.... rezeki jangan ditolak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.162988 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list