CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3337|Reply: 46

[Dunia] Finland negara paling bahagia di dunia. Malaysia langsung TAK TERSENARAI

[Copy link]
Post time 15-3-2018 11:57 AM | Show all posts |Read mode

Finland negara paling bahagia di dunia
15 Mac 2018 19


NEW YORK – Finland dipilih sebagai menjadi tempat paling bahagia di dunia untuk tinggal, mengatasi Norway yang berada di tempat pertama pada tahun lalu.

Laporan Kebahagian Dunia yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu meletakkan kedudukan negara berdasarkan harapan hidup, sokongan sosial, tahap rasuah dan kesihatan.

Laporan itu dikeluarkan menjelang Hari Kebahagiaan Antarabangsa PBB.

Norway berada di tempat kedua, Denmark ketiga, diikuti Iceland dan Switzerland. Manakala United Kingdom berada pada kedudukan ke-19, di belakang Kanada, Costa Rica dan Israel.

Kedudukan Amerika Syarikat juga jatuh pada tempat ke-18, jatuh empat tangga pada tahun lalu.

Di tempat ke bawah ialah Burundi, Republik Afrika dan selatan Sudan. Syria pula berada pada kedudukan ke-150.

Meik Wiking, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Kebahagiaan memberitahu: “Finland dipilih negara paling bahagia di dunia kerana mendapat skor purata tertinggi berbanding dengan penduduk lain dalam kajian ini.

“Finland sebenarnya jauh lebih ‘miskin’ daripada negara-negara lain, yang menjadikan mereka lebih baik untuk mengubah kekayaan menjadi kesejahteraan. Satu lagi perbandingan yang menarik boleh dibuat antara Finland dan Inggeris. Negara-negara ini berkongsi Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita yang sangat serupa, tetapi Finland menukar kekayaannya menjadi kesejahteraan dengan cara yang lebih baik daripada Britain,” katanya.

Laporan itu juga mengenal pasti terdapat tiga masalah kesihatan yang mengancam kebahagiaan iaitu obesiti, krisis opioid dan kemurungan dan ia berkembang di Amerika Syarikat lebih cepat berbanding negara-negara lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakkan negara-negara yang gembira terletak di Eropah atau kata lain, kokesen bangsa paling happy di dunia.
Dibandingkan dengan negara-negara Asia Timur yang terkenal dengan tekanan hidup yang tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 15-3-2018 12:05 PM
Kebanyakkan negara-negara yang gembira terletak di Eropah atau kata lain, kokesen bangsa paling happ ...

Budaya Asia pn byak yg stress mcm2 tak boleh ... Meanwhile budaya Barat lebih pd freedom... for me freedom is happiness
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 12:50 PM | Show all posts
Diharap orang orang Isle akan berbondong bondong pindah ke Finland dan kemudian menuntut Hudud dilaksanakan di sana!

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 15-3-2018 12:48 PM
Budaya Asia pn byak yg stress mcm2 tak boleh ... Meanwhile budaya Barat lebih pd freedom... for me ...

Haah betul.
Orang Asia terutama oriental banyak stress. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu-dulu suka dengar lagu band metal finland
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2018 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
DAP n PKR punca..segala gala ny.......nyah kau dri dunia nan fana ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin ke sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 05:01 PM | Show all posts

Tiket kapal torbang pon paling murah saya tgk Finnish Air tu pon da kaut RM6K lebih...belom campur lodging dan meal....
..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 05:26 PM | Show all posts
kawan aku dari finland and norway ni mmg nampak semedang happy. kalau meeting pun xde la nak menjerit2 mcm bangsa asia...bagai nak terkeluar anak tekak marahkan orang...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aikkk... Sweden Tak masuk top 5....
Mesti skor kurang kat kadar jenayah sbb byk refugee buat taik
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 06:00 PM | Show all posts
Dah analisis dibuat kafirun, dah tentu la weightage ikut acuan kafirun.

donia ni kan syorga nan kafirun.

hidup kat dunia pun purata 50 tahun. life is too short.

tunggu la lepas mati, nak tahu bahgia ke derita forever and eva.

kami muslim rileks je. setakat provoke korang dah hadam since zaman nabi lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 15-3-2018 05:01 PM
Tiket kapal torbang pon paling murah saya tgk Finnish Air tu pon da kaut RM6K lebih...belom campur ...

Sebab tu teringin tapi fikir kos lebih baik pergi tempat lain je.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin nak ke Finland juga. Dapat rasa bahagia seminggu pun jadilah
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 15-3-2018 12:50 PM
Diharap orang orang Isle akan berbondong bondong pindah ke Finland dan kemudian menuntut Hudud dilak ...

Katanya dunia ini ibarat syurga bagi Kafirun, manakala ibarat neraka bagi muslim..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:19 PM | Show all posts
negara2 Scandinavia dilimpahkan kebahagiaan dan kemakmuran oleh Tuhan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 09:48 PM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 15-3-2018 10:00 PM

Finland ni untuk rakyat dia, hampir semua benda free, budaya hidup berhutang bukan amalan, kalau kau terjatuh masuk golongan miskin / hilang kerja, BR1M tiap2 bulan government bagi. Kalau kau hari ni ter-homeless, esok kerajaan bagi rumah sewa murah, ditemubual pakar dan diberi fail pelan keluar dari masalah kewangan dibina ikut ciri-ciri kau. Harga rumah sebenarnya masih mampu milik bagi semua rakyat finland. Nak grad berapa kali pun silakan lah, uni free. Dulu ada usul nak kenakan yuran, 10 orang pelajar mulakan demo, hingga terjadi reformasi seluruh negara, tukar kerajaan terus.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
finesse replied at 15-3-2018 09:16 PM
Katanya dunia ini ibarat syurga bagi Kafirun, manakala ibarat neraka bagi muslim..

Siapa yg bangang sangat cakap camtu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 15-3-2018 10:20 PM
underground replied at 15-3-2018 06:00 PM
Dah analisis dibuat kafirun, dah tentu la weightage ikut acuan kafirun.

donia ni kan syorga nan k ...


Apa la ko ni. Cuba ko baca post #17 apsal ummah Finnish happy.

Dah kapir kokesen rajin buat benda gini. Nak negara2 Islam masuk list pi la kempen kat negara2 Islam buat research sebegini. Oh wait, negara2 Islam banyak yang sebok berperang jah. Kat nusantara ini pula negara Islamnya sebok dengan rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:28 PM | Show all posts
untung la negara yg happy, sini meeting baling kerusi meja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.093079 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list