CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2185|Reply: 28

[Tempatan] Rumpai Laut rahsia penduduk Semporna tambah bini

  [Copy link]
Post time 15-3-2018 05:24 PM | Show all posts |Read mode
'Amalan Makan Rumpai Laut, Ramai Penduduk (Semporna) Kahwin Lebih Seorang'- Menteri
    Published on Thursday, 15 March 2018 11:35



Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan masih ramai yang tidak tahu mengenai khasiat rumpai laut yang dilihat berpotensi besar untuk dimajukan dan dikembangkan sekaligus memberi pulangan lumayan kepada pengusaha di Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata orang ramai perlu diberikan pendedahan mengenai kelebihan rumpai laut yang antaranya mengandungi kolagen dan khasiat galian yang baik untuk kesihatan fizikal dan penjagaan kulit.

“Kalau saya katakan ia sebagai superfood, makanan yang hebat, semua orang kena tahu satu kandungannya (adalah) kalogen, (untuk) awet muda.

“Saya pernah pergi ke Pulau Bum Bum (Semporna), kita tengok kulit (pengusaha wanita) cantik, bersih, muda dan sebagainya, saya katakan; "Di sini (Semporna) ada tak orang yang kahwin lebih daripada seorang, semua diam..."

“Saya berjumpa dengan penduduk lebih kurang 400 orang, semua diam... akhirnya mereka ketawa. Mereka kata apa; "Hampir semua begini (kahwin lebih seorang)".

“Jadi saya nak katakan bukan dikaitkan dengn rumpai laut tadi, tetapi bahawa orang sana dikatakan mereka bangga, mereka sihat, mereka mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu dari segi fizikal yang dikaitkan dengan amalan makan rumpai laut.

“Rumpai laut dikaitkan mengandungi 46 mineral, khasiat galian, 16 jenis asid amino (dan) kandungan nutrisi yang cukup tinggi, tapi sudah tentu orang tidak tahu,” katanya pada sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Raime Unggi (Ahli Parlimen Tenom) yang ingin tahu mengenai langkah yang dilakukan oleh kementerian tersebut dalam mempromoskan  dan memasarkan industri rumpai laut di Sabah.

Katanya, kerajaan Sabah telah memperuntukan kawasan pesisir pantai seluas 38,000 hektar dan 28,000 hektar untuk pengusaha menternak rumpai laut di Semporna.

“Kita menganggap mengeluarkannya boleh memberikan satu pendapatan yang lebih tinggi kepada mereka yang mengusahakan.

“Di bawah kementerian juga, kita telah bekerjsama dengan lebih 1600 pengusaha untuk membangunkan kawasan secara estet dengan keluasan lebih 1000 hektar,” katanya menjelaskan pengeluaran rumpai laut setakat 2016 adalah sebanyak 206,000 tan metrik.

Beliau juga menjelaskan usaha sedang giat dilakukan untuk memastikan harga rumpai laut meningkat tinggi, dan ini akan menggalakkan lebih ramai pengusaha menceburi industri tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Chazey. ..sila komen...hehe. ..tak paham kaka apa yang muntri umno ni nak sampaikan. ..semua nak kait dengan seks ka apa...poligami ka. ..nak cakap pasal rumpai laut terus kait tambah bini...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih ada ka sabahan yg sanggup beli n rebus rumpai laut ni sampai jadi jelly.. adakah kulit awda da cantik. I makan supplement aja lah tak tahan dgn bau nya
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:30 PM | Show all posts
Jorja replied at 15-3-2018 06:08 PM
Masih ada ka sabahan yg sanggup beli n rebus rumpai laut ni sampai jadi jelly.. adakah kulit awda da ...

thn 2012 bkn main meletup lagi kan rumpai laut ni....

skrg ni nak cari pun dah tak tau kat mana...

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 15-3-2018 05:52 PM
Chazey. ..sila komen...hehe. ..tak paham kaka apa yang muntri umno ni nak sampaikan. ..semua nak kai ...

Tengok la menterinya sapa. If KJ cakap gitu boleh la juga nak heran.

Btw, kerabu rumpai laut sedap yach! Rumpai laut ni rasa macam meletup pop pop di mulut bila makan. Rasa masin air laut gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:56 PM | Show all posts
“Saya pernah pergi ke Pulau Bum Bum (Semporna), kita tengok kulit (pengusaha wanita) cantik, bersih, muda dan sebagainya, saya katakan; "Di sini (Semporna) ada tak orang yang kahwin lebih daripada seorang, semua diam..."

“Saya berjumpa dengan penduduk lebih kurang 400 orang, semua diam... akhirnya mereka ketawa. Mereka kata apa; "Hampir semua begini (kahwin lebih seorang)".

“Jadi saya nak katakan bukan dikaitkan dengn rumpai laut tadi, tetapi bahawa orang sana dikatakan mereka bangga, mereka sihat, mereka mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu dari segi fizikal yang dikaitkan dengan amalan makan rumpai laut.



seriously?? berkali2 ai baca... apa point sebenar ko pakcik?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2018 01:04 AM | Show all posts
banyak lagi makanan yg masuk kategori superfood.
spirulina, chia seeds, flaxseed, bluberries dan lelain.

btw, sape yang selalu amalkan makan rumpai laut ni?
ape health benefit yang nampak beza?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 05:45 AM | Show all posts
Jika cantik, tu aku sokonglah sbb pantai timur sabah bnyk campur filipina

Part kawen tu, rsa budaya sini kawen, cerai, kawen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 05:54 AM | Show all posts
Not from area Semporna

Tapi rumpai laut memang sedap, mudah dan berkahsiat

Sayangnya Menteri promote guna idea seperti ini (saya tak tahu pun ramai berbini lebih belah Semporna sana). Tak ada idea lain kah??
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
So menteri nak cakap rumpai laut setanding tongkat Ali lah?

Rumpai laut mmg lah bagus tapi untuk kecantikan..dorang kawen bnyk sbb gatal,xsdar diri susah ntah2 duk rumah sampan, sorry bukan mghina..xde kaitan dgan rumpai laut pon.menteri bila brcakap....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 07:39 AM | Show all posts
masih ramai yang tidak tahu mengenai khasiat rumpai laut


Lepas baca artikel ni, berduyun-duyun laki pergi beli semata-mata untuk kahwin lebih dari satu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 08:10 AM | Show all posts
alahaiii...x mkn tu pun ada jerk yg tambah bini..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Promote rumpai laut tu dah elok dah, niat tu bagus. Sekali kait dgn kahwin lebih dr satu. Hujung2 kesituuuu jugakkk.. Punyaalah banyak benefit rumpai laut ni, bab nikah kahwin lebih jugak yg ko highlight? Dasaaarrr tipikal jantan Melayu gateii
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 08:58 AM | Show all posts
tak faham aku, rumpai laut =poligami

yg tak cukup makan pakai pun gigih nak berpoligami
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 15-3-2018 01:30 PM
thn 2012 bkn main meletup lagi kan rumpai laut ni....

skrg ni nak cari pun dah tak tau kat mana ...

Still ada yg jual online sis tapi sendu dek trend suntikan kolagen
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:15 PM | Show all posts
tanakkampung1x replied at 16-3-2018 05:54 AM
Not from area Semporna

Tapi rumpai laut memang sedap, mudah dan berkahsiat

Betul ke byk khasiat ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 16-3-2018 01:04 AM
banyak lagi makanan yg masuk kategori superfood.
spirulina, chia seeds, flaxseed, bluberries dan le ...

Spirulina tu bukan kategori rumpai laut jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 16-3-2018 09:15 PM
Betul ke byk khasiat ?

Back in 2012-2013 I pagi2 smpai je ofis mmg makan spirulina Elken.... mmg elok... I boleh rasa beza sebelum dan selepas amalkan spirulina... cuma harga nya tu buat I tak jd nk consume lg utk jangka masa pnjg
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kat sini takde rumpai laut fresh...bli wakame kering je kalau teringin
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.068999 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list