View: 977|Reply: 13
|
[Dunia]
Alain Robert, 'French Spiderman' berjaya panjat Menara Tour Total, 48 tingkat
[Copy link]
|
|
'Spiderman' Perancis buat hal lagi
Reuters | Diterbitkan pada Mac 15, 2018 06:09 MYT
PARIS: Alain Robert, atau lebih dikenali sebagai 'French Spiderman' kerana hobinya memanjat mercu tanda terkenal di seluruh dunia, ulangi aksi sama, walaupun kini sudah berusia 55 tahun.
Menara terbaru yang didaki adalah menara keempat tertinggi di daerah perniagaan Paris, selepas berjaya mengelak pihak keselamatan.
Hobi yang bermula 11 tahun lalu, telah menyaksikan Robert memanjat 150 menara mercu tanda di seluruh dunia.
Ini termasuk menara Burj Khalifa, Dubai, menara tertinggi di dunia, Menara Eiffel, Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) dan Sydney Opera House.
"Ini adalah minat saya. Memanjat adalah salah satu cara hidup saya,"kata Robert.
Dalam aksi terbarunya, Robert hanya mengambil masa satu jam untuk memanjat menara Tour Total setinggi 614 meter.
Alain Robert hanya menggunakan kapur untuk memanjat menara Tour Total setinggi 48 tingkat - Foto AP
Dengan hanya menggunakan kasut dan kapur, Robert bergayut dari tingkap dan memanjat sejumlah 48 tingkat, dengan ditemani sorakan petugas di pejabat.
Ini adalah usahanya yang kedua dalam tempoh seminggu.
Pada Rabu, Robert cuba memanjat satu lagi menara di daerah itu, namun usahanya digagalkan pihak keselamatan.
Robert tidak pernah mendapat kebenaran untuk setiap aksinya.
Beliau pernah ditahan beberapa kali kerana tindakannya itu.
Pada 2008, Robert ditahan polis selepas menawan bangunan The New York Times untuk mengibarkan mesej berhubung pemanasan global.
Walaupun begitu, Robert memberi bayangan, minatnya ini tidak akan berhenti.
"Selagi saya mempunyai kekuatan fizikal, saya akan terus memanjat," menurut Robert. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku takut satu jer...minat dia ni la pengakhiran dia nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 17-3-2018 01:50 AM
Aku takut satu jer...minat dia ni la pengakhiran dia nanti.
Mcm penjinak ular dan steve hunter kan? |
|
|
|
|
|
|
|
kakiselit replied at 17-3-2018 02:03 AM
Mcm penjinak ular dan steve hunter kan?
Dan juga yang kat China yang panjat bangunan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kakiselit at 17-3-2018 02:10 AM
slavehunter replied at 17-3-2018 02:05 AM
Dan juga yang kat China yang panjat bangunan tu.
Dan russian ahli parkour tu. Semua mati sbb obses dgn hobi mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
kakiselit replied at 17-3-2018 02:09 AM
Dan russian ahli parkour tu. Semua mati sbb obses dgn hobi mereka.
Tula. Semua yang extreme memang risiko tanggung sendiri. Sebab dah minat jadi takde rasa takut. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 16-3-2018 11:08 AM
slavehunter replied at 16-3-2018 09:50 AM
Aku takut satu jer...minat dia ni la pengakhiran dia nanti.
Seperti climbing legend dean potter |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 17-3-2018 01:50 AM
Aku takut satu jer...minat dia ni la pengakhiran dia nanti.
Biar la. Bagi ai, lebeh memuaskan mati karna passion yang positip sebegini daripada mati sakit setelah bed ridden bertahun2. |
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 17-3-2018 01:50 AM
Aku takut satu jer...minat dia ni la pengakhiran dia nanti.
Pd I better la mati dalam kepuasan meskipun umur pendek drpd hidup lama beratus tahun sekalipun tp play safe n hidup mendatar |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 17-3-2018 02:56 AM
Seperti climbing legend dean potter
Seram....berani mati betul mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 17-3-2018 11:26 AM
Pd I better la mati dalam kepuasan meskipun umur pendek drpd hidup lama beratus tahun sekalipun tp ...
Masing2 punye choice.....tapi nama dia tetap akan ada dalam sejarah la. |
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 17-3-2018 04:01 AM
Biar la. Bagi ai, lebeh memuaskan mati karna passion yang positip sebegini daripada mati sakit set ...
Nasib masing2 kan..... |
|
|
|
|
|
|
|
beraninya..setakat pakai kapur je |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah selisih dgn dia di tangga sg wang dl2 ni
Orgnya kecik je
|
|
|
|
|
|
|
| |
|