CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2798|Reply: 35

[Tempatan] Sedihnya, 77 tahun beroperasi.. Pangkalan TUDM Sungai Besi ditutup bermula hari

  [Copy link]
Post time 15-3-2018 05:47 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Hampir 77 tahun beroperasi, pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang terletak di Jalan Lapangan Terbang Lama, Sungai Besi, dekat sini, akhirnya ditutup secara rasmi, hari ini.

Pernah dikenali sebagai Lapangan Terbang Sempang iaitu lapangan terbang pertama dibina di negara ini pada 1930 dan memainkan peranan penting dalam melaksanakan pelbagai operasi udara khususnya dalam konteks pertahanan.

Berdasarkan sejarah, lapangan terbang dengan kemudahan landasan sepanjang 273 meter itu awalnya ditubuhkan oleh British dan turut beroperasi sebagai lapangan terbang komersial.

Namun, atas dasar pertahanan ketika itu, ia kemudian dijadikan Pangkalan Udara Tentera British pada 1 jun 1941 dan dikenali secara rasmi sebagai Stesen RAF (Royal Air Froce Station).

Penubuhan sebagai Stesen RAF bagi memudahkan operasi udara di negara ini, selain bertindak sebagai pusat perhubungan dengan pangkalan tentera British di Seletar, Singapura ketika itu.

Malah, ketika penaklukan Jepun pada tahun 1942, pangkalan itu berfungsi sebagai pusat pertahanan RAF.

Pada 1 Ogos 1956, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkannya sebagai lapangan terbang bertaraf antarabangsa serentak dengan perasmian pembukaan bangunan pangkalan baharu yang menjadikannya lapangan terbang komersial dan pangkalan bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Persekutuan (TUDP) pada 2 Jun 1958, sekali gus menjadi lapangan terbang pangkalan udara rasmi.

Pada 25 Oktober 1960, British secara rasmi menyerahkan pangkalan udara ini kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bagi kegunaan TUDP (kini TUDM).

Pada 1965, fungsinya sebagai lapangan terbang Kuala Lumpur ditamatkan dan hanya beroperasi sebagai pangkalan udara TUDM yang berperanan mengoperasikan skuadron penerbangan serta pertahanan udara.

Namun, semalam operasi pangkalan udara TUDM ini secara rasmi ditamatkan dan dipindahkan ke Pangkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan.

Perpindahan dan penempatan semula ini selaras usaha modenisasi dan menaik taraf fasiliti TUDM berdasarkan keperluan masa kini.

Info:

  • Terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur dengan kemudahan landasan sepanjang 273 meter.
  • Dibina pada 1930 dan menjadi lapangan terbang pertama ditubuhkan British di negara ini.
  • Beroperasi secara rasmi sebagai Pangkalan Udara Tentera British pada 1 Jun 1941 dan dikenali sebagai Stesen RAF (Royal Air Force Station).
  • Ditubuh bagi memudahkan operasi RAF di negara ini, selain pusat perhubungan dengan pangkalan tentera di Seletar, Singapura.
  • Ketika penaklukan Jepun pada 1942, pangkalan ini berfungsi sebagai pusat pertahanan RAF.
  • Pada 1 Ogos 1956, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman mengisytiharkannya sebagai lapangan terbang bertaraf antarabangsa serentak dengan perasmian pembukaan bangunan pangkalan baharu.
  • Pada 25 Oktober 1960, British secara rasmi menyerahkan pangkalan udara ini kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bagi kegunaan TUDM.
  • Pada 1965, fungsinya sebagai lapangan terbang Kuala Lumpur ditamatkan dan hanya beroperasi sebagai Pangkalan Udara TUDM.
  • Pada 31 Mac 1969, pemerintahan pangkalan udara ini diterajui pegawai pemerintah tempatan iaitu Kapten Mohammed Taib.
  • 15 Mac 2018 secara rasminya Pangkalan Udara TUDM Kuala Lumpur ditutup.
  • Operasi pangkalan udara ini dipindahkan ke lokasi baru iaitu di Pangkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Demi China Komunis,
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ummah sendayan berbangga @terpaku
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 15-3-2018 09:03 PM
Mesti ummah sendayan berbangga @terpaku


Akhirnyo katobang menjojak juo bumi Ranah Minang ini
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:27 PM | Show all posts

Rasanya tapak tu nak buat rumah mampu milik kan Ane.....

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:29 PM | Show all posts
pyropura replied at 15-3-2018 05:25 PM
Akhirnyo katobang menjojak juo bumi Ranah Minang ini

bukan ada landasan pun kat pangkalan baru kat sendayan tu...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2018 10:22 PM | Show all posts
Kosong la sekarang kan? Boleh dah nak pergi curi rumput kapet kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:26 PM | Show all posts
over je ayat....selaras usaha modenisasi dan menaik taraf fasiliti TUDM ...burett ko lahh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 16-3-2018 01:38 AM
kelana36 replied at 15-3-2018 09:29 PM
bukan ada landasan pun kat pangkalan baru kat sendayan tu...


Laaahhhh ... tanpa landasan kalu, pengkalan udara simulator ke??
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:42 PM | Show all posts
tak sedih pun....

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlu selalu jugak lepas lalu tol kalau tak lalu terowong SMART, akan lalu lah lapangan TUDM ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:50 PM | Show all posts
sedih plak rasanya....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 15-3-2018 10:26 PM
over je ayat....selaras usaha modenisasi dan menaik taraf fasiliti TUDM ...burett ko lahh

Biasalah, ayat stendet umno  nak bagi kagum acik2 pelda semua
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde plak masuk tb3 suku smpai smggu. Isu air selangor yg dah setel duk repeat hari2
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts
sempat gak la melawat muzium tudm...
tinggal nama je la pasni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 04:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti berdirilah kondo mewah di situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya...selalu nampak bila lalu naik lrt star ke KL masa duk cheras dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah nak jual tanah ke komunis, mmg la kena bagi laluan kan? Anak kecil main api my asss kahkahkah @tobby @dcruins @whitemagic @Simunggu @akusukaq @rashiman @shamsadis @silencekiller @wajevo
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 06:53 AM | Show all posts
Lagubestbest replied at 15-3-2018 10:22 PM
Kosong la sekarang kan? Boleh dah nak pergi curi rumput kapet kat situ.

alaaa rumput karpet 1 x 1 aru dua ringgit..tu po ko nak curi..?

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:25 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 16-3-2018 06:29 AM
Dah nak jual tanah ke komunis, mmg la kena bagi laluan kan? Anak kecil main api my asss kahkahkah @t ...

klu baca berita bodoh pembangkang memang rata2nya fake news lebih kpd propaganda bodoh.

lapangan terbang Sg Besi - Lapangan terbang ini dah hilang nilai strategik ketenteraan dah lama dah. So tanah ini dijual dengan harga 400 juta tetapi digantikan oleh  syarikat 1MDB milik kerajaan dengan 7 lagi base camp tentera dan 1 pengkalan udara terbesar yang baru bernilai berbillion ringgit.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.320775 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list