CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1455|Reply: 13

[Politik] Berduit, berpendidikan tinggi, syarat utama jadi calon Bersatu

[Copy link]
Post time 15-3-2018 07:39 PM | Show all posts |Read mode



Pengumuman dibuat Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengenai calon pilihan raya umum memberi kejutan dan menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pemimpin parti. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Mac, 2018.

BERDUIT dan berpendidikan tinggi merupakan syarat utama untuk jadi calon Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perkara ini diumumkan oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu yang diadakan di Perak pada 4 Mac lalu.

“Muhyiddin kata, untuk menjadi calon Parlimen, seseorang itu perlu menyediakan wang sebanyak RM100,000.

“Untuk calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, perlu menyediakan RM50,000,” kata seorang ahli Majlis Tertinggi Bersatu kepada The Malaysian Insight, dengan syarat tidak dinamakan.

Seorang lagi ahli Majlis Tertinggi Bersatu memberitahu The Malaysian Insight, calon bagi kerusi Parlimen dan Bersatu perlu mempunyai pendidikan tinggi sebelum diterima menjadi calon.

“Sekurang-kurangnya kena ada ijazah, setakat lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja tak cukup.

“Ramai ahli MT terkejut dan Dr Mahathir Mohamad pun terkejut bila perkara ini diumumkan,” kata sumber yang tidak mahu dinamakan itu.

Menurut ahli Majlis Tertinggi Bersatu itu, pengumuman Muhyiddin mengenai syarat menjadi calon PRU14 itu menimbulkan ketidak senangan hati dalam kalangan pemimpin parti itu.

“Realitinya, pemimpin di bawah ini, walaupun tidak berpendidikan tinggi, cekap dalam menyusun jentera dan menjaga ahli parti.

“Syarat ini akan menyebabkan orang di bawah marah,” katanya.

Ketua Penerangan Bersatu Kamaruddin Mohd Nor ketika dihubungi tidak mahu mengesahkan atau menafikan mengenai syarat diletakkan terhadap calon parti itu untuk PRU14.

“Tujuan kita, seseorang calon itu mestilah mempunyai kemampuan. Bukan sahaja kemampuan dari segi kewangan, tetapi dari segi fikrah dan komitmen kepada rakyat.

“Itu yang mustahak. Kalau ada kemampuan untuk bantu diri sendiri, itu lebih bagus,” katanya kepada The Malaysian Inisght.

Baru-baru ini Bersatu menerima kemasukan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ideas Wan Saiful Wan Jan dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik.

Wan Saiful berkata beliau menyertai Bersatu untuk menyokong agenda perubahan.

Maszlee pada Isnin berkata beliau tertarik dengan potensi Bersatu dalam mencorakkan masa depan negara ini untuk membina Malaysia baharu.

Menurut ahli akademik itu, ia merupakan antara sebab beliau memilih untuk menyertai parti tersebut, dan bukannya parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain.

"57% daripada ahli Bersatu merupakan mereka yang berumur di bawah 35 tahun. Mereka inilah yang akan menjadi ejen perubahan.

"Hakikatnya Bersatu adalah parti orang muda dan parti masa depan yang akan menentukan hala tuju Malaysia yang baru," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat parti pada Isnin. – 15 Mac, 2018.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Yawnnnnnnn! Berpendidikan tinggi dan berduit tapi tak amanah pun tarak guna rakyat juga yang menderita
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
cHimo replied at 15-3-2018 07:47 PM
Yawnnnnnnn! Berpendidikan tinggi dan berduit tapi tak amanah pun tarak guna rakyat juga yang menderi ...

Macam la sifat amanah tu ko boleh tentukan by sijil... ini org ckap psal syarat2 la.. mcm ko apply kerja, org tgok kelulusan kau... Ada ke org apply kerja terus tanya emm awak amanah tak? Ada sijil? Kalo lobai pulak tambah lg 1, solat penuh tak? Nonsense.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nikaido at 15-3-2018 09:18 PM

Baguslah kl pendidikan tinggi .Kl umno, setakat ada srp pun dia ambik jd MB
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak setuju jah bab education tu... Nampak la konpiden sket akak nk vote
Drpd ko letak stok2 mcm jamal jamban
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde duit i nak join politik...huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2018 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab pundekdikan tinggi tu aku setuju, tapi syarat duit tu kenapa? Kalau tujuan nya nak elak rasuah, syarat kena ada 100k inggit tak memberi apa2 makna ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:56 PM | Show all posts
aku setuju sangat..  berpendidikan tu penting, berduit tu no comment, tapi kalau pilih calun yang memang dah kaya lagi bagus kot , nanti bila jadi YB tiba tiba jadi kaya dengan sekelip mata tu lagi mencurigakan. satu lagi , tahap kesihatan pun penting, jangan ambil yang yang tak medically fit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 15-3-2018 08:02 PM
Macam la sifat amanah tu ko boleh tentukan by sijil... ini org ckap psal syarat2 la.. mcm ko apply ...

Itu sebab kalau ada 2 syarat utama tuh pun jangan masuk politik kalau rasa tak boleh amanah... maaf ja la kalau kau salah tafsir komen sy tuh hahaa..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
bersatu ni memang takde duit... dana disekat... terpaksa cari calon berduit utk biaya sendiri kempen memasing, parti tak mampu tanggung...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:32 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 15-3-2018 10:37 PM

bagi aku yang penting..
amanah, jujur,  moral tinggi, ada karisma, knowledgeble, physically fit,
dan boleh turun padang perjuang hak rakyat.
dah nama pun wakil rakyat, patut fulltime bertugas untuk rakyat.
bukan pi amik bisnesman yang dah memang busy untuk jadi MP n YB.
tu bahalol nama nya.

dana kempen, parti patut kena cari.
orang kaya jadi calon ni, selalu masuk politik sebab nak lobi projek sajo.
membesar kan perut sendiri dan kroni.
ingat spesis ni kisah ker pasal orang lain?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:37 PM | Show all posts
kelana36 replied at 15-3-2018 09:56 PM
aku setuju sangat..  berpendidikan tu penting, berduit tu no comment, tapi kalau pilih calun yang me ...

part fit tu sgt perlu..nanti asyik ada PRK kata membazir la..ngabehkan duit,masa rakyat la...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 08:31 AM | Show all posts
amik yg semekin pun xmenjamin... kaya ke semekin ke ditabur duit byk gelap mata juga
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Stuju dgn syarat2 tuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.367103 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list