CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1538|Reply: 0

Israel dalang rancangan bunuh PM Palestin

[Copy link]
Post time 15-3-2018 08:15 PM | Show all posts |Read mode
Bakal raih manfaat jika Rami Hamdallah terbunuh                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              
Para pemimpin Palestin tidak menolak kemungkinan pembabitan Israel dalam serangan bom bahu jalan yang menyasarkan konvoi Perdana Menteri, Rami Hamdallah semasa lawatan ke Genting Gaza, semalam.
                     


Al-Jazeera melaporkan, pergerakan Hamas turut mengumumkan inkuiri bagi menyiasat letupan yang berlaku tidak lama selepas konvoi Rami melalui pusat pemeriksaan Erez yang dikenali penduduk Palestin sebagai Beit Hanoun.


  
Bagaimanapun Rami tidak ce­dera dalam letupan itu yang turut mengakibatkan sebanyak tujuh pengawal keselamatan perdana menteri berkenaan cedera ketika konvoi berkenaan dalam perjalanan menghadiri perasmian loji rawatan air kumbahan di Gaza.
Menurut sumber, Rami dan pemimpin politik kanan Hamas, Ismail Haniyeh yang bercakap dalam perbualan telefon pada hari sama bersetuju bahawa Israel mendalangi letupan terbabit memandangkan rejim Zionis merupakan pihak yang mendapat manfaat daripada insiden tersebut.
Jurucakap Pihak Berkuasa Palestin, Youssef al-Mahmoud menerusi agensi be­rita Palestin, WAFA bagaimanapun menafikan perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin itu berlaku.
Hamas menafikan penglibatan mereka dalam letupan itu selain mendakwa akan me­lancarkan siasatan dan akan membawa dalang ke muka pengadilan.
Ketua Keselamatan Hamas, Tawfiq Abu Naim diberikan tanggungjawab mengetuai siasatan itu.
Rami dalam sidang media di Ramallah sekembalinya dari Gaza berkata, sebanyak tujuh pengawal keselamatannya yang cedera mendapatkan rawatan di hospital sekitar Ramallah.
“Serangan itu tidak menggambarkan semangat patriotisme sebaliknya ia perbuatan pengecut dan tidak menggambarkan sikap rakyat di wilayah ini mahupun penduduk Gaza,” katanya.
Dalam perkembangan bera­singan, Pihak Berkuasa Palestin memboikot mesyuarat yang dipengerusikan White House tentang krisis kemanusiaan di Gaza yang disertai 19 buah negara termasuk Israel dan negara Arab.
Menurut jurucakap pentadbiran kanan AS, memulihkan Gaza adalah penting bagi mencapai perjanjian damai.
Penasihat Kanan Presiden Amerika Syarikat ( AS), Jared Kushner yang memantau proses damai Israel- Palestin bagi White House dilapor menyampaikan ucapan kepada wakil negara terlibat selama dua jam.
Namun kata jurucakap itu, potensi pelan damai AS tidak didedahkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.462953 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list