CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3405|Reply: 73

[Tempatan] Usul pulangkan RM430 juta dana berkaitan 1MDB tewas di Parlimen Swiss

[Copy link]
Post time 15-3-2018 08:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Voyagers at 15-3-2018 08:32 PM

Usul pulangkan RM430 juta dana berkaitan 1MDB tewas di Parlimen Swiss
Parlimen Switzerland hari ini menentang usul mengembalikan dana berkaitan 1MDB yang diperolehi secara salah kepada negara asalnya.

Usul itu dibentangkan oleh anggota parlimen daripada Parti Sosial Demokrat (SP) Carlo Sommaruga.
Sejumlah 138 anggota parlimen mengundi menentang usul itu dan hanya 53 menyokong. Tiada yang berkecuali.
Rampasan CHF104 million (RM430 juta) yang dikaitkan dengan 1MDB yang dirampas kerajaan Switzerland disebut dalam usul itu.
"Perjuangan ke arah keadilan dan solidariti serta melawan korupsi dan aliran kewangan haram akan diteruskan," kata Setiausaha Antarabangsa SP Peter Hug menerusi emel kepada Malaysiakini.
Ketika perbahasan, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland Ignazio Cassis berkata usul tersebut "terlalu umum".
Cassis adalah anggota Majlis Persekutuan, iaitu cabang eksekutif kerajaan negara itu.
"Usul ini...terlalu umum, kerana ia meminta Majlis Persekutuan masuk campur melangkaui apa yang mampu dilakukannya, ekoran pemisahan kuasa dan kebebasan kehakiman," katanya.
Cassis berkata keputusan untuk memulangkan dana haram perlu bergantung kepada keputusan sebarang prosiding jenayah.
"Majlis Persekutuan telah memainkan peranan penting dalam membantu pemulangan dana...dalam beberapa kas rasuah yang besar dan kompleks.
"Namun pemulangan seumpama itu sentiasa berdasarkan keputusan dan atas permintaan kehakiman," katanya.
Sebelum ini, SP menjelaskan dana haram yang dirampas di Switzerland tidak akan dipulangkan kepada kerajaan negara asal tetapi kepada rakyat.
Artikel 17 Akta Aset Luar Haram Switzerland (FIAA) menyatakan pemulangan aset perlu dibuat sama ada untuk menambahbaik kehidupan penduduk negara asal atau mengukuhkan kedaulatan undang-undang negara itu.
Artikel 18 akta sama pula menggariskan jika tiada persetujuan dengan negara asal, pengembalian aset akan dibuat melalui pertubuhan dalam negara itu atau antarabangsa, termasuk NGO.
Anggota parlimen pembangkang dan NGO di Malaysia melobi agar wang tersebut dipulangkan kepada "mereka yang berhak", iaitu rakyat Malaysia.


Kerajaan Switzerland merampas dana daripada tiga bank - Bank BSI, Coutts & Co dan Bank Falcon - selepas terbabit mencuci wang yang dikaitkan dengan 1MDB.
Ketiga-tiga bank kini membuat rayuan berhubung rampasan itu di Mahkamah Pentadbiran Persekutuan.
Menteri Kewangan Switzerland Ueli Maurer sebelum ini berkata dana tersebut disalurkan kepada perbendaharaan negara kerana tiada pihak yang menuntutnya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 15-3-2018 09:10 PM

Pulangkan ke negara Arob lah, kan duit IPIC tuwww .... IPIC ....IPIC .... swiss giler.... DOJ giler     
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:09 PM | Show all posts
So dah jelas, dana2 tu kepunyaan bank2 yg di amanah kan oleh Pak Arab Abu Dhabi IPIC,dari level  gang2 pak arab ni laaaa Jho Low nyerrr money trails dikesan, kalau ada pendakwaan pun takat level bank2 ni & IPIC jerrr laaaa kena, tuuu pun kalau mahkamah Swiss jumpa apa2...... , dah boleh tukar tune dah media2 barat astro ulang2 tuuu, tukar tune piii "Skandal IPIC", apa barang kait 1MDB pulak.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:18 PM | Show all posts
cehhhh baru je aku rule out kan ppim dapat duit tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 15-3-2018 10:09 PM
So dah jelas, dana2 tu kepunyaan bank2 yg di amanah kan oleh Pak Arab Abu Dhabi IPIC,dari level  gan ...

Najib Dah bayar parlimen swisszerland
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 15-3-2018 10:09 PM
So dah jelas, dana2 tu kepunyaan bank2 yg di amanah kan oleh Pak Arab Abu Dhabi IPIC,dari level  gan ...

Tapi kalu duit IPIC napa gomen Arob tak tuntot?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2018 10:35 PM | Show all posts
pyropura replied at 15-3-2018 10:28 PM
Tapi kalu duit IPIC napa gomen Arob tak tuntot?

Tuuu kan 3 bank lantikan dia dah buat rayuan,Swiss buka laaa kes betul2, bagi peluang bela diri.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:36 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 15-3-2018 10:19 PM
Najib Dah bayar parlimen swisszerland

duit Abu Dhabi & kerabat2 dia daaaa, dah tanggungjawab bank2 mereka urus & jaga  dana2 yg dirampas Swiss tuuu......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 15-3-2018 10:36 PM
duit Abu Dhabi & kerabat2 dia daaaa, dah tanggungjawab bank2 mereka urus & jaga  dana2 yg dirampas ...

Ye lah napa gomen Emirati tak protes pada Swiss?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:40 PM | Show all posts
pyropura replied at 15-3-2018 10:38 PM
Ye lah napa gomen Emirati tak protes pada Swiss?

mana kiterrr tau kalau dalam diam2 mereka berhubung, dia nyerrr hal laaaa, tuu dah bawah tanggungjawab mereka untuk selesai kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 15-3-2018 10:43 PM
dcruins replied at 15-3-2018 10:40 PM
mana kiterrr tau kalau dalam diam2 mereka berhubung, dia nyerrr hal laaaa, tuu dah bawah tanggungj ...


...kalau .... kalau ....mana tau... mana tau... ingatkan dah confirm dan dah terbukti duit Ipic  
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:49 PM | Show all posts
pyropura replied at 15-3-2018 10:42 PM
...kalau .... kalau ....mana tau... mana tau... ingatkan dah confirm dan dah terbukti duit Ipic  ...

nak tau camnerrr kalau IPIC tak derrr berhubung dengan pihak Swiss??? you CIA ke dapat trace communication mereka 24 jam??

dah memang tuuu bank2 lantikan IPIC & kerabat2/partner mereka punnn, kalau 1MDB nyerrr lantikan, dah lama kena jemput piii sana, tak payah pakai status "1MDB linked money" jerrr memanjang, ayooooo.........
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 15-3-2018 10:49 PM
nak tau camnerrr kalau IPIC tak derrr berhubung dengan pihak Swiss??? you CIA ke dapat trace commu ...

Kalau bkn kena mengena imdb nape x saman kerajaan swiss? Kan buat malu negara je? At least hadi ada jg telur saman kt uk
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:22 PM | Show all posts
Edited by dcruins at 15-3-2018 11:23 PM
sub5zero replied at 15-3-2018 11:15 PM
Kalau bkn kena mengena imdb nape x saman kerajaan swiss? Kan buat malu negara je? At least hadi ad ...

Nak saman kenapa?dia pun guna status "1MDB linked money" jerrr memanjang, tak berani tuduh direct bertahun....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 15-3-2018 11:22 PM
Nak saman kenapa?dia pun guna status "1MDB linked money" jerrr memanjang, tak berani tuduh direct  ...

Klau malu nk saman apsal x mintak injunction jgn guna perkataan imdb? Jawab2 ;p
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:35 PM | Show all posts
sub5zero replied at 15-3-2018 11:29 PM
Klau malu nk saman apsal x mintak injunction jgn guna perkataan imdb? Jawab2 ;p

Tak semudah tuuu nak mohon injunction kat jurisdiction negara orang,gilerrr apa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dipulangkan kepada rakyat?

So bile la nk masuk dlm akaun i ek. Hope dorang ade la no akaun i
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 15-3-2018 10:49 PM
nak tau camnerrr kalau IPIC tak derrr berhubung dengan pihak Swiss??? you CIA ke dapat trace commu ...

Ok u said Swiss ada berhubungan dgn IPIC, then kenapa Swiss declare  nak bagi duit tu kat Msia pulak? Napa tak Swiss senyap2 je pulangkan ke Arob tuh? Adoiii ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 16-3-2018 01:35 AM
sub5zero replied at 15-3-2018 11:29 PM
Klau malu nk saman apsal x mintak injunction jgn guna perkataan imdb? Jawab2 ;p


Hehe.... nak tau jawapan dia? - kalau.... mana tau.... mungkin .... tak confirm juga rupanya itu duit IPIC   
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 16-3-2018 01:32 AM
dcruins replied at 15-3-2018 11:22 PM
Nak saman kenapa?dia pun guna status "1MDB linked money" jerrr memanjang, tak berani tuduh direct  ...


Sebab whoever owned the money failed to explain the legit source of the money ... dan rekod transaksi bank tu money clearly from 1Mdb. Ada berapa 1Mdb dlm doniya nih? Dan ada brapa nugara doniya ni yg ada 1mdb?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.076354 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list