CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5369|Reply: 48

[Tempatan] Ranking Jatuh Lagi, TMJ Letak Jawatan.

  [Copy link]
Post time 16-3-2018 12:36 AM | Show all posts |Read mode
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pengumuman mengejutkan itu dibuat di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Khamis malam.

Berdasarkan postingnya yang bertajuk ‘Sejarah Tercipta, Sudah Tiba Masanya’ itu, peletakan jawatannya dibuat susulan kedudukan skuad kebangsaan yang jatuh tiga anak tangga dan beliau menganggapnya sebagai satu kegagalan besar.

"Baru-baru ini ranking pasukan kebangsaan telah jatuh tiga anak tangga dan ini merupakan satu kegagalan yang amat besar!

"Oleh itu, saya rasa Presiden FAM harus letak jawatan. Terima kasih untuk segala galanya dan ia telah menjadi satu penghormatan untuk berkhidmat kepada bola sepak Malaysia. Selamat maju jaya," tulisnya pada posting tersebut.


Beliau turut mendedikasikan ucapan kepada seluruh penyokong bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan isteri serta anaknya dengan menulis: "Daddy's home!"

Menurut TMJ sepanjang memegang jawatan tersebut beliau telah memperbetulkan struktur bola sepak tanah air, menarik para penaja untuk menyumbang dana kepada bola sepak negara dan menyediakan pelan jangka panjang seperti melakukan kerjasama bersama La Liga.

"Saya juga telah memperjuangkan hak penyiaran untuk kesemua pasukan bertanding di Liga Malaysia bagi meningkatkan kestabilan kewangan.

"Ini adalah satu sejarah dalam bola sepak tanah air apabila buat pertama kalinya setiap pasukan bertanding telah menerima sebanyak RM1 juta hingga RM3 juta setahun untuk wang hak penyiaran yang mana setiap pasukan tidak lagi menggunakan duit rakyat daripada kerajaan," kata beliau.

Tambahnya lagi, skuad Bawah 23 (B23), B19 dan B16 telah berjaya melakar sejarah buat pertama kali apabila berjaya mewakili negara dalam pertandingan peringkat tertinggi di Asia.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena bawak masok pak itam aprika banyak2, lepas tu bagi taraf bumiputra, baru kita ada pool pemain2 yg banyak dan meluas - ni satu cara nak tingkatkan mutu bolasepak kita lah
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau tmj pon xbjaya, xboleh imejin org lain boleh ke x angkat pasukan malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Jujurnya tmj balik jelah jaga jdt 2..jdt tu pon cam merudum lepas tmj lepaskan pada tta..bawak jelah jdt naik ke international cam dulu2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 07:46 AM | Show all posts
ermmmm...jaga JDT je laa....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 08:26 AM | Show all posts
cepat nyerrr letak jawatan???.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2018 08:27 AM | Show all posts
sukan bola sakai...buang duit buang masa.... genetik org malaysia xboleh forward dah dengan bola sakai...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 08:27 AM | Show all posts
anony-mous replied at 16-3-2018 02:44 AM
Klau tmj pon xbjaya, xboleh imejin org lain boleh ke x angkat pasukan malaysia

perlukan keajaiban kenabian...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 08:34 AM | Show all posts
so shafiq rahim bersara balik?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 08:44 AM | Show all posts
yeayyyy.....nuar musang blh la masuk bertanding blk
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Fighter tahi kuceng.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 08:48 AM | Show all posts
Realistic jerrr laaa Presiden seterus nyerrr, kena terima tuuu jerrrr kemampuan player kiterrr, next nyerrr leader FAM kena tahan caci jerrr laaaa.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 08:48 AM | Show all posts
dulu2 bukan main serang fam, tak sampai setahun dah lepas jawatan ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 08:58 AM | Show all posts
Pendapat aku la... mana2 yg suka bolasepak dlm negara berharap agar TMJ boleh jadi presiden bola dia org. Bolasepak moden perlu duit yg banyak.

Bg aku dia ok apa. Daripada org lain yg tak tau apa kepentingannya. Nak lantik sapa lepas nih. Nuar musa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:07 AM | Show all posts
come on TMJ, kenapa cepat naw give up? at least pegang 3 yrs..sebab mana boleh kita expect peningkatan mendadak. n jangan campur adukkan antara JDT n skuad Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:32 AM | Show all posts
Edited by snazzydaisy at 16-3-2018 09:45 AM


dulu sebelum dpt jawatan, cakap bukan main gah lagi. Bila dah diberi tanggungjawab, then diuji dgn sedikit kegagalan, terus give-up & letak jawatan. Sepatutnya dia lebih bermotivasi utk baiki kegagalan tu. Senang benar cuci tangan yer!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bubar jelah pasukan Bola taik ayam ni..poyo n eksyen je lebih ..menghabiskan dana je salur duit kat dorg..pasal kekonon fanatik bola la walaupun kaki bangku sukan2 lain yg lagi mendunia kat malaysia ni terabai
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesia bukan takde player baik2 ..  tapi kelab2 yg banyak duit termasok jdt ni pengap dan tak bagi main utk national team .
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:54 AM | Show all posts
banyak nau drama.
carik la presiden yang matang n professional sket.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 16-3-2018 09:54 AM
banyak nau drama.
carik la presiden yang matang n professional sket.

Aku rasa letak presiden dari langit pun tak mampu buat apa2 selagi kelab2 punya kuasa mutlak . Yg sepatutnya kerabat2 diraja ini jauhkan diri dari urusan bolasepak . Ia sepatiuutnya berjalan secara profesional dgn tujuan menaikkan nama negara .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.905729 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list