View: 41758|Reply: 130
|
[Tempatan]
UPDATE: Sekali lagi dato berkat doa(Fadino) ditahan untuk membantu siasatan.
[Copy link]
|
|
Edited by sehirkedi at 19-5-2018 05:56 PM
Mohd Fadino Khairuman @ 'Dato berkat solat' telah diberkas oleh pihak berkuasa dalam operasi bersepadu antara PDRM, BNM, NRRET (National Revenue Recovery Enforcement Team) dan lain-lain sekitar jam 3 pagi bersamaan 15 Mac 2018 di kediamannya.
Credit: Ponzi Scheme Alert & Anti Ponzi Malaysia Facebook
Luqmanul Hakim Abd Rahim Facebook
Update: Gambar sebahagian harta Dino yang telah disita bawah AMLA.
Credit gambar: Jebon 007
***AMLA:
The Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLA) is the primary statute governing the AML/CFT regime in Malaysia. The Act was gazetted as law on 5 July 2001 and came into force on 15 January 2002.
The AMLA provides for the offence of money laundering and terrorism financing and the measures to be undertaken for the prevention of money laundering and terrorism financing offence.
The AMLA provides wide-ranging investigation powers including powers for law enforcement agencies and Public Prosecutor to freeze and seize properties that are involved or suspected to be involved in money laundering or terrorism financing offences, and the power of the court to forfeit properties derived from the proceeds of serious crimes.
Under Section 4 of the AMLA, any person who commits a money laundering offence and shall on conviction be liable to imprisonment for a term not exceeding 15 years and shall also be liable to a fine of not less than 5 times the sum or value of the proceeds of an unlawful activity or instrumentalities of an offence at the time the offence was committed or five million ringgit, whichever is the higher.
Ps: Sapo lak nak jage anak anak anak 8 orangs & bini bini binis dino yang comel lottei 3 orangs tu setelah dino bakalan mereput dalam lokap nanti?
_________________________________________________________
Kuala Lumpur: Menawarkan keuntungan tinggi hingga 30 peratus bagi setiap pelaburan mata wang asing (forex) dan mata wang digital (bitcoin).
Itu taktik licik pemilik syarikat produksi bergelar Datuk yang dipercayai aktif melakukan penipuan itu lebih lima tahun lalu.
Malah, suspek berusia 30-an itu dipercayai sudah menjerat ratusan mangsa di seluruh negara dengan jumlah kerugian dianggarkan puluhan juta ringgit.
Sumber berkata, polis menerima 23 laporan di seluruh negara berkaitan kes penipuan pelaburan forex dan bitcoin didalangi suspek dengan jumlah kerugian RM13.9 juta.
“Hasil siasatan mendapati suspek bergiat aktif dalam mempromosikan pelaburan forex sejak 2013 hingga 2015 manakala bitcoin sejak 2016 sehingga kini,” katanya semalam.
Katanya, berdasarkan laporan polis diterima, polis mengarahkan suspek tampil di Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara, Ibu Pejabat Polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman untuk membantu siasatan kes itu.
“Suspek yang pernah bekerjasama dalam pembikinan filem tempatan terkenal ditahan ketika memberi keterangan di pejabat JSJK jam 5.30 petang, semalam (kelmarin).
“Penahanan suspek itu susulan kes penipuan pelaburan membabitkan mangsa mendakwa ditipu suspek bergelar Datuk Paduka pada September 2014,” katanya.
Beliau berkata, mangsa mendakwa ditawarkan menyertai skim pelaburan yang mampu memberi keuntungan berganda.
“Ahli perniagaan wanita berusia 47 tahun itu kemudian memasukkan wang RM10,500 pada Oktober 2014 ke dalam akaun bank diberikan suspek.
“Mangsa bagaimanapun menyedari ditipu selepas tidak memperolehi bayaran keuntungan seperti dijanjikan sebelum membuat laporan di Balai Polis Kajang pada 2 November tahun lalu,” katanya.
Sumber berkata, suspek kini direman tujuh hari bermula 16 hingga 22 Mei ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 ( Akta 613).
“Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan pelaburan forex dan bitcoin yang dijalankan suspek diminta tampil membuat laporan polis,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mei 2018 @ 10:25 AM |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Semoga terus eksis..eksis tu apa? Nama macak indon je berkat solat ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-3-2018 06:01 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
zeed replied at 16-3-2018 05:42 AM
Semoga terus eksis..eksis tu apa? Nama macak indon je berkat solat ni..
iols tak perasan perkataan 'eksis' kat fb dino ni.. gigih iols google ape tu maksud eksis... |
|
|
|
|
|
|
|
Eksis bodoh apa dato ni? Selayaknya kena tangkap! |
|
|
|
|
|
|
|
Ekzis ape, MCM budak WeChat. Sempga terus exit |
|
|
|
|
|
|
|
or nak type success...tersilap jadi eksis..hahah |
|
|
|
|
|
|
|
Rahsia kejayaan le sgt |
|
|
|
|
|
|
|
X suke la sampai kt FB pun letak dato.
Ke mana sgt nk berlagaknye |
|
|
|
|
|
|
|
sekalung tahniah atas kejayaan YB Dato kerana eksis dalam kerjaya YB Dato, salam ceria keria selalu |
|
|
|
|
|
|
|
Kot tgkap utk siasatan..pastu lps..kami berpuas ht dgn kerjasama beliyau...... |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak tangkap ke
Forex gwgfx dah lame berkubur 2015
partner dato scammer lg sekor tak kena tgkp pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Tangkap sekali partner2 diaorg dlm gwgfx tu semua.. sekali dgn wakil2 gwgfx johor kasi kaut semua.. ramai dah kena tipu dgn depa ni.. polis jgn bagi lepas... polis kena telus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknya lah penipu gini masuk jail.. |
|
|
|
|
|
|
|
jap, cerita kepolisan dengan dana dari skim ponzi?
ke macam mana?
tak paham |
|
|
|
|
|
|
|
ponzi ni kira macam piramid skim ke tuh... skim pak man telo..? |
|
|
|
|
|
|
|
hahhaa padan muka scammer...byk lg ek org join aktibiti bodoh ni..mana ade jalan senang nak kaya oi |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka scammer...
Para pelabur boleh dapat semula x duit mereka? |
|
|
|
|
|
|
| |
|