CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5143|Reply: 55

[Tempatan] 'Seguni pucuk paku, hadiah terhebat'

  [Copy link]
Post time 16-3-2018 09:37 AM | Show all posts |Read mode
'Seguni pucuk paku, hadiah terhebat'

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/03/321590/seguni-pucuk-paku-hadiah-terhebat

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Mac 2018 @ 10:50 PM

Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my


AZWAN (tengah) bersama anak Orang Asli suku Jahai di pendalaman Tasik Banding, Gerik.  FOTO Ihsan Azwan Ismail

BAGI guru di bandar pada kebiasaannya akan menerima hadiah bunga, coklat atau cenderahati berharga lain sempena Sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun.

Keadaan itu berbeza di pendalaman apabila guru menerima seguni pucuk paku dan ikan air tawar daripada anak murid terdiri dalam kalangan anak-anak Orang Asli di Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Kejar di Gerik.

Itu pengalaman dirasai Azwan Ismail, 32, atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Wan Pang dalam kalangan anak muridnya apabila ditugaskan mengajar di dua sekolah untuk masyarakat Orang Asli iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang dan SK Sungai Kejar.

Katanya, pelawat dari jeti awam Tasik Banding perlu menempuh perjalanan menggunakan bot selama hampir lima jam untuk kedua-dua sekolah berkenaan.

“Sebagai guru saya tetap berasa terharu meskipun menerima hadiah pucuk paku dan ikan air tawar pada sambutan Hari Guru. Hanya Allah yang tahu perasaan gembira saya ketika itu.

“Bagi saya itu hadiah hari guru paling hebat pernah diterima, memang tak harapkan sebarang balasan kerana saya cuma menjalankan tugas.

“Pada kebiasaannya saya akan memasak pucuk paku dan ikan sebelum dihidangkan kepada anak murid untuk kami akan makan bersama-sama,” katanya.

Azwan yang berasal dari Kupang, Baling, Kedah berkata, tanggungjawab diamanahkan dipikul sebaiknya meskipun berdepan masalah komunikasi kerana masyarakat Orang Asli suku Jahai, langsung tidak memahami bahasa Melayu.

Malah, dia menganggap perkara itu cabaran demi menjalankan amanah untuk mendidik 50 murid Orang Asli berusia tujuh hingga 12 tahun di SK Sungai Kejar, manakala 20 lagi di SK Sungai Tiang.


AZWAN (kanan) memberi taklimat kepada anak muridnya sebelum acara sukaneka pada program Mekar Orang Asli Perak 2018 anjuran Jabatan Pendaftaran Negara di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang, Tasik Banding, Gerik. FOTO Abdullah Yusof

Misi Azwan, mengajar mereka menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) dan dia berasa puas apabila kebanyakan murid di SK Sungai Tiang sudah dapat mengenali huruf serta membaca.

“Di SK Sungai Kejar pula (murid) agak ketinggalan kerana lokasinya amat jauh di pedalaman, sekali gus menyebabkan proses pembelajaran menjadi sukar,” katanya.

Selain Azwan, wartawan turut menemui 11 lagi guru lain bersempena program walkabout Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di SK Sungai Tiang, baru-baru ini.

Menurutnya, jarak antara dua sekolah itu memerlukannya menaiki bot selama sejam setiap hari antara Isnin hingga Khamis.

“Bagaimanapun saya seronok menjalankan tugas hakiki ini dengan memikul matlamat kementerian iaitu membasmi kadar buta huruf dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk masyarakat Orang Asli.

“Mereka ini lebih gemar belajar di bawah pokok, jadi kami jarang guna bangunan kelas disediakan. Mungkin mereka ini lebih selesa menghirup udara segar,” katanya yang baru mendirikan rumah tangga empat bulan lalu.

Katanya, boleh dikatakan setiap hari hidupnya ditemani anak murid yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

“Walaupun terpaksa mengajar dua sekolah yang jaraknya jauh antara satu sama lain, namun saya seronok dan menganggapnya sebagai cabaran dalam hidup,” katanya.


MURID Orang Asli bermain sepak takraw di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang, Tasik Banding, Gerik. FOTO Abdullah Yusof

Menurutnya, antara pencapaian terbaik pernah dicapai apabila muridnya mendapat A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
“Tidak kisah berapa A diperoleh, yang penting mereka dapat membaca, menulis dan mengira,” katanya.

Menceritakan perasaan ketika ditugaskan di pedalaman, Azwan berkata, tidak dinafikan pada mulanya dia mengalami perasaan takut dan risau.

“Timbul persoalan mampukah saya hidup dalam hutan. Fikiran saya runsing memikirkan pelbagai perkara termasuk jarak perjalanan ke Kampung Sungai Tiang yang jauh dan mencabar, kawasan itu juga tidak ada liputan telekomunikasi.

“Alhamdulillah selepas lapan tahun berkhidmat di sekolah berkenaan kebimbangan itu hilang, sebaliknya seronok bergaul dengan masyarakat Orang Asli di sini.

“Murid-murid memberi kerjasama baik, tidak ada masalah disiplin. Memang saya berasa puas setiap kali melihat mereka semua membaca dan menulis dengan lancar,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap pucuk paku. Zaman kanak2 itu indah
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau akk suke jer dpt pucuk paku..goreng pecah telur sedapnya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:47 AM | Show all posts
pernah dulu aku tumpangkan org asli naik keta dalam hutan balak..bawak keta pikap aku tupmangkan satu kawanan wanita org asli balik dari meniaga sayur tak silap..diorg hepi sgt..aku htr ke kpg asap..aku pun balik base camp mcm biasa..the next day diorg datang hatar sayur puck paku pucuk ubi cili apa..hahaha banyak gila.

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:51 AM | Show all posts
tahniah cikgu.. sedap tu pucuk paku..
orang bandar nak makan kena beli satu ikat rm3..
tu pun pucuknya sikit je..
daun lebar je lebih
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar no 1 tu...puas aku cari mana cikgu azwan dok menyelit....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2018 10:05 AM | Show all posts
cantik tmpt ni, pernah buat operasi kat sini awal taun 90an
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 10:08 AM | Show all posts
sedapnya buat  masak lemak pucuk paku
ikan air tawar pun sedap tu...
best nyaaa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 10:10 AM | Show all posts
sedapnya pucuk paku... buat kerabu pastu ikan sungai goreng garing....


Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 10:20 AM | Show all posts
tahniah cikgu azwan
semoga terus berbakti dan janganla termasuk dalam golongan guru duka lara
he baru kawen 4 bulan katanya
mohon wifenya memahami tugas suami dan beri support
banyak pahala cikgu ni dapat
dah 8 tahun mengajar kat ctu
anak2 orang asli pun mesti dah terbiasa, dah sayang cikgu ni


sedap weh pucuk paku masak gulai cili api
hoiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 10:24 AM | Show all posts
ini baru betul niat nak mendidik

tapi mmg bestnya lah kalo dapat sebakul pucuk paku
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya, task banding grik
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 12:51 PM | Show all posts
Bukan nilau hadiah tapi ingatan dan tanda terima kasih yang ikhlas lebih penting dan berharga
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas cikgu
Nampak ikhlasnya berbakti sbg cikgu
Jgn jd mcm certain cikgu.... Baru keje 1 thn dah merengek2 nk mintak tukar dekat dgn parents la, laki la, bini la..pastu bila x dpt tukar, salahkan PPD la, jabatan la.. Kowserrrr
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya ikan air tawar. .....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 16-3-2018 03:21 PM

aku masa dulu suka makan ulam pucuk paku segar dgn sambal belacan asam remia , sama nasi panas dan ikan goren ranggup.best giler wehh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 04:11 PM | Show all posts
sedap nya ikan air tawar tu, goreng makan dengan nasi panas2
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 05:10 PM | Show all posts
zulka replied at 16-3-2018 10:05 AM
cantik tmpt ni, pernah buat operasi kat sini awal taun 90an

wah tua dah la ko ek
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini baru dinamakan pendidik yang sanggup korbankan apa sahaja untuk anak bangsa. Baru real punya lilin yang membakar diri.

Bukan macam sesetengah cikgu-cikgi...stress tak boleh berjauhan la..kerja2 pentadbiran bertambah lahh..ape lahh..cikgu jenis macam ni la yg patut diberhentikan dari perkhidmatan awal2 lagi...berlambak lagi orang yg nak masuk bidang perguruan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 08:14 PM | Show all posts
kakiah12 replied at 16-3-2018 09:46 AM
Kalau akk suke jer dpt pucuk paku..goreng pecah telur sedapnya..

biasa pucuk paku masak kuah lemak ke? kaka selalu confuse pucuk paku dan kangkung ahmad mazlan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.086466 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list