CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1306|Reply: 14

[Tempatan] Bukan 1, 2 atau 3 tapi 10 anggota polis menyamun ditahan

  [Copy link]
Post time 16-3-2018 09:42 AM | Show all posts |Read mode
10 anggota polis menyamun ditahan

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/03/321554/10-anggota-polis-menyamun-ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Mac 2018 @ 7:27 PM

Safeek Affendy Razali dan Fazrik Kamaruddin
cnews@nstp.com.my


FOTO hiasan

SEPULUH anggota polis ditahan selepas dipercayai melakukan samun ketika menjalankan pemeriksaan ke atas warga asing dalam operasi di Air Panas, Setapak, Jumaat lalu.

Dalam kejadian 8.30 malam, sekumpulan anggota polis terbabit yang memakai ‘vest’ polis dilaporkan memeriksa beberapa unit kediaman yang disyaki didiami oleh warga asing di kawasan itu.

Semasa pemeriksaan itu, salah seorang penghuni sebuah kediaman yang juga buruh binaan, 62, bersama isterinya diperiksa lalu menunjukkan kad pengenalan diri dan pasport milik wanita terbabit.

Selepas berpuas hati, anggota terbabit menjalankan pemeriksaan ke rumah jiran buruh binaan berkenaan sebelum menahan seorang lelaki dan wanita warga Indonesia didapati tidak memiliki dokumen.

Pada masa sama, salah seorang penghuni meminta bantuan buruh binaan terbabit untuk membebaskan lelaki dan wanita itu sebelum mereka berunding untuk membuat bayaran sebanyak RM2,000.

Buruh binaan itu kembali ke rumahnya untuk mengambil wang dalam seluarnya yang turut mengandungi barang kemas.

Dia kemudian mengambil wang tunai RM2,900 dalam almari lalu menyimpannya dalam seluar sebelum meletakkan seluar itu di atas katil.

Lelaki itu kemudian kembali ke rumah jirannya untuk menyerahkan wang RM2,000 seperti dijanjikan sebelum anggota polis yang menaiki sebuah van putih mempunyai logo polis dan sebuah lori berwarna biru gelap beredar.

Sekembalinya ke rumah, lelaki itu mendapati wang tunai RM2,900, 10 cincin emas, dua utas rantai emas, empat gelang emas dan satu anting-anting dalam seluarnya, hilang.

Berikutan itu, lelaki terbabit kemudian membuat laporan di Balai Polis Setapak untuk tindakan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan penahanan 10 anggota polis terbabit untuk membantu siasatan.

“Kita sudah menahan semua anggota yang disyaki terbabit dalam kes samun itu dan tindakan sudah dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur,” katanya.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes polis dgn PATI dah lama berlanjutan . Mereka umpama lubok utk polis carik makan . Pasal tu soal lambakan pendatang tanpa izin takkan berakhir pasal selagi mereka ada selagi itu pokis boleh cari makan . Ditangkap dilepas ditangkap di lepas . Sama kes dgn pengedar dadah . Janji kosnya lumayan .
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku lebih suka stail RELA utk diletakkan ditempat2 panas . Mereka lebih efisyen utk mengawal dan cukup dgn 50 hinggit utk mereka bekerja . Ditambah dgn alasan pehak polis yg selalu tidak cukup tenaga kerja .
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu cerita ni benar, gaji anggota polis patut di naikkn lagi utk mengelakkm rasuah & merompak....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 10:35 AM | Show all posts
bole jadi indicator kemajuan ekonomi tak? rakyat dgn mudah bagi rasuah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 11:25 AM | Show all posts
xde agensi keselamatan lain selain polis
wat la FBI, CIA, ke NSA ke apa

ni klu polis buat kes, kene rpot polis juga, cmne klu yg direport tu ada ramai sedara pangkat tinggi dlm polis?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2018 03:23 AM | Show all posts



Di mana mana negara POLIS suka ambil kesempatan di atas pendatang haram.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 03:24 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 15-3-2018 05:59 PM
Klu cerita ni benar, gaji anggota polis patut di naikkn lagi utk mengelakkm rasuah & merompak....


LAgi banyak gaji bulanan lagi kuat depa merompak dik. Kena hukuman yang kaw kaw baru depa ni sadar diri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2018 06:34 AM | Show all posts
Di negara mundur je polis suke ambil kesempatan ke atas pendatang haram...

Some country polis sekarang pakai Bodycamera (bodycam) bg setiap shift, and balai polis dipasang CCTV di setiap ceruk bg pengawasan dan sekiranya ape2 berlaku ke atas tahanan CCTV footage akan ditunjuk kepada public ( as they said tax are paid by public and to public they belong)

In this case, terpencil jek, ade satu negeri tu... polis naik motor suke buat pengawasan di kawasan kilang2 as a target utk pekerje kilang, dapat ditangkap tp atas arahan perkara tersebut diminta DISENYAPKAN... sbb tu byk foreign worker tak percaya dengan sistem penguatkuasaan kite

Rasanye bukan polis je...smue badan berkanun pun mcm ni...sedih...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis dan Rela mmg suka sgt pau Pati
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dess402 at 17-3-2018 06:48 PM
DARSITA replied at 17-3-2018 03:24 AM
LAgi banyak gaji bulanan lagi kuat depa merompak dik. Kena hukuman yang kaw kaw baru depa ni sad ...


boleh ..  kita boleh naikkan gaji agar mereka ada ruang sedikit selesa . Kemudian baru kita boleh kuaykuasskan hukuman yg lrbih berat .   Sekurang2nya merrka akan beringat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 06:50 PM | Show all posts
Polis menyamun masa buat tugasan? Inilah bila dah takde integriti.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaki paw, gangster berlesen
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis geng kunyit pun ramai...baru je kena ngorat dgn abam polis sado..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 01:48 PM | Show all posts
Polis jahat ni memang wujud.

Tabik pada buruh 62 tahun tu.  Orang lain mungkin akan give up all hopes tapi dia masih laporkan kepada polis juga.

dan tabik juga pada polis yang ambil tindakan atas geng sendiri.

All is not lost for this country.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.357055 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list