Mahkamah Rayuan hari ini menamakan semula kerajaan sebagai defendan dalam saman RM100 juta yang difailkan oleh Shaariibuu Setev dan cucunya atas kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh bersetuju dengan hujah yang dikemukakan oleh peguam Setev, Sangeet Kaur Deo dan Ramkarpal Singh, bahawa ada isu yang perlu dibicarakan.Dua lagi hakim yang bersidang sama adalah Datuk Vernon Ong dan Datuk Ahmadi Asnawi.Keputusan dibuat sebulat suara dan mahkamah juga membenarkan kos RM1,000 dibayar oleh kerajaan.Dengan keputusan hari ini, defendan dalam saman itu kekal, iaitu bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar, Penganalisis Politik Abdul Razak Baginda dan kerajaan.Perbicaraan saman sivil itu dijangka bermula pada bulan Mei.
Post time 16-3-2018 11:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalo ikut teori macai2 hamno, ahtentuya tu yg letupkan diri sheols sendiri
Mana mungkin ada org nak bunuh sheols
Akak penah tgh gambo memdiang dan 2 anak lelaki dia. Ms tu kecik2 lg.
Anak2 mendiang skang mesti dh jd anak teruna.. Mohon mereka balas dendam dgn si pelaku.. Hutang nyawa harus dibayar dgn nyawa
Tuntutan sah2 berpuloh2 juta..tapi belum tentu dapat..lawyer go for the maximum je..hakikatnye nan hado..silap ribulan kalo menang kes pun Gomen cuma liable 100 k je..
Post time 16-3-2018 12:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
cmf_premierleag replied at 16-3-2018 11:13 AM
Kalo ikut teori macai2 hamno, ahtentuya tu yg letupkan diri sheols sendiri
Mana mungkin ada org nak ...
Kalau ikutkan gaya hero filem Tamil, anak mangsa akan mengheret penjahat ke kandang mahkamah selepas berjaya menewaskan 100 bodyguard sang penjahat dengan mudah sekali.