CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3059|Reply: 1

Nak Buat Pai Mini? Hanya Guna Dulang Kiub Ais Dah Siap

[Copy link]
Post time 16-3-2018 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Pai mini ini sangat mudah disediakan dan sesuai untuk parti hari jadi, pesta keramaian atau minum petang. Sebenarnya anda boleh menggunakan apa jua jenis bahan sebagai inti pai mengikut kreativiti atau kegemaran anda.


Foto: Youtube




Berikut adalah resipi mudah yang anda boleh cuba!


BAHAN-BAHAN
Kerak Pai yang telah sedia dibuat. (Kalau tak jumpa di pasaran, boleh Google sendiri cara buat kerak pai)
Telur (yang telah dipukul dan dicampur sedikit air)
Pepperoni mini yang telah dicincang
Parutan keju mozzarella
Sos Pizza
Oregano



Foto:Twistedfood.co,uk



CARA-CARA


1.Panaskan ketuhar dengan suhu 180C


2.Letakkan kerak pai yang telah digiling ke dalam dulang kiub ais. Tekan kerak mengikut bentuk kiub ais.  


3. Letak setengah sudu teh campuran pepperoni mini, sos pizza dan parutan keju ke dalam setiap kiub. Kemudian sapukan setiap sudut dengan telur dan tutup dengan sekeping lagi kerak pai.

4.Gunakan penggelek ke atas kerak pai. Potong kerang yang berlebihan dan terbalikkan dulang kiub ais ke atas papan pemotong.





5.Potong pastri hingga jadi sepotong kiub setiap satu.


6.Sapu dengan telur setiap kiub pastri dan taburkan oregano ke atasnya.  


7.Bakar selama 25-30 minit sehingga berwarna keemasan.  



Foto:Twistedfood.co.uk



Nyummm! Nikmati ia dengan sos kegemaran anda! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2018 02:16 PM | Show all posts
sedapppp nyaaaa cheese beger pai tuuuuu...lapaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.086376 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list