CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2074|Reply: 7

Dah Tengah Malam Tapi Susah Tidur? Cuba Ambil Makanan Ini!

[Copy link]
Post time 16-3-2018 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Sama ada anda ingin tidur nyenyak, atau bangun dalam keadaan segar esoknya, inilah antara makanan yang akan membantu anda mendapat tidur paling berkualiti.


Wanita yang mendapat 33 peratus lebih waktu tidur mempunyai peluang lebih untuk mencapai berat ideal, seperti yang dilaporkan dalam jurnal Obesity.


Jom tengok apakah makanan itu.

1. Kiwi


Buah kiwi dan mangga yang menyelerakan



Buah ini adalah snek paling sempurna. Kajian Taipei Medical University di Taiwan menunjukkan, apabila makan dua biji kiwi sejam sebelum tidur, mereka tidur lebih sejam.


Kiwi, melon, tomato hijau dan hirisan daun pudina yang menyihatkan



Kiwi kaya dengan vitamin C and E, serotonin dan folat yang membantu anda tidur lena.




2. Kacang Soya



Tauhu yang diperap dengan rempah ratus dan digoreng atau panggang




Makanan ini mengandungi tryptophan yang berguna untuk penghasilan melatonin dan berkesan untuk menenangkan badan dan minda bagi mendapatkan tidur nyenyak.




3. Bijirin


Badam, beri biru (atau pisang) dengan semangkuk biji chia bersusu




Mengambil lebih serat menjamin tidur lena. Ia dikaitkan dengan gelombang tidur 'restorative' iaitu lebih banyak makan, lebih lena tidur seperti tertulis dalam kajian terbitan Journal of Clinical Sleep Medicine.


Serat menghalang peningkatan gula dalam darah yang merendahkan melatonin. Makanan tinggi serat adalah kekacang, artikok, bijirin bran dan quinoa.



4. Ikan


Ikan dengan sos masak lemak cili padi pun ok



Kebanyakan ikan terutama salmon, halibut dan tuna kaya vitamin B6 yang diperlukan untuk membuat melatonin (hormon penyebab tidur yang terhasil kerana keadaan gelap), menurut artikel Annals of the New York Academy of Sciences.



5. Jus Ceri Masam


Sayuran hijau yang banyak khasiat. Jus ceri tanpa gula menjamin tidur lena



Jus ceri yang tinggi melatonin mampu mendapatkan tidur lena. Apabila anda tak boleh tidur, minumlah secawan jus ceri dua kali sehari dan insomnia kronik akan beransur hilang.  




6. Dadih


Foto: Anabolic Men




Produk tenusu seperti dadih dan susu meningkatkan kalsium. Mengikut kajian, kekurangan kalsium menyebabkan seseorang sukar tidur.




7. Bijirin


Sesekali ambil barli bagi menggantikan nasi



Bulgur (sejenis gandum), barli dan bijirin lain kaya magnesium. pengambilan terlalu sedikit magnesium menyebabkan kesukaran tidur seperti dilaporkan dalam Journal of Orthomolecular Medicine.



8. Kale


Produk tenusu kaya dengan kalsium tapi sayur-sayuran hijau, misalnya kale dan collard (sejenis kubis), juga tinggi kalsium. Jika kalsium kurang, tidur sukar lena.



9.Pisang


Mudah, menyelerakan dan berkhasiat



Ia terkenal kaya dengan potasium dan sumber terbaik Vitamin B6 yang diperlukan untuk menghasilkan melatonin (sila lihat no:4)  




Bagi yang sukar tidur, jangan lupa ambil makanan sesuai untuk sajian makan malam, ya. Selamat tidur dengan mimpi indah. - CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols sebelum tido minum susu.Sama je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 12:41 PM | Show all posts
Knowing most Malaysian kebanyakan mereka mana nak layan makan western food sebegini kecuali yg no 4 dan mo 6 tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols minum green tea je b4 tido..Aman2 je lena
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 09:31 AM | Show all posts
mouth watering...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 10:38 AM | Show all posts
layan makanan mcm ni...
sambil tu tgk tv.. movie pulak best...
sudahnya sampai 6pagi tak tido
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2018 04:28 PM | Show all posts
iols dulu culture shock. sbb makan2an berkhasiat semua memahal harganya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Semuaaa nampak sedappp... But jus ceri masam tu takleh la... I love cherries but yang manis saja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.052882 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list