CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4061|Reply: 11

Sesuai Dengan Tekak Melayu, Jom Masak Pasta Masak Lemak

[Copy link]
Post time 16-3-2018 11:43 AM | Show all posts |Read mode

Foto - Butterkicap



Tidak semua menyukai makanan Barat tetapi jika ia diubahsuai dengan memasukkan elemen masakan Melayu pasti akan ada yang menyukainya. Ini kerana sukar bagi segelintir daripada kita untuk mengubah citarasa yang dibentuk daripada kecil lagi.


Kali ini kami ingin berkongsi satu resipi masakan yang dikongsi oleh Selebriti Masakan Ili Sulaiman di laman sesawang Butterkicap yang luar daripada kebiasaan.


Resepi itu adalah Pasta Masak Lemak. Menarik bukan? Kebiasaannya pasta digunakan dalam masakan barat seperti carbonara dan lain-lain lagi. Tetapi kali ini Ili Sulaiman telah mengubah suai masakan ini mengikut citarasa tempatan.


Jadi jom kita lihat bahan-bahan dan juga bagaimana menyediakan Pasta Masak Lemak oleh Ili Sulaiman.


Bahan-Bahan
* 200g pasta linguine
* 4 keping bakon daging salai
* 2 biji telur kuning itik (diasingkan)
* 1 batang serai
* 1 helai daun kunyit (dihiris nipis)
* 2 helai daun limau purut
* 3 sudu besar minyak
* Garam laut (secukup rasa)
* Gula perang (secukup rasa)
* 1/2 cawan air suam
* 1 cawan santan


Bahan kisar
* 6 biji cili padi
* 1 biji cili merah
* 1 cm halia muda
* 1 cm kunyit hidup
* 2 biji bawang merah sederhana besar
* 4 ulas bawang putih
* 1 cm lengkuas


Cara-caranya
1) Masukkan semua bahan kisar ke dalam pengisar dan tambahkan 1/4 cawan air lalu kisar semua bahan hingga halus.


2) Kemudian rebuskan pasta selama 3-5 minit pada suhu sederhana tinggi.


3) Setelah masak, tapis air rebusan tetapi simpan sedikit air rebusan pasta untuk digunakan kemudian.


4) Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak pada suhu sederhana panas.


5) Apabila minyak sudah mula panas, masukkan kepingan bakon daging, dua keping pada satu masa. Goreng bakon sehingga rangup. Proses ini akan mengambil masa kira-kira 3-5 minit.



Foto - Butterkicap



6) Apabila sudah rangup, angkat bakon dan letakkan di atas pinggan untuk disejukkan dan potong bakon pada ketulan kecil apabila ia sudah sejuk.


7) Tuangkan sedikit minyak sayuran di dalam kuali dan apabila ia sudah panas masukkan bahan kisar dan tumis selama 3-5 minit sehingga wangi.


8) Setelah bahan kisar menjadi lebih gelap, masukkan serai dan tumis selama 2 minit lagi sebelum dimasukkan ¼ cawan air ke dalam bahan tumisan jika kering.


9) Selepas bahan tumis pecah minyak masukkan santan dan kacau rata.


10) Biar sos masak sehingga mendidih dan padamkan api. Jika sos terlalu pekat, masukkan ¼ cawan air. Perasakan sos dan rasa.


11) Ambil sesenduk pasta dan gaul dengan sos kemudian gunakan garfu dan gulung pasta lalu hidangkan di atas pinggan lain. Tabur ketulan bakon daging bersama-sama telur kuning itik.



Foto - Butterkicap



Tidak remeh bukan. Kelihatan begitu mudah disediakan dan jika anda ingin memberi kelainan terutamanya kepada ibu bapa kita yang kurang gemar makanan Barat resipi ini amat sesuai. Selamat mencuba. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts

Org malaysia pun xpernah buat mi masak lemak
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 06:49 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 16-3-2018 11:53 AM
Org malaysia pun xpernah buat mi masak lemak

kann.....

Tak kena pada tekak....


Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 16-3-2018 06:49 PM
kann.....

Tak kena pada tekak....

Dulu mamee buat mi segera kuah lontong pun dah cukup pelik..dah x keluar agknya sekaranh
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tk sedap ja... hihi..lain org lain rasa
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 05:06 PM | Show all posts
kenape keringg mane lemak nyeeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2018 03:02 PM | Show all posts
suce sucre punya pasta masak lemak boleh tahan gak rasanya....hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 04:37 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 16-3-2018 08:17 PM
Dulu mamee buat mi segera kuah lontong pun dah cukup pelik..dah x keluar agknya sekaranh

Ada lagi rasanya...sedap!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2018 04:39 PM | Show all posts
Haritu penah makan spagetthi masak lemak. sedap gilos
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapp gila , dah try !
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 01:38 PM | Show all posts
Nak try la. Rasanya kat suka sucre bistro ada menu ni. Tapi dia pakai daging salai.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.125211 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list