CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3479|Reply: 19

"Siapa Tak Nak Kahwin?"- Risteena Sedang Tunggu Jodoh Tiba

  [Copy link]
Post time 16-3-2018 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Sebaik sahaja usia meningkat dewasa, pasti kita tidak akan terlepas daripada ditanya soal jodoh. Ini merupakan soalan wajib baik lelaki mahupun perempuan dan bagi mereka yang rimas pasti mudah melenting bila masih tidak menjumpai calon pasangan sehidup semati.


Foto: IG Risteena


Artis seperti Risteena juga tidak ketinggalan apabila disoal oleh orang sekeliling bila mahu berumahtangga. Dia juga sentiasa bersedia dan menjangka soalan begini akan ditanya oleh sesiapa.

Foto: IG Risteena


“Kahwin? Tak tahu lagi. Sekarang saya ‘busy’ cari duit tapi kalau saya nak kahwin memang akan bagitahu orang ramai.”


“Yalah, siapa tak seronok nak kahwin kan? Tapi yang penting sekarang saya bahagia bersama famili dan kawan-kawan,” katanya kepada Media Hiburan.


Foto: IG Risteena


Dia juga menjelaskan dia hanya berkawan dengan sesiapa sahaja dan sememangnya usia sebegini sudah tiba masanya untuk mencari jodoh yang bersesuaian.


Foto: IG Risteena


“Saya kawan dengan semua orang, umur pun dah 29 tahun dah, mestilah kena mencari kan? Buat masa ini Ris memang berkawan sahaja, nak tengok kalau ada yang sesuai.”


“Tapi pada Ris, kalau boleh nak lah juga rasa bercinta tu, kenal hati, budi masing-masing. Tak nak lah terus ada yang masuk meminang lepas tu kahwin”, tambahnya lagi.


Risteena juga tidak meletakkan had umur untuk dirinya menamatkan zaman bujang.


“Ris takut nak letak target kahwin ni, sebab nanti kalau tak capai malu, jadi kita tengoklah dulu macam mana,” katanya.


Jangan bimbang Risteena. Nanti jodoh akan sampai juga bila sudah tiba masanya. Jangan terburu-buru dalam mendirikan rumahtangga. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tak ape la.. kje la dlu.. cri duit puas2.. sheolss nie lg elok brlakonnya kalo nk dibndgkn dgn adknya tue.. jauh btul bezanya.. tp, sheolss dh brlakon lama gak kan.. msti mmpu bli kondo dan merz mcm adknya tue..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 04:19 PM | Show all posts
aku suka tgok dia dr adiknya yg tergedik2 tu.. xde lg gosip2 liar mcm adik dia kluar dgn Dato Red buaya tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka ngan risteena. Lawa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukeee risteena ni...so cantikkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 04:59 PM | Show all posts
lawaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2018 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudia pakcik2 jerung, risteena dh bagi hint dah tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauh bezanya Risteena ni dgn adiknya dari segi lakonan.. tp job adiknya yg kayu kayan tu lg lebat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Prefer dia ni dr adik dia
Lakonan pun xde la kayu
Tp pic 1st tu mcm iklan tukang urut dlm paper dl2
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 08:10 PM | Show all posts
mak tengok mak hayam risteena ni lawa jugak..apasal ye asyik ulang iklan jadi bini penagih..tak de job lain ke nyah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 09:08 PM | Show all posts
Berganda helok sheols dr adiknya yg mulut kepit tu..
Berlakon pun ok
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada tak gambar sheols tak bermekap?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka dengan sheloulsss cantik.. Kurang kontroversi
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau pendek sgt. Hilang taste aku
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 01:20 PM | Show all posts
ini mesti desakan dr makcik2 bawang kepam...pedulikan jer diaorg, klu sorg lagi aman, bole gi mana kita nak tanpa ada yg menghalang...kita jaga mak bapak kita lagi banyak pahala dari kawen kerana mulut2 puaka makcik2 bawang gila tote ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayu je muka risteena ni. Suka tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2018 08:22 PM | Show all posts
umur dah 29.. muda lagi tu dik. boleh lagi cari apa yg patut dalam hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa dlm drama kurang sket make up nya..nway
..sape adik dia???
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 09:30 PM | Show all posts
Edited by addamnor at 17-3-2018 10:18 PM

cikki kalau umur 20 an tak preggy lagi sayang juga kerna nak beranak nak menjaga anak ini kena kudrat muda.. kalau umur 40 baharu nak start pregnant, banyak complication dek..

so kalau umur 25 sudah jumpa jantan elok, kau kahwin jah la dek.. nak memlih milih pon berpada pada..tok sah duk dengar sangat kata andartu malaysia yang konon2 pura2 bahagia living alone itu semua waima tak berlaki. itu kata2 looser yang gagal mendapat jodoh atau cikki hodoh tak laku dek perangai jengkel, so tak ada jantan yang hendak akan mereka sebetul betul hendak..
cuma kau jngn main sauk jah bila cari laki kalau tidak merana.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
addamnor replied at 17-3-2018 09:30 PM
cikki kalau umur 20 an tak preggy lagi sayang juga kerna nak beranak nak menjaga anak ini kena kudra ...

setuju 100%
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.145917 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list