CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2678|Reply: 30

[Tempatan] Isa Samad mungkin disisihkan pada PRU14

  [Copy link]
Post time 17-3-2018 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Isa Samad mungkin disisihkan pada PRU14

https://www.malaysiakini.com/news/416034

Diterbitkan 17 Mac 2018, 12:44 tengah hari  |  Dikemaskini 17 Mac 2018, 12:57 tengah hari



Pemimpin Umno yang juga anggota parlimen Jempol di Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad dilihat bakal disisihkan pada pilihan raya umum akan datang.

Pesaing utama Isa di Jempol adalah ketua bahagian Umno di kawasan itu, Datuk Mohd Salim Sharif yang pernah menjadi setiausaha politik beliau.

Mohd Salim mengambil alih bahagian Umno Jempol pada tahun 2013 dan dilantik sebagai senator setahun kemudian.

Beliau dilihat berada dalam kem Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan yang dilihat bersaing dengan kem Isa di negeri itu.

Menurut sumber yang biasa dengan politik di Jempol, Isa jarang dilihat berada di kawasan itu.

Sebaliknya, Salim secara aktif berinteraksi dengan pengundi serta parti komponen BN dan dilihat sebagai bakal calon untuk kerusi tersebut.

Salim bahkan ada bertanya kepada penduduk Jempol sekiranya mereka akan menyokongnya jika dilantik sebagai anggota parlimen.

Isa adalah menteri besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.

Pada tahun 2004, beliau menang jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu, tetapi jawatan dan keanggotaannya digantung selepas beliau didakwa membeli undi.

Isa membuat kemunculan semula pada 2008 dan setahun kemudian, beliau memenangi pilihan raya kecil di Bagan Pinang dengan majoriti besar.


Pada tahun 2010, beliau dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusi Felda.

Bagaimanapun, beliau tidak lama kemudian terlibat dalam beberapa skandal melibatkan agensi berkenaan dan digantikan dengan anggota parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.

Najib kemudian menamakan Isa sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).

Dua bulan kemudian, Isa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan pembelian hotel oleh Felda.

Walaupun Isa merupakan anggota Parlimen Jempol selama dua penggal selepas menang di kawasan itu pada PRU 2004 dan PRU 2013, beliau merupakan ketua bahagian Umno Teluk Kemang.

Bulan lalu, Mohamad Hassan mengumumkan Ketua Publisiti MIC, VS Morgan sebagai calon BN di Teluk Kemang.

Ketika dihubungi, Isa enggan mengulas jika beliau akan mempertahankan Jempol pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak tahu," katanya sambil ketawa.

Ditanya sama ada Salim akan diletakkan bertanding di Jempol, Isa juga mengunci mulut.

"Saya tidak mahu mengulas pada masa ini, biarlah presiden (Umno) memutuskan," katanya kepada Malaysiakini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2018 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
aik da mcm2 kes blh rilek lg nk jd calon. X msk jail pun da rahmat besar tau x.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 04:04 PM | Show all posts
CANTEK tshirt heshe.
Orange the new black konsepnya gituh
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
gila tak nak bagi dia bertanding. nanti dia ngadu kat mak angkat dia rosmah gemuk tu terus settle
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Buang terus menteri2 yang korup. ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Raya pun semayang Kat pilah, kg Bini..what jempu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2018 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuci embun di pagi hari
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok diam2la kat tepi..tayah masuk bertandinglah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2018 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
dah2 la melahap tu.... motif tak kena humban dlm penjara...... tak padan pendek nafsu bkn main.... wpun korg tak tahu lepas subuh isa wirid sampai sejam.... korg apa tahu....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 06:00 PM | Show all posts
hanakikan replied at 17-3-2018 04:12 PM
gila tak nak bagi dia bertanding. nanti dia ngadu kat mak angkat dia rosmah gemuk tu terus settle

Eh hari tu ada forumer sini cakap dia ni pakcik si rosmah gemuk tu yg kebal dr sebarang pertuduhan salah laku. Kompius pulak i
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh plis..ank si katik ni pon jgn la bg bertanding jawatan dlm umno.
Sbb bunga2 perangai ikut genetik tu 10 thun dulu da ada
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Part nih geng jho low pon terkunci mulut.
Masing2 tertanya2 dama ada nak attack isa ke nak backup.

Sbb puak penyokong jho low nih akal fikiran dia ikut bijan. Bukan ada pendapat sendiri pon.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Pokcik rosmah mansur ni,,
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulik ape. Dia dah kaya
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Cacai semua tunduk menjilat je kan @tobby @rashiman @whitemagic @akusukaq @zulfa @memeque20 @shamsadis @Simunggu
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
AHMADVW replied at 17-3-2018 07:12 PM
Pokcik rosmah mansur ni,,

die masing pegerusi spad ke apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2018 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 17-3-2018 09:17 PM
die masing pegerusi spad ke apa?

Spad syed hamid albar , semua nak bazir wang rakyat ja,, baik bubar jpj
Felda dia ni yg bg lingkup
Mara anuar musa kaki lingkup
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
AHMADVW replied at 17-3-2018 09:35 PM
Spad syed hamid albar , semua nak bazir wang rakyat ja,, baik bubar jpj
Felda dia ni yg bg lingku ...

yg bodoh sapa p undi yg dah tahu korup... maybe terlalu termakan budi...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 09:56 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 17-3-2018 09:52 PM
yg bodoh sapa p undi yg dah tahu korup... maybe terlalu termakan budi...

Najib bg jawatan sbb ura2 ckp dia tutup kes najib kat Pd dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
AHMADVW replied at 17-3-2018 09:56 PM
Najib bg jawatan sbb ura2 ckp dia tutup kes najib kat Pd dulu.

u help me i help u
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.094563 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list