Huntong tikah AR buat kan lagu utk tunang tersayang
Awi Rafael Kenal Atikah Sewaktu Menjadi Kekasih Hanez Suraya[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2018 6:07 PM
[size=0.75em]Awi Rafael dan Atikah Suhaimi bertuinang pada 17 Mac lalu di Singapura. FOTO: Instagram Awi Rafael.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Penyanyi Awi Rafeal berkata dia mengenali tunangnya, Atikah Suhaimi ketika masih menjadi kekasih kepada pelakon Hanez Suraya sebelum aktres itu berkahwin pada 2015. [size=0.98em]Bagaimanapun Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, 32, memberitahu hubungannya dengan Atikah semakin serius sejak lima bulan lalu. [size=0.98em]“Sebenarnya saya kenal Atikah dah tujuh ke lapan tahun lalu. Ketika itu saya masih kekasih kepada Hanez Suraya.
[size=0.98em]“Tapi kami hanya kenal dan berhubung sebagai kawan sahaja. Namun lima bulan lalu, saya dan dia semakin rapat. [size=0.98em]“Sejak itu, kami semakin serius dan mengambil keputusan untuk membawa hubungan itu ke peringkat seterusnya,” kata Awi kepada mStar Online.
[size=0.98em]Hanez Suraya semakin sunyi dari dunia seni. FOTO: Instagram Hanez Suraya. [size=0.98em]Awi ditemui ketika sidang media Gema Gegar Vaganza Musim Kedua di Hotel Istana pada Rabu. [size=0.98em]Tambah Awi, sifat penyabar dan tenang serta sentiasa positif yang ada pada pelakon itu membuatkan hatinya terpikat. [size=0.98em]“Atikah ini seorang yang sangat penyabar dan tenang orangnya. Dia juga sentiasa positif dan sifat-sifatnya itu membuatkan saya terpikat,” ujarnya. [size=0.98em]Kedua-dua mereka berasal dari Singapura. [size=0.98em]Dalam pada itu, Awi juga ada mencipta sebuah lagu istimewa berjudul Rahasiaku untuk buah hatinya itu.
[size=0.98em]Awi Rafael dan Atikah Suhaime [size=0.98em]Lagu tersebut juga merupakan salah satu lagu di dalam album terbaru Euphoria yang akan dilancarkan tidak lama lagi. [size=0.98em]“Lagu terbaru Rahasiaku itu sangat istimewa buat saya kerana ia dicipta dan ditujukan khas untuk Atikah. [size=0.98em]“Malah, ia juga salah satu lagu dalam album terbaru saya yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Dalam album itu mengandungi lapan buah lagu,” katanya. [size=0.98em]Awi dan Atikah bertunang pada 17 Mac lalu yang mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini tiada laporan mereka bercinta. [size=0.98em]Pasangan tersebut melangsungkan pertunangan di Royal Palm, Clarke Quay Singapura dan akan melangsungkan perkahwinan pada 15 Mac tahun depan.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... sDxAbpYukpCOgXPF.99
|