CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1754|Reply: 11

[Tempatan] Rezeki padi berbuah dua kali

[Copy link]
Post time 17-3-2018 11:02 PM | Show all posts |Read mode



Petani di Kampung Padang Setol mengerat padi selepas berbuah buat kali kedua selepas menuainya pada Januari lalu.



PEDU - Petani di sekitar Kampung Bukit Baling dan Kampung Padang Setol mendapat bonus selepas pokok padi mereka berbuah kali kedua sejak akhir-akhir ini.

Pokok padi yang berbuah semula selepas aktiviti menuai beberapa bulan lalu menyebabkan petani di kampung itu turun semula bagi mengambilnya.

Menurut Azizah Salleh, 71, dari Kampung Musa berkata, semenjak menjadi petani 50 tahun lalu, tidak pernah melihat pokok padinya yang dituai pada Januari lalu berbuah kembali.

Katanya, sebelum ini pernah pokok padi yang dituai di kawasan itu berbuah tetapi tidak berisi dan menyebabkan petani biar begitu sahaja.

“Bagaimanapun, kali ini pokok padi itu isinya padat dan tumbuh di seluruh sawah di kampung itu. Ini menyebabkan petani yang sudah mengambil padi mereka terpaksa turun sekali lagi untuk ambilnya.

“Di kawasan ini semasa musim menuai padi akan dituai dengan mesin dan jika ada padi yang tumpah akan tumbuh semula tetapi tidak banyak. Bagaimanapun pada kali ini agak pelik pokok yang dituai boleh tumbuh mengeluarkan padi semula,” katanya yang berjaya mendapat 180kg padi.

Menurut Azizah, walaupun hasil padi itu tidak banyak seperti menuai pada kali pertama tetapi itu sudah cukup untuk dihantar ke kilang.

Halimah Saad, 57, berkata, petani di situ terkejut dengan perkara itu hingga terpaksa membeli pisau mengerat padi untuk mengambil padi kali kedua.

Katanya, boleh dikatakan hampir 35 hektar sawah di situ berbuah semula dan ini menyebabkan petani terutama golongan wanita turun untuk menuai pada waktu petang.

“Pada mulanya saya tak percaya apabila dimaklumkan oleh jiran, tapi selepas melihat sendiri, memang betul padi yang dituai dua bulan lalu, berbuah semula.

“Boleh dikatakan setiap petang semua pesawah di situ akan turun untuk ambil padi mereka dengan cara mengerat seperti yang diamalkan generasi dahulu. Ini secara tidak langsung mengembalikan nostalgia nenek moyang kami turun mengerat padi beramai-ramai,” katanya.

Menurut Halimah, apa yang melucukan, pisau mengerat padi yang dahulunya digunakan nenek moyang terpaksa digunakan semula.

“Saya terpaksa pergi beli semula di kedai dan nasib baiklah masih ada lagi dalam simpanan milik pekedai sekarang ini,” katanya yang mendapat 250kg padi


http://www.sinarharian.com.my/edisi/...-kali-1.808028[/QUOTE]



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2018 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur alhamdulillah..agaknya masa menuai sedikit awal tu psal padi masih terus berbuah. Pernag jgk dulu2 pegi huma menuai padi guna sabit ke apa nama..kecik2 time tu siap bawa payung kena marah ngan nenek
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 12:28 PM | Show all posts
Eh
Bukan memang setahun dua kali ke zaman sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 12:30 PM | Show all posts
kivio replied at 18-3-2018 12:28 PM
Eh
Bukan memang setahun dua kali ke zaman sekarang?

Memang setahun 2 x tapi  dua kali tuai tu = dua kali tanam (setiap 5-6 bulan).
Sy rasa yg ini maksudnya tuaian pertama sebelum tanaman kedua berbuah semula.

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 02:40 PM | Show all posts
nanti ada acik kepam masuk sembang pasal padi, pokok kat jalan ampang pun acik kepam tipu konon bukan pokok hujan, hati2 dengan forumer kuat menyembang Track rekod acik kepam menjanda dua kali
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 02:42 PM | Show all posts
tanakkampung1x replied at 18-3-2018 12:30 PM
Memang setahun 2 x tapi  dua kali tuai tu = dua kali tanam (setiap 5-6 bulan).
Sy rasa yg ini ma ...

tempat sis ada ulat charlie tak (semut sawah padi)? sakit woo kena.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2018 02:51 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 18-3-2018 02:42 PM
tempat sis ada ulat charlie tak (semut sawah padi)? sakit woo kena.

Sakitnya kalau kena ni dek, gatal-gatal sampai melepuh (cecair badan dia yg berbisa)

Petua orang tua tua terus cuci kalau kena
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 03:01 PM | Show all posts
tanakkampung1x replied at 18-3-2018 02:51 PM
Sakitnya kalau kena ni dek, gatal-gatal sampai melepuh (cecair badan dia yg berbisa)

Petua oran ...

haha dh kena ek? trauma gila.... kasihan yang kena kt muka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2018 03:23 PM | Show all posts
berapa kali nk ulang pkra sama. reporter ni x berapa cemerlang gamaknya bab tulis berita.

ayat beru;ang2. bila baca jd x best nya lahaii...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 18-3-2018 02:42 PM
tempat sis ada ulat charlie tak (semut sawah padi)? sakit woo kena.

Masa aku matrik (penang) byk perempuan kena, laki xde kes pun (pervert binatang ni!). Btw dia bukan semut, but a type of beetle.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 03:59 PM | Show all posts
nikaido replied at 18-3-2018 03:24 PM
Masa aku matrik (penang) byk perempuan kena, laki xde kes pun (pervert binatang ni!). Btw dia buka ...

kalau sawah menguning kaka pakai kelambu, tak berani tidur open, harus mahluk ini merayap. sbb musim padi je dia wujud nenek kaka dah kebal binatang ni. lupa tanya petua mereka mungkin sapu minyak angin atau serai wangi benda ni lari.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringt dulu lepas tuai padi...p brgolek atas bendang yg kering...tolong moyang, tok..banting padi..miang satu bdn. Dah besaq sikit...baru mesin padi mai..

Baru ni tgk jiran tuai padi..tumpang syok tgk depa dpt hasil byk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.325057 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list