View: 721|Reply: 8
|
[Tempatan]
UMNO/ BN Pulau Pinang janji nak bantu rakyat
[Copy link]
|
|
PERMATANG PAUH: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang sentiasa fokus membantu rakyat sepanjang masa tanpa mengira latar belakang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata BN dan UMNO meneruskan khidmat kepada rakyat sama ada pada musim pilihan raya atau tidak.
"UMNO dan BN, kita tidak pandai politik tetapi kita pandai khidmat. Kita cuma tahu bantu rakyat. Harap dengan sentuhan yang kita berikan selama ini, rakyat akan berasa lebih dekat dan memberi kepercayaan untuk kita mentadbir (Pulau Pinang)," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan projek Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) di Apartmen Permata di sini.
Pada majlis itu, kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan peruntukan RM1.17 juta bagi menaik taraf, penyelenggaraan dan baik pulih pangsapuri kos rendah berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bantu kuburkan bn di pp |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kementerian noh omar kan? Dah duit selenggara flat tu ko yg pegang...apsal kecoh2 flat kat sgor x selenggara, ko salur je duit tu x pyh kecoh2 kjn negeri x selenggara....dlm akr strata pun xde ckp kjn negeri kna tanggung flat pprt nih |
|
|
|
|
|
|
|
Bila Jibun nak bubar Parlimen? |
|
|
|
|
|
|
|
standard sendiri buat kerosakan sendiri betulkan sendiri puji diri sendiri. this is malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
Umno byk kerusi di penang..kalu menang sp tadbir?? |
|
|
|
|
|
|
|
kini penang sama selangor sedang membangunkan dgn maju , jangan nak kecoh pula ni~
|
|
|
|
|
|
|
| |
|