View: 1313|Reply: 10
|
[Tempatan]
Menjelang PRU, parking lot pun ada majlis perasmian
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa kadar sewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara akan dinaikkan.
Katanya, kadar sewa dan kadar cukai sedia ada akan dikekalkan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga tidak mempunyai perancangan untuk menaikkan kadar tersebut.
Beliau mengingatkan penghuni PPR dan PA supaya tidak mempercayai “fitnah” yang disebarkan.
“Saya bukan kejam macam kerajaan DAP di Pulau Pinang. Apa yang kerajaan laksanakan semuanya demi kebaikan dan keselesaan untuk rakyat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Tempat Letak Kereta Bertingkat PPR Beringin.
Beliau berkata, DBKL akan membangunkan tempat letak kereta 6 tingkat bernilai kira-kira RM15 juta di PPR Beringin bagi menyelesaikan masalah kekurangan ruang parkir.
Katanya, tempat letak kereta yang akan dibina di tapak seluas 11,130 meter persegi yang merangkumi 277 petak parkir itu turut dilengkapi dengan sebuah perpustakaan dan kedai serbaneka.
“Manakala satu lagi projek tempat letak kereta 8 tingkat di PPR Intan Baiduri sudah siap sepenuhnya. Kemudahan ini menyediakan sebanyak 387 petak parkir dan 2 gelanggang futsal dan kedai serbaneka,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Hhhha yang penting turun padang |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat tengah bandaraya buat parking lot .....satu kejayaan besar, try p bandaraya Pulau Pinang |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tu..mmg kena
Sebab satu rumah ada dua tiga kete..peliks plak kan..kata ppr...tapi kete dua tiga...ish ish ish...
Off topic plak...kalau rumah teres plak.lagi.sengal...kete 4 5..pastu.dok parking tepi.jalan.sepanjang corner lot tu.dia.letak...choiii |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...terbaik...dgn majlis perasmian sekurang-kurangnya rakyat tahu keprihatinan kerajaan kpd rakyat mengenai masalah kekurangan tempat parking yg biasa dihadapi oleh penghuni rumah flat. Rakyat dpt tahu ada tindakkan oleh kerajaan.....bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 18-3-2018 07:49 PM
Ok la tu..mmg kena
Sebab satu rumah ada dua tiga kete..peliks plak kan..kata ppr...tapi kete dua ti ...
Off topic, lebih baik parking tepi dr parking dpn tumah org lain...bajet2 ko je ade kete 3 4 biji...org lain sbiji.
Btw, ppr nye parking mmg x cukup...kritikal. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya buat semakan dan bancian semula penduduk PPR ni. Kalau sampai parking pun dah melimpah ruah memang ada yang tak kenala.
Takut ada yang tak layak tinggal PPR tapi ambik kesempatan sebab harga sewa yang murah berbanding rumah biasa.
Kesian pada yang lebih memerlukan jangan ambil hak orang lain.
Kalau ada yang buat sama jela macam perangai ahli politik tp bezanya diorg korup tapi hidup mewah makan tak abis dan diorg ni korup pasal nak songlap subsidi yang tak seberapa |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-3-2018 08:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sewa PPR cuma RM124
Tak mustahil ada yg ambik kesempatan
Peliknya tindakan mcm lps tangan ja |
|
|
|
|
|
|
|
parking lot is a must... nak nak parking bertingkat
merata rata lembah klang parking tepi jalan sesak! |
|
|
|
|
|
|
|
biar betul RM 124 dik? murah gila.
|
|
|
|
|
|
|
|
try tapis, tengok sapa dok rebut lot pprt sesama sendiri dlm parti. |
|
|
|
|
|
|
| |
|