CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6400|Reply: 154

[Tempatan] 20 tawaran utama Malaysia Sejahtera

  [Copy link]
Post time 19-3-2018 08:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 19-3-2018 08:35 AM

InsyaAllah Malaysia Sejahtera jika 20 tawaran dapat dilaksanakan....

Berikut adalah ringkasan 20 tawaran utama Malaysia Sejahtera yang diumum Abdul Hadi malam tadi:

  • Menghapuskan GST yang membebankan rakyat dan menggatikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Saham Malaysia
  • Melupuskan hutang peminjam-peminjam PTPTN yang sedia ada untuk meringkan bebanan anak muda sebagai satu inisiatif permulaan ke arah memberikan pendidikan percuma
  • Memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan menerusi program It'aam Kebangsaan
  • Menawarkan bantuan sekali (one-off) sebanyak RM2,000 sebagai modal kepada wanita bekerjaya untuk memulakan kerja dari rumah
  • Melaksanakan program bas sekolah percuma untuk membantu meringankan bebanan ibu bapa
  • Memberikan bantuan pembelian kereta pertama di bawah 1300 kuasa kuda menerusi pengecualian duti eksais dan pembiayaan pinjaman tanpa faedah (qardul hasan)
  • Mengurangkan harga rumah mampu milik antara RM50,000 sehingga RM180,000
  • Mengembalikan semuala fungsi sekolah berasrama penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebagai program untuk memperkasakan golongan miskin bandar dan luar bandar
  • Menstrukturkan semula kadar bayaran tol untuk mengurangkan kos hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol yang melebihi 15 tahun
  • Mewujudkan pentadbiran Malaysia yang bebas rasuah selaras dengan kehendak dan tuntutan syarak menerusi konsep tadbir urus yang berkonsepkan ubudiyyah, mas'uliyyah dan itqan (UMI)
  • Memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai al-Din iaitu sistem yang melengkapi seluruh aspek kehidupan
  • Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran dalam sistem pendidikan negara
  • Mengembalikan sistem kuota di IPTA bagi mengimbangi jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin, serta masyarakat bandar dan luar bandar
  • Mempertimbangkan semula pelaksaan dasar pembangunan yang berupaya membasmi kemiskinan dan menyusun semula ketidakseimbangan ekonomi dalam kalangan masyarakat Malaysia
  • Membantu kerajaan-kerajaan negeri membuka rancangan-rancangan pembangunan tanah khususnya untuk golongan muda
  • Membangunkan petempatan baru mampu milik untuk generasi kedua dan ketiga Felda
  • Membantu golongan OKU menerusi pemerkasaan sistem sokongan berasaskan potensi dan keupayaan diri
  • Mewujudkan Pusat Komuniti Keluarga Sejahtera (PKKS) di setiap daerah dan lokaliti yang memerlukan untuk memberi khidmat kaunseling, perundangan, kemahiran, bimbingan agama dan latihan keibubapaan
  • Menyemak kembali nisbah anggota keselamatan berbanding populasi stempat untuk mengurangkan kadar jenayah
  • Menambah bilangan doktor pakar dan hospital pakar untuk memenuhi keperluan penduduk berasaskan nisbah yang disyorkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2018 08:39 AM | Show all posts
Mansuh GST tidak realistik, PAS bidas janji PH
Saturday March 10, 2018
3:41 PM GMT+8

TUMPAT, 10 Mac — Janji Pakatan Harapan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika menang pilihan raya umum (PRU14) adalah “tidak realistik dan sukar dicapai”, kata PAS.

Datuk Takiyuddin Hassan berkata GST salah satu sumber penting pendapatan kerajaan namun pelaksanaannya pada golongan berpendapatan rendah juga perlu ditekankan, lapor Utusan Online.

“Pada asasnya kita dalam dunia ini ada tiga perkara yang kita tidak boleh elak iaitu kematian, perubahan dan cukai,” kata setiausaha agung PAS.

“Walaupun ada cukai tetapi ia mestilah tidak membebankan rakyat.”

Pakatan Harapan kelmarin melancarkan manifesto pilihan raya umum, menggariskan lima teras merangkumi 60 janji jika berjaya mengambil alih pentadbiran negara.

Ia termasuklah menghapuskan cukai GST sebanyak 6 peratus.


Read more at http://www.themalaymailonline.co ... QdfmVZUUBg0XmMJ3.99

pening aku tgk lobai ni...bila org lain nak buat, tak realistik...sape undi PAS ni mmg bangang
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 08:41 AM | Show all posts
hudud mana hudud????



dulu kata DAP jd batu penghalang, ni dah takde DAP pun tak buat hudud...penonggeng agama
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
manifesto dia ne boleh pancing ramai anak muda, kalau depa tak keep up dengan perkembangan semasa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 08:49 AM | Show all posts
jom undi gagasan sejahtera
LUPAKAN BN dan UMNU
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2018 08:54 AM | Show all posts
samasam90 replied at 19-3-2018 08:44 AM
manifesto dia ne boleh pancing ramai anak muda, kalau depa tak keep up dengan perkembangan semasa..


tawaran no.2 dan no.6 boleh menarik pengundi lepasan Universiti..dan mereka2 yg sedang membayar ptptn.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2018 08:59 AM | Show all posts
innnalillah
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 09:03 AM | Show all posts
aisey x dak plak bantuan kawen utk perkahwinan pertama......


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2018 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 19-3-2018 08:41 AM
hudud mana hudud????



Kt internet dorg ckp hudud dan ruu letak kt nombor 11 tu x jelas pn..sepatutnya perlu ditergkn jelas sbb 2 2 tu perkara utama pas dan hudud penyebab pas keluar pakatan
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 09:30 AM | Show all posts
roy3 replied at 19-3-2018 09:22 AM
Kt internet dorg ckp hudud dan ruu letak kt nombor 11 tu x jelas pn..sepatutnya perlu ditergkn j ...

laaa no 11 tu hudud ke??








Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
apa apa je le....
asalkan bukan dapigggg....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2018 09:39 AM | Show all posts
roy3 replied at 19-3-2018 09:22 AM
Kt internet dorg ckp hudud dan ruu letak kt nombor 11 tu x jelas pn..sepatutnya perlu ditergkn j ...


betullah tu termasuk dlm no.11
hudud diantara perkara-perkara yg dituntut islam bagi melengkapi seluruh aspek kehidupan.



Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 19-3-2018 09:39 AM
betullah tu termasuk dlm no.11
hudud diantara perkara-perkara yg dituntut islam bagi melengkapi ...

Makna kata ape yg bn buat skrg x islam la sbb xbuat hudud perkara yg dituntut islam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2018 09:48 AM | Show all posts
roy3 replied at 19-3-2018 09:44 AM
Makna kata ape yg bn buat skrg x islam la sbb xbuat hudud perkara yg dituntut islam

bukan xbuat...
InsyaAllah ke arah buat.

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 09:49 AM | Show all posts
rashiman replied at 19-3-2018 09:48 AM
bukan xbuat...
InsyaAllah ke arah buat.

celah mana UMNO/BN akan buat hudud?..mabok ketum ke bang




Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 19-3-2018 09:49 AM
celah mana UMNO/BN akan buat hudud?..mabok ketum ke bang

tgk point 11 tu mmg x jelas..seperti sindir bn pn ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2018 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
tak semua benda yg  berlaku di zaman nabi bleh diapply ke kehiduoan zaman sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Pas ada amnesia ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2018 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 19-3-2018 09:49 AM
celah mana UMNO/BN akan buat hudud?..mabok ketum ke bang

kenalah buat beransur2, buat yg termampu terlebih dulu..byk perkara perlu dibuat...kena memperkasa mahkamah syariah, kena usul,kena pinda RUU yg berkaitan dll..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok aje. Asalkan bukan DAP.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.119191 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list