CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1856|Reply: 19

[Tempatan] Dalam pantang pun mendera...

  [Copy link]
Post time 19-3-2018 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Dalam pantang pun mendera...
[size=1.3]Selangor Sultan's nephews among five appointed into state royal institution



sarah@nstp.com.my
KAJANG: Seorang suri rumah masih dalam pantang bersalin, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mendera anak saudara lelakinya menggunakan wayar sambungan elektrik minggu lalu.
Tertuduh, Norazatul Akmal Zakaria, 35, didakwa melakukan perbuatan itu sehingga mangsa yang berusia 10 tahun 10 bulan mengalami lebam dan berbirat di seluruh badan.
Bagaimanapun, ibu dua anak itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Mengikut pertuduhan, Norazatul Akmal didakwa sebagai penjaga anak saudaranya itu melakukan penganiayaan terhadap mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kanak-kanak berkenaan di sebuah rumah di Hill Park 2 di sini, kira-kira jam 7.30 pagi 8 Mac lalu.
Difahamkan, ibu bapa mangsa sudah bercerai.



© Provided by Media Prima SEORANG suri rumah, Norazatul Akmal Zakaria, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang atas tuduhan mendera anak saudara lelakinya berusia 10 tahun, menggunakan wayar sambungan elektrik, minggu…
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada masa sama, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman dinyatakan dalam subseksyen (1) memerintahkan supaya orang yang disabitkan atas suatu kesalahan menyempurnakan suatu bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama apa-apa tempoh difikirkan patut oleh mahkamah dan khidmat masyarakat.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noorhafizan Zakaria mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan keluarganya hingga kes selesai.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam P Gunalan memohon jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan tertuduh tidak bekerja dan masih dalam pantang, manakala bayi keduanya baru berusia tiga bulan.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Surita membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa hingga kes selesai.
Mahkamah kemudian menetapkan 16 April depan untuk sebutan semula kes.
© New Straits Times Press (M) Bhd



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2018 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
iols dr minggu lepas tertunggu2 berita ni sebab keluar kat berita tv9 hrtu, hari ni barula keluar kat cari. iols berpendapat,  maybe sheols stress agaknya jaga anak orang lain. ada juga mak sedara yg xreti jaga anak org,  mungkin sbb bdendam dgn mak pak budak ni. seronok2 buat anak tp xnk jaga..sometimes it happen
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 10:57 AM | Show all posts
Kalau tak sanggup jaga, cari la saudara lain yang sanggup...jangan menganiaya budak tu...dah la ibubapanya bercerai kurang kasih sayang...kena dera lagi...yang mak bapaknya di mana...tak boleh jaga gilir2 ke...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Benci betul dgn manusia y mdera budak2 ni..dah xsggup jaga,xyah laa jaga..marah xpe,tp jgn smpai dera pukul2 dgn wayar bagai,atau pukul tmpt sensitif mcm tmpar pipi ke apa..setakat rotan kt tapak tgn tu oklaa..pdn muka lah kena tgkap tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2018 12:43 PM | Show all posts
aku kalu jd mak sedara budak nih aku x dera budak nih...aku wat kawan coz budak nih pn dh besar senang kalu kita nk mntak tolong ke cam sesuai ngn umor dia cam tolong nnengok adik jap, ajar cara nk lipat kain ke, simpan buku ke, kemas tmpat tido ke...leh jd peneman kita ke...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 12:45 PM | Show all posts
Banyak je kes sebegini dari dulu tapi kurang dilapurkan.  Ramai je kaum keluarga mau pun adik beradik sendiri rasa terbeban bila terpaksa jaga anak orang lain macam dalam kes ni,  Mula2 mungkin rasa kesian tapi2 makin lama mungkin ada juga yang mula rasa benci sebab terpaksa menjaga  budak2 ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2018 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
3 bln dh abis pantang dh...kira dh ada tenaga nk pukul bdk tu..

Myb geram ank sedara notty..tp sape yg report tu ..hrp org tu amik n jg bdk ni..sian.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 01:01 PM | Show all posts
Dalam pantang apanya bayi dah tiga bulan

cibainya pempuan ni



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2018 02:19 PM | Show all posts
meroyan ke sis?
tak pasal2 budak kecik lg kena
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 02:25 PM | Show all posts
jahcomel replied at 19-3-2018 12:43 PM
aku kalu jd mak sedara budak nih aku x dera budak nih...aku wat kawan coz budak nih pn dh besar sena ...

kan..10 tahun tu kira dah bijak dan ada yg boleh diharap dah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 02:27 PM | Show all posts
kalau da x suka jgn pura2 suka bg tinggal sama2
hntar jerk kat rumah kebajikan
xde la budak tu kena dera dr org yg x berhati perut ni
sian budak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorr tgk dlm berita duk menyusu kt mahkamah..duk renyih2 sembang dgn laki dia..tak besalah ka mcm mana tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 04:41 PM | Show all posts
jahcomel replied at 19-3-2018 12:43 PM
aku kalu jd mak sedara budak nih aku x dera budak nih...aku wat kawan coz budak nih pn dh besar sena ...

bukan semua budak2 yg pangai elok ni, lagi buat baik lg pijak kepala...
tu yg agaknya ramai yg jadi mat lajak mat rempit dlm usia muda....sbb dah tak mendengar kata

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 04:58 PM | Show all posts
Pixie902 replied at 19-3-2018 10:57 AM
Kalau tak sanggup jaga, cari la saudara lain yang sanggup...jangan menganiaya budak tu...dah la ibub ...

kesian kan budak nie...

kalau tak nak hantar, pegi lah hantar kat JKM... insya allah ada orang yg sanggup jaga anak2 nie
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 05:00 PM | Show all posts
krustykrab replied at 19-3-2018 04:41 PM
bukan semua budak2 yg pangai elok ni, lagi buat baik lg pijak kepala...
tu yg agaknya ramai yg ja ...

salahkan org dewasa yang terdekat dgn budak tu...

sebab orang dewasa yang mencorakkan budak2 tu samada jadi jahat atau baik
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 05:03 PM | Show all posts
leylapple replied at 19-3-2018 05:00 PM
salahkan org dewasa yang terdekat dgn budak tu...

sebab orang dewasa yang mencorakkan budak2 tu ...

tahla nak salahkan org terdekat pun x blh jgk....sbb org terdekat dah didik sebaik mungkin, dah tak nak dengar kata, malas nak pukul2, lantak kau lah nak jadi apa pun.....salah satu sbb  lahirnya mat lajak, mat rempit, bohsia ni.

kita org luar mmg mudah nk hukum, bila jadi kat diri kita baru insoffff

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2018 05:24 PM | Show all posts
krustykrab replied at 19-3-2018 05:03 PM
tahla nak salahkan org terdekat pun x blh jgk....sbb org terdekat dah didik sebaik mungkin, dah ta ...

tak byk pun sikit mesti ada yang diikut oleh budak tu...

lagipun dah nama budak...

well, anggaplah tu cabaran dalam mendidik anak2..

p/s kesian kat cikgu yg terpaksa spend masa lama utk mendidik anak2
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 06:17 PM | Show all posts
mungkin budak ni nakal kot..
yg mak sedaranya pulak baru abis pantang, mungkin penat and stress
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 19-3-2018 04:41 PM
bukan semua budak2 yg pangai elok ni, lagi buat baik lg pijak kepala...
tu yg agaknya ramai yg ja ...

kakak aku pun jaga budak. yang umur 10 tahun jahat. kaki buli budak2 kecik. makin marah makin menjadi perangai.
ni mesti dia stress sebab dah tegah makin degil. rotan jadi kes plak
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakit lah babiiii kau pkl dgn wayar....

Elok wayar tu utk jerut leher kauuu.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.458131 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list