CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2491|Reply: 45

[Tempatan] Semakin banyak aduan kualiti internet dan liputan 4G/LTE

  [Copy link]
Post time 19-3-2018 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 18 Mac – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) merekodkan sebanyak 1,247 aduan bagi kategori kualiti liputan internet dan telefon pada tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 101 peratus berbanding 619 aduan pada 2016.

Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, kebanyakan aduan bagi kategori itu adalah disebabkan gangguan perkhidmatan internet diikuti masalah liputan 4G/ LTE yang kurang memuaskan di kawasan tertentu.


Menurut beliau, aduan mengenai masalah bil dan caj adalah yang paling banyak diterima diikuti kualiti perkhidmatan, liputan, amalan tidak adil dan tiada liputan.

“Antara masalah yang sering dilaporkan adalah pertikaian bil, rebat atau pemulangan wang, caj yang tidak munasabah, caj perayauan antarabangsa, dan sistem bil yang tidak memuaskan.

“Selain itu, perkhidmatan selular kekal menjadi kategori aduan paling tinggi bagi tempoh empat tahun berturut-turut didorong oleh peningkatan langganan perkhidmatan selular mudah alih iaitu sebanyak 42.4 juta setakat suku ketiga 2017,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Yusrizal berkata, CFM menerima 4,746 aduan pada 2017, menurun sebanyak 37 peratus berbanding 7,556 aduan pada 2016.

Jelasnya, daripada jumlah itu CFM telah berjaya menyelesaikan sebanyak 86 peratus aduan dalam tempoh 15 hari.

Menurutnya, fokus CFM pada 2018 adalah untuk mencadangkan pelan penambahbaikan dalam menguruskan punca utama isu-isu pengguna secara cekap.

Katanya, CFM turut memantau rungutan melalui platform dalam talian secara lebih dekat agar dapat memahami setiap rungutan orang awam dan mendapatkan maklum balas daripada pengguna.

“CFM sentiasa berusaha untuk menjadi forum yang proaktif dan sentiasa berhubung dengan wakil-wakil pihak pembekal serta mencadangkan pelbagai inisiatif yang lebih berkesan bagi menangani isu-isu pengguna,” ujarnya.



Katanya, pengguna juga boleh terus membuat aduan kepada CFM sekiranya mempunyai masalah perkhidmatan komunikasi yang sukar untuk diselesaikan walaupun telah berjumpa dengan penyedia perkhidmatan.

Menurutnya, pengguna boleh mengemukakan aduan kepada CFM menerusi portal aduan CFM www.complaint.cfm.org.my, hotline 1-800-18-2222, aplikasi mudah alih MY Mobile Rights, e-mel aduan@cfm.org.my atau datang ke pejabat CFM di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Cyberjaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2018 10:50 AM | Show all posts
ni pun salah satu masalah yang menyebabkan sakit hati..
teruk sangat internet mobile skrg nih..huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal teruk cmni ek?skrg salu je xde line..tgh syok stream cte tbe2 no connection..hampeh betul!dah report pn still sama hauk jgk
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
maxshit pun makin teruk skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 01:05 PM | Show all posts
celcom pun sama jah.... 4g.... tp slow nak mampus.... mujur kat rumah unifi 50mbps gituh....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 01:12 PM | Show all posts
part gini patut banding negara maju..takder la plok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2018 01:13 PM | Show all posts
celcom pun sama gak. pastu sbb tiap2 bulan mmg aku autodebit bayar lebih, bleh plak celcom call aku suruh upgrade package. deeyy gi la upgrade dulu servis ko
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 01:16 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 19-3-2018 01:24 PM

Digi gak yang mantop.
pakai jadi hotspot pun laju.
agak2 user ISP/MSP mana lah yang banyak report tu.

sebelum ni guna celcom bertahun.
tapi servis macam hampeh.
banyak hidden charge, banyak iklan.
bila terminate line dah bayar settle habis dekat celcom servis center,
end up ada lagi pending bil suruh aku bayar.
macam fundek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2018 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa tade 4g ok je 3g laju..  Skg punya 3g hazab gile..  Sia2 test tukar masuk umobile..  Sib baik kat rumah ngan opis ada wifi..  Hmm..  

Nak kata duduk kat jin bertendang pun tak..  Kat gombak umobile cam baaabbb...

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 01:29 PM | Show all posts
capiloton replied at 19-3-2018 01:16 PM
Digi gak yang mantop.
pakai jadi hotspot pun laju.
agak2 user ISP/MSP mana lah yang banyak report  ...

aku dulu ade maki call center depa.... ade tertunggak 80sen....pastu tepon kena potong...... skali kena maki baru bukak balik line.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 02:17 PM | Show all posts
umobile lagi la laknaaattt
hegeh2 line
duk tengah bandar tu bukan tengah hutan tau!
tunggu sikit lagi aku nak tukar telco lain
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Hakak ngk dlm minggu lepas kt area umah agak dr 4g..tgh2 ngk bideo tetiba jd slow... Rupanya dah transform jd h+
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 03:37 PM | Show all posts
iols baru try unifi mobile prepaid yang free 20gb LTE tu, slow uols...walaupun 3G/4G. Kat highway langsung takleh access internet, kalau connected pon tetap slow, sama level dial-up 1515 yach. Tak pasti pulak kalau masalah phone iols, sebab dah restart berkali-kali pon tetap sama. Bila tukar simkad celcom balik, terus ok je 4G dan laju.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2018 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah jauh jauh
Area highway pun,  telco besar pun hauk
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku setia dgn dg..tp aku jrg tgk muvi on9 ka apa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 03:51 PM | Show all posts
digi kawasan umah aku cam har jad. tak stable
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2018 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Internet Malaysia lebih laju drpd zimbabwe!


Cai
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 06:47 PM | Show all posts
ni salleh keruak muka babi hutan tu tanak komen pape ke
sial tu kalau benda lain kemain rajin menyalak
benda patut kerja dia buat buta pekak lak celaka tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 19-3-2018 01:05 PM
celcom pun sama jah.... 4g.... tp slow nak mampus.... mujur kat rumah unifi 50mbps gituh....

smlm unify call...offer 100mbps for 199 teemasuk 600 mins free call...sesuai sangatlah dgn android tv kat rmh...no more astro
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 19-3-2018 06:47 PM
ni salleh keruak muka babi hutan tu tanak komen pape ke
sial tu kalau benda lain kemain rajin menya ...

Salleh keruak kerak tu mmg bodoh nak mampossss..... dia antara menteri umno TERPALING bongok dan hodoh antara semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.083727 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list