CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1228|Reply: 1

[Politik] Syarikat Guaman Daim Zainuddin Dilantik Selesai Isu Tanah Ijok?

[Copy link]
Post time 19-3-2018 03:16 PM | Show all posts |Read mode




Badrul Hisham Shaharin tampil mendedahkan sebuah syarikat guaman yang dimiliki pemimpin PKR dan lebih mengejutkan adalah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin turut terlibat dalam penyelesaian skandal tanah peneroka di Ijok.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata daripada kertas penyelesaian luar mahkamah yang diperolehnya, kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletak syarat supaya syarikat guaman, Tetuan Daim & Gamany wajib dilantik dalam penyelesaian tanah peneroka itu.


“(Syarikat terlibat) wajib melantik Tetuan Daim & Gamany (dalam penyelesaian luar mahkamah), siapa pemilik syarikat peguam ini, mereka ini boleh dilihat details syarikat tersebut.



“Tengok di ruangan email pemilik (sivarasa@daimgamany.com.my), siapa dia? Sivarasa, siapa dia ini? Dia adalah kartel Azmin Ali, Azmin belum cakap dia dah kata betul, tak cakap pun dia dah kata betul, Ahli Parlimen Subang dan disinilah duduknya Latheefa Koya.

“Pimpinan Pusat PKR, disinilah duduknya N. Surendran dan beberapa pegum daripada PKR lain,” kata Badrul Hisham dalam satu sidang media dalam Facebook hari ini.



Selain itu, Badrul Hisham terkejut apabila mendapati Daim Zainuddin yang dikenali pengikut setia Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mempunyai kepentingan dalam syarikat guaman yang dilantik menyelesaikan isu tanah tersebut.

Media sebelum ini melaporkan Daim Zainuddin membaharui sijil guamannya pada 12 Januari lalu dan berdaftar di firma guaman Tetuan Daim & Gamany, di mana beliau pernah menjadi rakan.

Beliau disenaraikan sebagai peguam ke-14 paling kanan, selepas menyertai Badan Peguam Tanah Melayu pada 27 Februari 1961.

Dengan pendedahan ini, Badrul Hisham mendakwa wujud konflik kepentingan apabila mereka yang dilantik dalam penyelesaian isu tanah ini adalah kroni PKR dan Mahathir.



“Ini sahaja sudah berlaku conflict of interest, pertembungan kepentingan yang dimana kamu letak dia dan semua duit pengurusan RM1.18 bilion masuk melalui peguam ini.

“Ini Sivarasa kena jawab, soalnya ia ada kemungkinan Daim Zainuddin yang sama, penyangak perompak punca konspirasi disebalik kes Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya lagi.

Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Mohamd Azmin juga didesak menjelaskan isu tanah bernilai RM1.18 bilion yang dijual kepada dua syarikat pada tahun 2016.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, keputusan itu dibuat sebelum kes didengar di Mahkamah Persekutuan.

Soalnya, kata Chegubard, apa justifikasi Mohamed Azmin menyerahkan tanah itu walaupun keputusan mahkamah rayuan memihak kepada Khalid dan kerajaan negeri.





Sumber: MalaysiaGazette



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2018 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
rasa dah x praktis lama dah.nama mmg x tukar sbb enyusahkan.mcm zico( zaid ibrahim). dia dah keluaq firm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.061269 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list