CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 791|Reply: 7

[Tempatan] Kanak- kanak Rohingya dipaksa jual tisu selain surah Yassin

[Copy link]
Post time 19-3-2018 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 19 Mac - Seramai 11 kanak-kanak warga Rohingya dipaksa menjadi pengemis dan peminta sedekah diselamatkan oleh Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) dalam Op Som di dua lokasi di ibu negara di sini malam tadi.

Operasi dijalankan sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Bukit Bintang bermula 6 petang itu berjaya menyelamatkan tujuh kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan warga Rohingya berusia antara dua hingga 16 tahun yang dikerah sebagai pengemis dan peminta sedekah.


Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nadzri Hussain berkata, kesemua kanak-kanak itu menjadi peminta sedekah selepas dikerahkan oleh penjaga mereka dengan menjual tisu selain surah Yasin.

“Berdasarkan pemantauan yang dibuat sejak tiga bulan lalu, kita mendapati mereka telah menjalankan kegiatan meminta sedekah Bukit Bintang dan KLCC kepada orang ramai.

“Berikutan itu, kita telah menjalankan operasi bagi mengesan kesemua penjaga tersebut untuk ditahan selain menyelamatkan kanak-kanak yang menjadi mangsa,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Nadzri memberitahu dalam operasi itu juga pihaknya menahan lima penjaga iaitu seorang lelaki dan empat wanita dan kesemua mereka telah dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk disoal siasat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2018 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dtg sini menggemis pulak
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 04:38 PM | Show all posts
bila tah wardina nak ambik bela semua rohingya ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo org buta yg dtg jual tisu tu sindiket jgk ke atau memang duit tu jd duit mata pencarian diorang?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sfinaria replied at 21-3-2018 12:32 PM
Kalo org buta yg dtg jual tisu tu sindiket jgk ke atau memang duit tu jd duit mata pencarian diorang ...

Bergantung.. aku pernah jumpa pak cik tua lagi buta jual tisu bg duit berkepuk kat sorg ni.. Lepas aku nampak, aku x bagi dh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
finesse replied at 21-3-2018 01:18 PM
Bergantung.. aku pernah jumpa pak cik tua lagi buta jual tisu bg duit berkepuk kat sorg ni.. Lepas ...

Itu la dia. Niat nak bantu org buta tu tapi kalo dia pun mangsa sindiket kesian nye lahai. Kejam btul la manusia zaman skarang ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2018 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa muda selalu je bg.. konon sedekah dpt pahala. Bila dah tua ni baca news pengemis lg kaya dari aku... ha mampos la..semua aku taknak bg dah! Kalau bebudak rohigya dtg mintak aku buat pekak dan bisu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 01:21 AM | Show all posts
kl dah jadi bandar low class mcm dhaka dgn rohingyya besepah mintak sedekkah skrg..rohingya mmg power,takde sape bole usik dorg smpaikan hotel gah mcm 4season klcc tu pn dorg boleh bederet mengemis  xde sape kacau.dbkl tido??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.057627 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list