CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 659|Reply: 0

[Politik] Husam antara empat calon MB Kelantan

[Copy link]
Post time 19-3-2018 04:37 PM | Show all posts |Read mode




AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Husam Musa. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din




KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor adalah antara empat calon untuk menjadi Menteri Besar Kelantan jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Selain Husam Musa, tiga calon lain adalah Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir; Naib Pengerusi Parti Amanah Kelantan (PAN), Datuk Dr Ab Halim Yusof dan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman.

Sumber PH Kelantan berkata, Husam yang dianggap calon paling popular kerana pernah menjadi Naib Presiden PAS sebelum ini berdepan masalah kerana terpalit kontroversi dengan Istana.

Katanya, hingga kini nama Husam belum digugurkan namun pada masa sama PAN dikatakan akan memberi nama lain bagi menggantikan ADUN berkenaan.

"Setakat hari ini, hanya empat nama yang diangkat sebagai calon Menteri Besar Kelantan sekiranya PH berjaya merampas daripada PAS.

"Melihat kepada calon yang diangkat, Ab Halim antara calon yang sesuai dengan perwatakan dan latar belakang profesional, namun ramai menganggap beliau masih kurang berpengalaman dalam pentadbiran dan politik.

"Berbeza dengan Ab Aziz yang dianggap calon neutral dan kurang kontroversi selain berpengalaman luas dalam bidang politik iaitu hampir 30 tahun," katanya.

Mengulas lanjut sumber itu berkata, Ab Rashid pula datang daripada kelompok elit, berpengalaman dalam politik namun sukar didekati rakyat.

Katanya, Ab Rashid yang bakal bertanding dalam DUN Kota Bharu dilihat tidak sesuai berada dalam arus politik Kelantan.

"Bagaimanapun itu hanya nama yang diangkat dan keputusannya bergantung kepada PRU-14 selain dibuat pucuk pimpinan parti.

"Pada masa sama, ada cadangan dari peringkat pimpinan pertengahan supaya diwujudkan kembali dua jawatan Timbalan Menteri Besar.

"Perkara itu bagi memastikan tiga pimpinan PH ini berada di kerusi pimpinan utama negeri," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.112054 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list