CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kay781

[Cinta] Deleted thread

[Copy link]
Post time 21-3-2018 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
kay781 replied at 20-3-2018 10:20 PM
haha..ke situ pulak.
Okay akak cuba positif ye, ni pun dia kata akan ajak semula

Cunnn!! Nmpk dia sungguh2 tu hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2018 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
kay781 replied at 20-3-2018 10:16 PM
Oo macam tu ek, banyak juga i citer termasuk weakness I ada hutang pelajaran.
Kalau I jadi diri s ...

Nape nk cite weaknes? Even ur strong point pun x perlu citer dik. Semua tu dia blh nmpk sdri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 03:32 PM | Show all posts
TT dah selamat pegi makan dengan dia ke?
kalau masih fikir2 pegi je lah makan..
jmp kat public area kan apa yg takut sangat.. pegi sendiri balik sendiri..
harap everything goes well for you la TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2018 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Hai korang.. I dah makan dengan dia.
Guess what, 30 minit je I jumpa dia kay? Kejap giler.

Nanti i citer eh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kay781 replied at 23-3-2018 10:16 AM
Hai korang.. I dah makan dengan dia.
Guess what, 30 minit je I jumpa dia kay? Kejap giler.


Ok bawa sis tak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2018 06:00 PM | Show all posts
appleringo replied at 21-3-2018 12:22 AM
I pmpuan TT.. TT pun kan? haha. Sorry la TT. lmbt beno i reply. so jadi keluar ke tak?

Aa perempuan gak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-3-2018 06:03 PM | Show all posts
MeghanK replied at 20-3-2018 11:29 PM
makan je kot..buat keras je

Buat keras? camne tu?
I memang bagitau dia I x reti nak berbual. Nanti I update camne kitorang jumpa dan berbual. baca tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2018 06:04 PM | Show all posts
salmon-suki replied at 20-3-2018 11:53 PM
Hahaha..suwit laa sgt,bising ler kedai mkn pepagi cmtu..nk borak pn xsenang..dia ckp kite xdgr,kit ...

Wooww bekfes dating ek, rare nye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2018 06:05 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 21-3-2018 07:12 AM
Nape nk cite weaknes? Even ur strong point pun x perlu citer dik. Semua tu dia blh nmpk sdri.

Sebab dia akan tanya pasal I, so ada sesetengah soalan dia akan memerangkap I dan secara tak langsung I akan tereveal weakness I.
So I ambik nasihat U, baca tau citer I nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2018 06:06 PM | Show all posts
ramaramu replied at 22-3-2018 03:32 PM
TT dah selamat pegi makan dengan dia ke?
kalau masih fikir2 pegi je lah makan..
jmp kat public are ...

Ye dah keluar makan pun, nanti baca citer tau?
Thanks, ssebelum keluar I baca semua dan take nasihat korang tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2018 06:19 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 21-3-2018 07:12 AM
Nape nk cite weaknes? Even ur strong point pun x perlu citer dik. Semua tu dia blh nmpk sdri.

Maaf ni I explain betul2 pasal weakness.

Bagi I, weakness ada 2 - kena reveal atau kena sembunyikan

Masa awal-awal dulu, I bagitau weakness I ada hutang pelajaran. Tujuannye I xnk dia suka kat I and at the same time I jadi suka kat dia.
So bila I jumpa dia, ada je soalan dia yang nampak macam biasa tapi akan buat I terlepas cakap weakness I.

I ni kalau orang tanya apa2, I tak reti selindung2. Most of the time I akan jawab panjang lebar, so secara tak langsung mencerminkan diri i yang agak berterus terang

Sepatutnya kena jadi misteri la sikit kan, kena simpan apa yang perlu disimpan. Lainla kalau dia suami I hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2018 07:23 PM | Show all posts
salmon-suki replied at 20-3-2018 11:13 PM
Haha..xpe tt..sy fhm sesangat tu..sy pn spesis malu2 kucing jgk..lelaki y sy bley borak nye ofkos, ...

Hii..i nibaru nak terbukak,dunia i kalau ikutkan tempat kerja dan family je.
Kalau i masuk kedai makan, tengok ramai lelaki sikit sebanyak i jadi malu..hi2

kalau dah lama kenal boleh la nak borak2 pun, siap bergurau lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2018 07:24 PM | Show all posts

Tak. hee. adik I pun xtau. Mak i je yg tau
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kay781 replied at 24-3-2018 06:05 PM
Sebab dia akan tanya pasal I, so ada sesetengah soalan dia akan memerangkap I dan secara tak langs ...

Opkos sayang.i will wait for it
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kay781 replied at 23-3-2018 10:16 AM
Hai korang.. I dah makan dengan dia.
Guess what, 30 minit je I jumpa dia kay? Kejap giler.


Cepat2 x sabo nk baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2018 11:52 PM | Show all posts

Updated (page 6) : 30 minit untuk makan dan sembang .

Edited by kay781 at 18-8-2021 09:30 PM

Deletedddddd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2018 11:55 PM | Show all posts
Ty mod @purpledesire bagi kredit
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2018 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
kay781 replied at 24-3-2018 11:52 PM
Hai korang, okay I nak story neh.
++++++++++++++++++++


Tq tag i, sambung la lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2018 01:14 AM | Show all posts
Edited by kay781 at 18-8-2021 09:33 PM

Hai korang, okay I nak story neh.
++++++++++++++++++++

***Part 1***

Tiba hari yang dijanjikan, I tunggu jugak dia wasap I or mesej FB.
Sampai ke sudah tak wasap. Hari tu memang I nak keluar pun, kalau dia tak jadi jumpa I pun xpe je.
.

Sebelum I keluar, I update kat FB bagi hint nak keluar.
Pastu I drive ke tempat bernama AB. Kat tengah2 jalan, I wasap dia :

I : Dah sampai ke belum kat kampung? (dia dok luar negeri)
Dia : Dah, semalam lagi sampai. Kat mana tu?

I biarkan dulu. I belek pula FB, kot2 ada pertambahan like kat status I. Tu dia, dia baru like haha.
Pastu dalam inbox pula, dia tanya I pergi mana?

I balas kot wasap,

I : Lokasi YYY
Dia : Dah makan?
I : Belum
Dia : Ok. Nak makan nasi air tak?
I : Boleh juga. Ada siapa lagi?
Dia : Saya sorang je. Boleh? Jumpa kat kedai makan sekian2
I : Boleh. Jam?
Dia : 12.00
I : Ok

.

So I pun sampai kat kedai, tapi lewat sikit sebab jam.
I sampai dulu, I masuk kedai tunggu dia, berdiri.

I wassap dia,

I : Dah sampai?
Dia : 100 meter. Awak?
I: Saya dah sampai

Selang 30 saat, dia pun masuk dalam kedai dan terus sapa I dengan memberi salam. I bet la dia nampak I masuk dalam kedai makan tu tapi buat2 sampai lambat.

Pastu dia pilih tempat duduk, pilih rambang je pun.  I sengaja tak duduk dulu sebab tak nak nampak tertunggu-tunggu kahkah..
Kitorang duduk kat meja, duduk berhadap-hadapan. Dekat gila weii..bayangkan la lebar meja tu cuma 55cm je. Nampak jelas mata lebam dan kedut bawah mata i. Dengan mekapcair lagi. Nak duduk selang seli rasa macam tak wajar pula. So I kuatkan hati jugak la dok berhadap-hadapan.

Tengok dia dekat2 gitu, memang macam budak lagi weii muka dia..padahal beza setahun je. Dia x hensem tapi manis je. Suka jugak la tengok dia haha.. cuma dia berisi sikit. I teringat la dulu2 I pernah bagitau dia kena diet kalau nak kawin, tujuannya untuk jaga kesihatan..haha. Kejam kan I baru sekali jumpa dah macam kenal lama. Sebab I ni slim jer so sesedap rasa je dok nasihat dia

So mula2 dia yang start perbualan.

Dia : Dari mana?

I : Dari AB


.

Pelayan ambik order .

Dia : Nasi air special 1. Awak?
I : Nasi goreng tomyam
Dia : Air batu kosong
I : Air batu kosong juga.


.

Dan kitorang sambung berbual

Dia : Awak pergi kat AB buat apa?

I : Hantar borang

Dia : Borang apa?

I : Borang maklumat sekian2. Awak dari mana?

Dia : Saya dok dekat-dekat ni je kat lokasi YYY, tapi sebab jam lambat sampai. Saya ada hal sekian2 (aku tak dapat menangkap sangat dia explain ni sebab bising kedai tepi jalan..stress wei takkan la baru jumpa aku nak sua telinga minta dia ulang).

I : *Senyum dan Angguk2

Dia : Saya kena jumpa Kak Ayu pukul 1, tapi tak tahu lagi macam mana sebab saya kena pergi kat tempat ZZZ pula. Kalau Kak Ayu ada hal, saya pergi kat tempat tu dulu lah

I : Awak kejar masa, sempat ke? Nak makan lagi.


Dia : Sempat je


I : Semalam tidur kat mana?

Dia : Rumah saya (I tanya sebab rumah dia jauh jugak la dari bandar). Maaf saya tak ingat langsung nak jumpa ajak makan, pagi tadi saya rehat pastu saya makan nasi dan saya g kat YYY. Bila awak wasap baru saya teringat, pastu saya belek FB tengok status awak bagi hint nak keluar.

(Dalam hati I kurang percaya la...haha.. entah2 dia tunggu I wasap dulu sebab mula2 tu I macam nak menolak ajakan dia kan2)

I : Huhu.. yelah sebab awak ajak, saya pun dok tunggu jadi ke tak nak jumpa ni. Kalau tak jadi pun takpe je. Awak pun kejar masa ni, susahkan awak pula.

Dia : Tak susah pun. Saya sebenanrya makan nasi sekali sehari je tapi its ok, nasi air je pun (dia tengah diet la..haha aku lupa part ni).

I : Ye ke? Sori..

Dia : Tak de apelah *senyum

(I sedar masa ni I cakap ngan dia bertentang mata, cepat2 aku pandang tempat lain. Tak kisahlah dia nak tilik aku ke camne haha)

.

Seterusnya dia tanya I,

Dia : Awak ada berapa beradik?

I : 5, saya no 2. Sulung kakak.

Dia : Bawah awak?

I : 3 adik lelaki

**senyap kejap

Dia : Homestay yang awak up dalam FB, sape punya?

I : Mak. Adik uruskan. kalau adik xde, x sewa lah sebab bahaya

Dia : Kenapa bahaya?

I : Sebab kalau cust nak masuk, adik dan mak tak bagi saya urus.

Dia : kenapa pula? Cust masuk siang lah

I : Kalau dia terlewat, tup2 malam baru nak masuk, haa tak ke bahaya tu

Dia : Ooo

.
.
.







***Part 2***

Dia : Awak pergi tak seminar esok?

I : Seminar kat mana?

Dia : BBB

I : Saya tak pergi. Tapi....adik saya pergi

Dia : Kenapa tak pergi? (soalan perangkap bagi I, argghh ni I x suka, x reti jawab)

I : Sebab saya tak suka duduk sama2 dalam 1 program. Entah lah tak reti nak explain

Dia : Kenapa macam tu?

I : Saya memang macam tu

.

Nasi air pun sampai....

.
Dia : *minum air, mata I sempat pandang dia baca doa kot. Ceh mata ni pun tak reti-reti nak menunduk.

I : Ingat lagi nama sebenar saya?

Dia : Tak ingat, kalau nama FB tu ingat lah. Awak ada bagitau dulu

I : Nama saya ada huruf U

Dia teka-teka, tup2 betul dia sebut.

I : betul tu. Adik saya yang join seminar pun sama nama dengan saya   

(I tak tunjuk pun gambar adik I. Biarlah gitu. Sebab adik I pergi seminar la, I tak bawak dia. Nanti dia kenal adik I, susah pula adik I nak bawak diri)

Dia : Oo. Saya pergi seminar ni pun saje je, melarikan diri dari kerja. G seminar sambil bercuti (seminar kat hotel 2 hari 1 malam).

(Aku agak da.. yelah orang hebat. Pergi mana-mana pun mesti orang asyik nak berdampingan dengan dia. Sebab tu aku cuba hindarkan diri awal-awal dan set defense wall awal2. I reserve my feeling gituuu)

I : Oo.. peserta seminar ni berapa orang?

Dia : 100 orang

I : Makan la nasi air tu

Dia : Tu nasi awak siap dah

(Baguslah dia tunggu nak makan sama2)
.

Nasi goreng tomyam pun sampai...

.

Dia : Nasi goreng tomyam .. *dia sebut perlahan

I : **buat-buat tak dengar, terus menyudu makan. Opkos I baca doa dulu

Dia : Kenapa FB awak pakai nama samaran? Awak ada bagitau dulu sebab tak nak orang kenal awak

I : Ye, sebab saya tak selesa sangat. Tu pun ada juga anak murid saya jumpa Fb dan dia add. Tapi sy reject

Dia : Blok je la

I : Tak pelah.

Dia : Adik beradik awak?

I : Pun takde dalam list friend. Cuma kakak saya sorang je

Dia : Kenapa?

I : Saya memang gitu, haha

(Korang nampak kan sedaya upaya I cuba jawab seringkas mungkin. Kalau tak memang habis la I. I x friend dengan adik2 I sebab I xnak diorang komen apa yang I post dalam FB. Kakak I okay je. Cuba koramg bayangkan apa anggapan dia akalu aku citer? Dia da jumpa ramai orang so opkos lah dia boleh baca I ni insecure dan lain2 yang negatif)

.

PAstu ada la sembang lain2, tapi sebijik pun takde sembang bab kahwin bab masa depan..haha.
Lega juga I, dan I bet dia pun maybe see me as a friend lah lepas jumpa face to face. Kali kedua tau jumpa.

Dia dah habis makan, I pula ada 2/3 lagi atas pinggan. Tu pun I menyudu dan makan tak cover2 dah.
I tak tengok sangat pun dia makan, tapi I tahu dia tengok I makan. Dengan pipi kembung I lagi..haha. Memang huduh la.

I kata pergi lah dulu kalau dia nak pergi. Dia balas tak boleh, saya ajak awak makan, kita kena sama-sama beredar. Mak saya pesan, sebagaimana awak datang jumpa saya, macam tu juga lah saya kena pastikan awak balik dengan keadaan yang sama.

PAstu dia minta diri, katanya nak setel sesuatu. I pun okay jelah.
I makan dan makan sampai habis. Tengok jam dah 12.40

PAstu I kata okay, jom. Yelah dia ada kerja tapi masih sempatkan diri jumpa I. Serius I rasa teruja la juga dia sanggup spend masa walaupun kejap.
I nak g bayar, dia kata dah bayar.

I : Kenapa awak bayarkan...susahkan awak je

Dia : Mak saya kata, kalau ajak anak dara orang, jangan bagi dia bayar. Mak saya kata lagi, kalau takde duit jangan ajak orang makan.

I : Okay


.
.


Ada lagi part lain, part tambahan lepas keluar makan. Sementara tu korang komen lah ek, I tunggu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2018 01:14 AM | Show all posts
Catpaw replied at 25-3-2018 12:01 AM
Tq tag i, sambung la lagi

Sesame. Dah sambung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.498198 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list