View: 1282|Reply: 9
|
[Tempatan]
MyPapaCare pusat urut untuk lelaki SAHAJA
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA - Ekoran kejayaan program penjagaan kesihatan wanita MamaCare sehingga dikenali di peringkat antarabangsa, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini memperkenalkan program urutan kesejahteraan lelaki atau MyPapaCare.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, selain membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan golongan lelaki, MyPapaCare juga bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai pengesanan awal kanser testis dan prostat dalam kalangan lelaki Malaysia.
Sebagai permulaan, katanya seramai 30 pengamal MyPapaCare dipilih oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Wilayah Persekutuan sebagai perintis program tersebut dan khidmat mereka setakat ini boleh diperoleh di Klinik Nur Sejahatera di aras empat KPWKM di sini.
Bercakap kepada pemberita pada majlis prapelancaran MyPapaCare di KPWKM di sini hari ini, Rohani berkata kos khidmat urutan MyPapaCare ialah RM1 bagi satu minit iaitu sama dengan kos urutan MamaCare.
Beliau berkata KPWKM merancang melatih 100 pengamal MyPapaCare dalam tempoh setahun bagi membolehkan 10,000 lelaki memanfaatkan khidmat MyPapaCare itu.
"Kesemua pelatih MyPapaCare yang menamatkan kursus dan latihan akan diberikan sijil yang melayakkan mereka memohon pekerjaan di hospital atau di mana-mana sahaja," katanya lagi.
Mereka yang layak untuk mengikuti kursus sebagai tukang urut MyPapaCare adalah warganegara Malaysia yang berumur antara 24 dan 60 tahun, dengan pengalaman mengurut selama tiga tahun dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia aras tiga serta daripada kumpulan mereka yang berpendapatan rendah atau B40, katanya.
Rohani berkata khidmat MyPapaCare akan diperluaskan di seluruh negara melalui 50 Klinik Nur Sejahtera LPPKN sedia ada. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Camno nk jd pelatih mamacare |
|
|
|
|
|
|
|
silap2 pelatih tu ada yg gayah
bekerja sambil cikcur la yek |
|
|
|
|
|
|
|
mesti penuh dgn gegayah dan daddies haus |
|
|
|
|
|
|
|
kira otot2 the legal one is it?? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah agak mesti akan kuar komen pasal gegayah semua..tu mamacare mende xde plak concern pasal lesbo..dasar memasing |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 20-3-2018 11:41 PM
haruslah bakalan jadi pusat rogayah berkuntum sambil melempiaskan napsu serakah memasing |
|
|
|
|
|
|
|
Aduyai....lawak baca komen memasing |
|
|
|
|
|
|
|
Urutan batin ada sekali tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|