CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1412|Reply: 4

[Tempatan] Kediaman mampu milik dinamakan Residensi nampak sikit eksklusif

[Copy link]
Post time 20-3-2018 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

88,917 unit Rumawip dibina, lepasi sasaran asal
20 MAC 2018

KUALA LUMPUR - Sebanyak 88,917 unit pembinaan kediaman mampu milik di bawah program Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip) berjaya dibina sehingga Februari lalu, melepasi sasaran asal iaitu 80,000 unit menjelang tahun 2020.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata jumlah unit itu yang melibatkan 124 projek di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, merangkumi projek di bawah kategori Siap, Dalam Pembinaan dan Kelulusan Perintah Pembangunan.

"Daripada jumlah projek itu, sebanyak 15 projek atau 8,824 unit telah siap dibina dan sedia untuk diduduki antaranya seperti di Residensi Pandan Mas, Residensi Sentul Mas, Suasana Lumayan dan Residensi Rampai.

"Walaupun telah melepasi sasaran unit, kami akan teruskan pembinaan (rumah mampu milik) jika ada permintaan daripada orang ramai," katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian Unit Rumawip Kondominium Kiara Kasih, di sini hari ini.

Projek kondominium 40 tingkat yang dibina dengan usahasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan syarikat UEM Sunrise Berhad tersebut melibatkan 719 unit yang setiap satunya berkeluasan 850 kaki persegi.

"Setiap unit dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu tempat letak kenderaan dan dijual pada harga hanya RM300,000 seunit dan dijangka siap pada tahun 2022.

"Kemudahan yang selesa juga disediakan antaranya kolam renang, gimnasium, kawasan riadah, bilik bacaan dan surau selain kawasan persekitaran yang strategik dengan pelbagai pengangkutan awam yang kondusif untuk penduduk," katanya.- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2018 04:49 PM | Show all posts
"Residensi Pandan Mas, Residensi Sentul Mas, Suasana Lumayan dan Residensi Rampai"

sama jah mcm developer, letak nama Kiara bagai..padahal segambut jah
yg lain2 lak
bangsar south - kampung kerinchi
damansara damai - sungai buloh
sunway SPK damansara - kepong
damansara perdana - bkt lanjan. sg penchala
mont kiara - segambut luar segambut dalam



Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 04:56 PM | Show all posts
pprt ke ni sister?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 01:18 PM | Show all posts
kejap lg dtg la penghuni rumah mampu milik umngok dgn bangga mengaku brim rm500 cukup sara hidup sepenggal.

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 02:36 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 21-3-2018 02:39 PM

2,000 unit RUMAWIP di Putrajaya

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@nstp.com.my

PUTRAJAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan menyediakan sebanyak 500 daripada 2,000 unit Projek Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), di Presint 9, di sini, pada harga serendah RM80,000.
Projek pertama RUMAWIP di Putrajaya itu akan mula dibina pada suku kedua tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya pada 2024.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata 500 unit kediaman dengan keluasan lantai 700 kaki persegi (65 meter persegi) itu bakal ditawarkan kepada orang kelainan upaya (OKU), penjawat awam isi rumah bawah RM3,000 dan komuniti masyarakat India.
Beliau berkata, pihaknya memperuntukkan 50 unit untuk OKU dan 90 unit lagi untuk masyarakat India yang menetap di Putrajaya, manakala selebihnya kepada penjawat awam dan penduduk yang menetap di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.
"Unit kediaman pada harga istimewa ini dicapai hasil persetujuan dengan pihak pemaju, selain sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dijalankan pemaju berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek RUMAWIP; Terminal Pengangkutan Awam dan Pusat Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Putrajaya, di sini, hari ini.
Katanya, unit RUMAWIP juga ditawarkan kepada penjawat awam yang belum memiliki rumah pertama.
Beliau berkata, baki 1,500 unit RUMAWIP ditawarkan pada harga RM270,000 dengan keluasan lantai 800 kaki persegi (74 meter persegi).
Unit kediaman itu, katanya, turut ditawarkan kepada penduduk Putrajaya yang bukan dalam kalangan penjawat awam.
"Projek RUMAWIP ini adalah usaha berterusan Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan kediaman mampu milik kepada rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata, projek RUMAWIP adalah sebahagian daripada projek pembangunan bersepadu yang akan dibangunkan di Presint 7 dan Presint 9 oleh anak syarikat milik penuh Perbadanan Putrajaya (PPj), Putrajaya Leisures & Services Group Sdn Bhd (Pulse Group) bersama tiga rakan strategik lain iaitu Pan Sejati Development (M) Sdn Bhd; Alliance Gloss Sdn Bhd dan GETS Global Bhd.
Beliau berkata, projek pembangunan lain, termasuk projek pembangunan semula terminal pengangkutan awam, Putrajaya Sentral dan pusat penjaja Bumiputera di Presint 7 dan Presint 9, dijangka siap pada 2029.
"Ketiga-tiga projek pembinaan ini dianggarkan bernilai RM2.28 bilion," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.086843 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list