CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4319|Reply: 9

RM8,000 untuk tempoh seminggu tinggal bersama bekas isteri!! Bisness Cina Buta m

[Copy link]
Post time 20-3-2018 04:03 PM | Show all posts |Read mode



JOHOR BAHRU: Sekumpulan lelaki menjadi pak sanggup atau cina buta semata-mata mengidamkan imbuhan lumayan mencecah RM10,000 serta berpeluang bermalam dengan isteri ekspres bagi memuaskan nafsu selama sebulan sebelum diceraikan.

Dengan imbuhan serta pelbagai barangan mewah lain diberikan isteri ekspres masing-masing, kumpulan cina buta terbabit tidak kisah dilabel dengan gelaran itu, malah memberi alasan ia bukan perkara mendatangkan kesalahan kerana segala-galanya dilakukan mengikut syarak.

Bagi memudahkan pelanggan terdesak menghubungi mereka, kumpulan cina buta terbabit mendedahkan identiti serta maklumat peribadi berserta nombor telefon masing-masing dalam laman web.

Seorang daripada cina buta yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli, 31, berkata, dia yang berasal dari Tapah, Perak, datang ke bandar raya ini enam tahun lalu sebelum terjebak kegiatan itu setahun kemudian.

Menurutnya, dia mula terjebak kegiatan cina buta apabila menganggur lima bulan sebelum ditawarkan peluang menjadi cina buta kepada seorang kerani yang tinggal di Kuala Lumpur.


Tak terima laporan
“Perkhidmatan pak sanggup atau cina buta memang ada, namun ia tidak pernah dimaklumkan kepada kami,” kata Kadi Daerah Johor Bahru, Mohd Azman Mohsin ketika dihubungi di sini, semalam.

Azman mengulas berkaitan sekumpulan lelaki di bandar raya ini yang menawarkan khidmat cina buta kepada pasangan yang terlanjur bercerai dengan talak tiga.

Kumpulan cina buta terbabit menyediakan laman web khas untuk mengiklankan khidmat diberikan manakala pasangan yang mahukan khidmat mereka perlu mengikut syarat ditentukan seperti imbuhan mencecah ribuan ringgit.

Menurut Azman, pihaknya menyedari berkaitan kegiatan cina buta di negeri ini, namun tidak dapat mengambil tindakan kerana tiada sesiapa tampil memberi maklumat.

“Kami tahu ia wujud dan tiada siapa tampil kerana ia mungkin mendatangkan aib kepada pihak tertentu,” katanya.

Mengulas lanjut, Azman berkata, Islam melarang keras penggunaan khidmat cina buta, malah lelaki yang melakukannya dianggap dayus.

“Perkahwinan dan perceraian bukan perkara yang boleh dipermainkan kerana itu Islam membahagikan perceraian kepada tiga bahagian iaitu talak satu hingga tiga manakala kuasa cerai pula terletak di bahu suami.

“Nasihat saya kepada pasangan suami isteri terutama pasangan muda, jangan terburu-buru bercerai sebaliknya fikirkan kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah bagi keharmonian rumah tangga,” katanya.


Pasangan terdesak
“Saya akui terlalu mengikut perasaan sehingga terlepas melafazkan talak tiga kepada isteri ketika kami bertengkar, Disember lalu.

“Akibat keterlanjuran itu, kami tiada pilihan selain mendapatkan khidmat cina buta untuk kembali hidup bersama,” kata Azri, 38, dari Skudai di sini, semalam.
Azri yang juga ahli perniagaan mengakui terdesak mendapatkan khidmat pak sanggup atau cina buta kerana masih menyayangi isteri, Anida, 37, dan tiga anak berusia 10, 12 dan 15 tahun.

Menurut Azri, mahligai perkahwinan yang dibina atas dasar cinta sejak 16 tahun lalu berkecai akibat pertelingkahan kecil bermula pada November lalu.

“Saya terlalu ikutkan perasaan cemburu apabila Anida yang juga wanita bekerjaya didekati lelaki lain,” katanya. Menurut Azri, selepas terlajak menceraikan Anida pada Disember tahun lalu, perasaan kesal mula menguasai dalam diri.

Katanya, hampir setiap hari dia dan Anida menangis kerana kesal dengan apa yang berlaku, malah sehingga kini perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan anak kerana tidak mahu emosi dan persekolahan mereka terjejas.

“Oleh kerana kami masih memerlukan dan pada masa sama memikirkan masa depan anak, saya nekad melanggan khidmat cina buta yang diperkenalkan seorang kenalan menerusi sebuah laman web.

“Kami tiada cara lain selain memilih jalan ini untuk kembali hidup bersama.

“Cina buta terbabit menawarkan perkhidmatan itu dengan bayaran deposit RM2,000 dan RM4,000 hingga RM8,000 untuk tempoh seminggu tinggal bersama bekas isteri,” katanya.

Sumber :

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2018 04:29 PM | Show all posts
Siapa pun boleh reka cerita macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape panggil cina bute ar.. ? Ada tak mana2 cina boleh tlg jelaskan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 04:47 PM | Show all posts
sinalegna replied at 20-3-2018 04:38 PM
Nape panggil cina bute ar.. ? Ada tak mana2 cina boleh tlg jelaskan?

Cina tu buta kot, tak nampak apa-apa masa ngesek dengan bini Tapi kenapa cina? Dan bukan Melayu?



Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 05:58 PM | Show all posts
hasanah versi apa pulak ni..

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Saheh hasannah versi cerekapilihan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2018 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sanggup pulak bini tu tido ngan orang lain seminggu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam pelacur dah bini tu dibuatnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2018 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedak tapi hare
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 10:48 PM | Show all posts
melayu yg bercerai, cina jugak yg dapat nama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.598798 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list