Hari persandingan adalah hari paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan pengantin di mana mereka dipakaikan busana indah dan dilayan bak raja pada hari itu.
Namun lain pula bagi wanita ini apabila terpaksa bersanding berseorangan di hari yang istimewa itu.
Foto: Twitter
Foto: Twitter
Menurut pengantin perempuan yang dikenali sebagai Badriyah Amir, pasangannya tidak dapat hadir kerana tidak dapat pengecualian dari latihan bomba.
Namun dia tetap tabah meneruskan majlis itu walaupun tanpa kehadiran pasangannya.
Kisah ini mendapat perhatian para netizen yang rata-rata sedih dan tidak berpuas hati mengapa pengantin lelaki tidak diberi pelepasan.
Nah baca komen mereka.
Tak mengapalah, yang penting akad nikah sudah selamat dilakukan. Kalau ada rezeki lebih nanti, boleh buat majlis bersanding lagi selepas ini okay? -CARI |