CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 741|Reply: 0

[Dunia] Neymar Tuntut Gaji £1 Juta Seminggu dari PSG

[Copy link]
Post time 20-3-2018 04:20 PM | Show all posts |Read mode


Pada awal musim Paris Saint-Germain dengan gembira serta bergaya mengumumkan bahawa Neymar Jr. sah menjadi pemain mereka dengan hanya sekali tandatangan. Pemain kelahiran Brazil itu diikat dengan kontrak selama 5 tahun yang menyaksikan Neymar bakal berada di Paris sehingga 30 Jun 2022.


Pada awalnya perpindahan Neymar Jr. ke Paris Saint Germain (PSG) dianggap satu khabar angin yang tidak masuk akal lantaran harganya yang melampau seperti mana harga hantaran segelintir manusia, tetapi kini cerita Neymar ke PSG menjadi kenyataan dan Neymar mempamerkan aski mempesonakan seperti biasa.


Pemain sensasi Paris Saint-Germain, Neymar mengalami kecederaan retak tulang metatarsal dan bakal diketepikan sekurang-kurangnya selama 90 hari dan dijangka kembali untuk Piala Dunia Russia bersama Brazil.


Kecederaan Neymar ini juga menyaksikan beliau terlepas perlawanan menentang Real Madrid di Champions League di mana PSG mudah ditumbangkan Los Blancos. Walaupun cedera Neymar tetap dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.


Legenda Brazil dan juga bekas pemain Real Madrid, Ronaldo sebelum ini pernah menggesa Real Madrid mendapatkan Neymar bagi memperkuatkan pasukan untuk musim hadapan. Ronaldo yang pernah bermain di Santigago Bernabeau selama 4 musim, berkata Real Madrid harus mencuba sedaya upaya mendapatkan pemain sehebat Neymar.


Ronaldo percaya Neymar adalah pemain yang sesuai untuk Los Blancos dan menggesa bekas kelabnya segera mendapatkan Neymar. Ronaldo turut menambah kelab seperti Real Madrid harus mendapatkan pemain terbaik dan Neymar tergolong dalam kategori tersebut.


"Neymar adalah pemain yang sangat bagus, mungkin beliau akan menjadi pemain terbaik dunia dalam masa beberapa tahun yang akan datang. Real Madrid pula memerlukan pemain terbaik dunia ketika ini."


Walaupun Ronaldo berharap Neymar akan menyertai Real Madrid suatu hari nanti, beliau percaya mustahil bagi PSG melepaskan Neymar dalam masa terdekat ini.


Kini Neymar yang dalam proses pemulihan dilaporkan menuntut kenaikan gaji sehingga £1 juta seminggu bagi membolehkan beliau kekal di PSG sekaligus menghalang beliau dari kembali ke Sepanyol untuk bersama Real Madrid.


Neymar kini menikmati gaji buta £525,000 seminggu dan menuntut kenaikan hampir 100 peratus. Mari kita membawang dengan gaji Neymar.



Gaji Neymar

Kontrak 5 tahun Neymar bersama PSG dilaporkan bernilai £27 juta setahun jika dipecahkan mengikut bulan, minggu, hari, jam, dan minit serta saat :

Setahun - £27 juta bersamaan RM151.88 juta
Sebulan - £2.25 juta bersamaan RM12.6 juta
Seminggu - £525,000 bersamaan RM3 juta
Sehari - £75,000 bersamaan RM 422,000
Sejam - £3,125 bersamaan RM17,578
Seminit - £52 bersamaan RM292.51
Sesaat - £0.9 bersamaan RM5.06

Nak senang kira korang darab 2 jela jika PSG setuju bayar 1 juta. Gila bawang satu saat gaji dah cecah RM10.

AMARAN : Kiraan ini dibuat dalam keadaan mengantuk.


Neymar : Aku Ke PSG Bukan Kerana Wang!

Dalam wawancara bersama BBC Neymar berkata :

1. Sukar buat keputusan dan hampir sebulan berfikir sebelum kata hatinya menyuruh beliau pergi.
2. Neymar ke PSG bukan untuk menjadi bintang tetapi kerana cabaran dan mahu menang gelaran juara.
3. Neymar ke PSG bukan kerana duit tetapi untuk motivasi dan cabaran.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.066209 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list