CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1938|Reply: 4

Surat Dalam Botol 'Tertua' Di Dunia Dijumpai, 132 Tahun Kemudian Di Australia

[Copy link]
Post time 20-3-2018 04:46 PM | Show all posts |Read mode




Umpama cerita klasik – pelayar atau individu menghanyutkan  botol yang di dalamnya berisi surat bertulis tangan dengan harapan ia menjadi catatan sejarah satu hari nanti.

Ironinya, Mac 2018 mencatat sejarah dengan penemuan sebiji botol di pesisir pantai Australia oleh warganya, Tonya Illam (yang sedang menyusuri pantai di Utara Perth) bersama keluarganya.




Illman mengeringkan botol tersebut lalu membuka surat tersebut yang ditulis dalam bahasa Jerman. Surat bertarikh 12 Jun 1886 dengan nama lokasinya ialah ‘Kapal Paula’.

Menurut laporan Reuters, surat di dalam botol itu dipercayai berusia 132 tahun!

Wow! Betapa luasnya samudera lautan yang boleh menghanyutkan sebiji botol lalu mencatit sejarah.

Setakat ini para peneliti menyatakan botol tersebut dibuang oleh pelaut Jerman yang sedang melintas di Samudera Hindia.
Dalam catatan rekor Guinness World Record, surat dalam botol tertua di dunia yang terakhir kali dijumpai adalah berusia 108 tahun.




Foto Carian internet


Pihak Muzium Maritim Fremantle dengan kerjasama Pertubuhan Arkeologi Australia menghubungi Pertubuhan Maritim Jerman untuk memastikan isi surat tersebut sama dengan tarikh pelayaran Kapal Paula.

Akhirnya mereka membuat kesimpulan bahawa penulis sedang berlayar dari Cardiff menuju Makassar untuk berdagang.

Maritim Jerman menyatakan bahawa surat tersebut adalah barang antik dan kini ia dipamerkan di Muzium Maritim Fremantle selama 2 tahun.

Cuma nak pesan, kalau ada nampak botol kat pesisir pantai Malaysia pula, seeloknya tanyalah orang yang lebih arif sebelum membukanya. Bimbanglah pula kalau ada pesan yang tidak elok pula nanti. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2018 05:32 PM | Show all posts
Siapa sangka akhirnya ada yang jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 08:14 AM | Show all posts
keh keh keh.. kalau jumpa botol hanyut kat Malaysia, jangan la gatal nak bukak ye.. terkeluar semua jin toyol hantu raya kang..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pantai di Mesia xyah la gatal tangan nak bukak...takut2 bila bukak dapat peliharaan baru, kakak pon dengan abang raya
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 11:06 AM | Show all posts
botol kat sini kalo bukak cari penyakit la sis
ramai sgt kaki2 tahyul buang hantu momok la bagai
ko bukak ko la jadi tuan baru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.044667 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list