View: 2478|Reply: 8
|
Anda Yang Selalu Lambat Tak Menepati Masa Mesti Tergolong Dalam 4 Kategori Ini,
[Copy link]
|
|
Adakah anda jenis suka membuat orang lain tertunggu-tunggu atau anda penyebab orang lain terlambat untuk sesuatu acara? Tapi pernah tak terdetik di minda anda kenapa mereka ini sering terlewat?
Menurut penyelidik dari Australia Dr Karl Kruszelnicki, terdapat empat jenis personaliti berbeza yang berkait rapat dengan kelewatan, kelambatan atau apa sahaja seumpamanya.
Foto: Naterx GIF
Jom tengok apa ciri-cirinya. Bukan sahaja untuk memahami lebih mendalam mereka yang sering terlambat, mungkin juga ia dapat membantu anda memahami diri sendiri!
Manalah tahu ia dapat menjadi kunci kepada penyelesaian masalah dan membuat kita semua sampai ke destinasi tepat pada masanya.
1. Mat jenin
Bukan sahaja gemar berkhayal, malah mereka sejenis yang suka berharap pada sesuatu yang tidak realistik. Contohnya, apa yang mereka dapat capai dalam jangka masa tertentu.
Mereka akan memberitahu diri sendiri yang mereka boleh mandi dalam masa seminit, siap memakai baju dalam 30 saat, dan masih ada masa untuk menyediakan sarapan sebelum meninggalkan rumah. Memang tak logik sebab semua perkara itu mengambil masa lebih panjang daripada apa yang difikirkan. Sebab itulah mereka terlambat!
Foto: Odyssey
Ada cara untuk merawatnya iaitu dengan membuat perbandingan masa bagi setiap rutin dilakukan setiap hari. Dengan itu, mereka boleh lihat berapa lama masa diambil untuk melakukan sesuatu rutin seperti berapa lama masa diambil untuk mandi pagi.
2. Pencetus krisis
Mereka inilah jenis yang suka menggelabah tak tentu hala. Kalut memanjang! Mana taknya, semua kerja suka bertangguh. Kononnya, mereka boleh melakukan lebih baik apabila berada dalam tekanan.
Foto: Star12 Community
Malah, mereka sangat tidak suka menunggu. Jadi, mereka akan tergesa-gesa bergerak ke tempat perjanjian di saat terakhir daripada terpaksa menunggu orang lain.
Biar orang menunggu daripada diri sendiri menunggu! Adakah anda begini? Jika ya, Dr Karl menyarankan supaya anda melakukan aktiviti fizikal di tempat yang dijanjikan daripada membuat orang lain tertunggu-tunggu 'batang hidung' anda.
3. Mementingkan kesempurnaan
Orang yang memiliki personaliti ini sangat berbahaya sebenarnya. Mereka suka menghabiskan masa memastikan semua benda sempurna dari A sampai Z! Sampaikan susunan pinggan mangkuk pun kena sempurna - sebab itulah selalu lambat siap!
Foto: Sott
Mereka ini perlu berhenti daripada menjadi terlalu obses dengan benda yang tak berapa penting. Sedarlah! Siap pada waktunya lebih penting daripada menjadi sempurna.
4. Gemar melawan
Tahap bahaya mereka ini berada di tahap lain kerana mereka tak pedulikan orang sekeliling mereka. Mereka tak suka terikat kepada peraturan, jadi selalunya mereka memilih untuk sengaja lewat sebagai cara mereka memberontak.
Foto: Pinterest
Mereka sangat anti dengan arahan orang lain. Mereka suka mengikut cara mereka sendiri. Tapi, mereka harus sedar impaknya terhadap orang lain. Fikirkanlah orang lain yang susah akibat sikap sendiri yang tak semenggah mana tu.
Jangan tipu! Mesti salah satu perangai di atas ada dalam diri anda, kan? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
I sejenis hangin satu badan tunggu org lewat melepasi masa janji. Kawan i plak hangin satu badan sbb x suka tunggu org. Rela biar org tunggu dia. Sempurna sgt hubungan kami |
|
|
|
|
|
|
|
no 4 kot.... ... sampai lewat sbg tanda protes |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat ni still lg punctual..tp paling x suka spesis lewat y akn ganggu plan that day..unless dia ada reason y valid,ok laa tp kalau x,sy akan cancel jela..mood dah hilang sbb org y lewat tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
I jenis merempan Kalau I kena tgu org atau pun I yg lmbt. I punya temu janji takde nya lepas asar pelbagai tu. I tahu I nak sampai pukul berapa. Kalau 3.20 ptg I akan ckp 3.20 ptg. Tp I akan ada buffer time 15 minutes before. |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih suka menepati masa dan selalunya akan sampai sedikit awal dari dijanjikan tak suka yang jenis janji melayu ni sebab membuang masa orang lain sebab sikapnya tu |
|
|
|
|
|
|
|
i paling tensyen bila kata dah nak sampai, tapi berejam tunggu tak jgk nampak batang hidung... |
|
|
|
|
|
|
|
Paling bangang org paling dekat dgn kampeni selalu paling lewat sampai..kejadahnya sampai opis mcm baru lps maraton 10km |
|
|
|
|
|
|
|
aku org yg punctual
sbb tu aku x suka org yg ambil mudah
boleh meroyan kalau tunggu org lewat2 ni..
kena pulak da tunggu 10-15 minit x muncul2 lg, WA,mesej, call x reply
rsa nak bom jerk... |
|
|
|
|
|
|
| |
|