View: 993|Reply: 7
|
[Tempatan]
Umur 16 Tahun Rakyat Malaysia Kemurungan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Seramai 18,336 rakyat Malaysia termasuk seawal usia 16 tahun dikesan mengalami pelbagai tahap kemurungan sepanjang tahun lalu.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, statistik itu berdasarkan kajian yang dilakukan oleh kementeriannya melalui saringan minda sihat terhadap 273,203 orang di klinik-klinik kesihatan dan komuniti pada 2017.
Menurutnya, daripada jumlah saringan itu, sebanyak 4.03 peratus atau 11,811 orang dikesan mengalami kemurungan tahap ringan, 1.26 peratus (3,680 orang) tahap sederhana dan 0.62 peratus (1,682 orang) berada pada tahap teruk.
“Melalui saringan minda sihat yang dijalankan dengan Kementerian Pendidikan ke atas 253,196 pelajar tingkatan empat pula, sebanyak 0.45 peratus atau 1,163 pelajar mengalami masalah kemurungan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat stodens akak yang murung pehtu nak bunuh diri pabila kena dumped bf, gf memasing. Euw. |
|
|
|
|
|
|
|
Depression is gheal but tiada simpati bagimu jika nak bunuh diri or mati karna putus cinta. Gi mampos. |
|
|
|
|
|
|
|
drama2 dan film cinta malaysia begitu buduh dan membuduhkan
jika ada masalah dilihat tiada cara penyelesaian yg betul
lagu2 chenta tragis konon
asik meratap chenta aja, takde kerja lain, walhal surga hidup lebih dari itu jika mau
|
|
|
|
|
|
|
|
yezzzz..sangat setuju..
drama2 maghrib yg boleh dibaca jalan ceritanya ditambah lagi dengan lantunan mendayu2 lagu patah batang zaman ini boleh menjadikan golongan remaja ni dilanda kemurungan jika berlakunya sesuatu musibat..
sebab.otak dah jem...asik hanyut dibuai leka dengan khayalan fantasi dan x sedar antara realiti dan fantasi... |
|
|
|
|
|
|
|
Exactly... padahal dlm kehidupan ni byk lagi boleh explore selain drpd cinta....
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak hidup dalam hayalan dan angan2 bukan reality sebenar, gigih nak dapat perhatian nak nampak hebat dimata orang mana tak jadi macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
maka akan lahirnya generasi kepimpinan terbawang selepas ini..jangan tekejut |
|
|
|
|
|
|
| |
|