CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 521|Reply: 5

[Tempatan] TRX, Bandar Malaysia bukti kejayaan 1MDB

[Copy link]
Post time 21-3-2018 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
TRX, Bandar Malaysia bukti kejayaan 1MDB
21 Mac 2018 3:00 AM

JOHOR BAHRU – Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Arul Kanda Kandasamy mahu 1MDB diukur berdasarkan kejayaan syarikat milik kerajaan itu merealisasikan pembinaan dua projek meganya iaitu Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kedua-dua projek itu sekali gus menafikan segala tohmahan yang sering dilontarkan terhadap syarikat berkenaan selama ini.


“Masyarakat boleh melihat dan menilai sendiri pembangunan yang sedang giat berjalan di sekitar TRX yang sehingga hari ini masih berjalan dan terus mendapat perhatian pelabur tempatan dan antarabangsa,” katanya ketika berucap pada program Diskusi 1Minda 1Bicara 1MDB di sini malam kelmarin.

Menurut Arul, walau apapun fitnah yang ada, syarikat 1MDB tidak bankrap dan masih berupaya membayar hutangnya serta membangunkan aset-aset yang ada.

“Sehingga kini kita telah berjaya menarik pelabur ke TRX seperti HSBC Bank Malaysia Bhd. yang bakal membina ibu pejabat terbesar di Asia Tenggara selain Prudential, Affin Bank Bhd., Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi,” katanya.

Arul menegaskan, nilai aset milik 1MDB ketika ini adalah sebanyak RM43 bilion, melebihi nilai hutang semasa yang berjumlah RM31 bilion, yang mana majoriti aset tersebut merupakan sektor hartanah yang dilihat mempunyai jumlah yang lebih daripada mencukupi untuk membayar hutang syarikat berkenaan. – Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2018 09:58 AM | Show all posts

Pembangkang aje yg kata 1MDB gagal....duit dicuri penyamun....sarat hutang dll.
sebab nak dapatkan undi dengan cara kelentong rakyat...


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 10:04 AM | Show all posts
1MDB adalah petanda pakatoon akan hancur sehancur2nya dalam PRU 14 ni..sebab apa?...tu jer isu yang depa ada..dok ulang-ulang tak habis2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 10:39 AM | Show all posts
dah berdirikah bangunan nya?

kalau setakat prelim work jer apa nak bangga..even bangunan 70% siap pun masih kategori as blm siap dan tidak selamat diduduki
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 12:54 PM | Show all posts
kejayaan no1 1MDB bagi aku, dia berjaya menjimat kan ratusan billion duit TNB & negara dari tangan gang2 IPP untuk puluhan tahun mendatang, walaupun berdepan dengan sabotaj IPO etc yg berjaya dari gang2 IPP, akhir nyerrr mereka kecundang gak, lagi baik bagi balik berbillion duit free IPP tiap tahun tu kat rakyat dalam bentuk BR1M & yg lain2, ratusan billion dah gang2 IPP dapat selamberrr jerrr sejak 1990an sampai laaa 2015, nasib baik dah kalah gang2 ni, kalau berterusan ratusan billion lagi piii poket mereka bertahun-tahun, bukan puluh billion, tapi ratusan billion ringgit jimat......
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 01:00 PM | Show all posts
leylapple replied at 21-3-2018 10:39 AM
dah berdirikah bangunan nya?

kalau setakat prelim work jer apa nak bangga..even bangunan 70% si ...

Dlm pembinaan

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.074375 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list