CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 877|Reply: 2

[Tempatan] Edisi Bakal Kalah : Ahli parti sabotaj, dakwa Johari

[Copy link]
Post time 21-3-2018 09:55 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani mendakwa disabotaj oleh anggota partinya sendiri. Selepas gambar ‘bunting’ yang bertulis bertulis ‘Say no to DJ’ (Datuk Johari atau Datuk Jo) dan ‘banner’ dengan pesanan menolak Johari yang ‘sombong’ di kawasan Titiwangsa menjadi tular di media sosial.
Salah satu gambar memaparkan wajah Johari dipangkah. Manakala satu lagi gambar menampilkan kira-kira 20 orang belia memakai baju kemeja T dengan mesej ‘asalkan bukan Joe Ghani, #ABJ’.
“Kami ahli Umno akar umbi Titiwangsa memohon kepada YAB Perdana Menteri agar memilih calon lain selain daripada Datuk Johari,” tulis kain rentang dengan tanda pagar ‘#TolakJohariGhani’, ‘#JoeAngkuh’, ‘#JoeBongkak’ dan ‘#asalkanbukanJoeGhani’.
“Terdapat seseorang di bahagian Umno saya yang berminat menjadi calon di Titiwangsa dan memulakan kempen memburuk-burukkan wibawa saya,” kata Johari merangkap Ketua Umno Bahagian Titiwangsa itu tanpa menamakan orang tersebut.
“Apapun, saya tiada masalah dengan hal ini kerana pengundi di Titiwangsa yang akan memutuskannya,” seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Pada 2013, Johari menang dengan majoriti tipis 866 undi.
Pada PRU14 ini, beliau dijangka dicabar timbalan pengerusi brio polisi dan strategi BERSATU Wan Saiful Wan Jan dan Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Salleh.
Desas-desus minggu lalu membayangkan potensi Johari sebagai salah seorang calon menteri besar BN untuk Selangor.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2018 01:32 PM | Show all posts
geng2 BN/UMNO ni kalo x puas hati je gantung banner ekkk...kat penang pun gitu



Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kan org Kg Pandan, pi balik sana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.079761 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list