CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1883|Reply: 0

Peristiwa sejarah yang berlaku sehari yang lalu... pencerobohan uncle sam di ira

[Copy link]
Post time 21-3-2018 10:11 AM | Show all posts |Read mode



Pada 20 Mac 2003, Amerika Syarikat mencerobohi Iraq, memulakan pendudukan selama 8 tahun terhadap negara tersebut, menyahstabilkan Asia Barat, membunuh ratusan ribu orang awam, dan menanggung beban kos trilion dollar. Sebagai tambahan kepada kerosakan infrastruktur dan perkhidmatan sosial Iraq yang bernilai berbilion dollar, telah dilaporkan bahawa sekitar setengah juta rakyat, 500,000 + orang awam Iraq mati sebagai hasil daripada pencerobohan Iraq. Koalisi yang diketuai Amerika Syarikat menghantar seramai 177,194 askar ke Iraq ketika fasa penting (operasi) pencerobohan tersebut, yang bermula daripada 19 Mac hingga 9 April 2003.

Menurut Presiden George Bush, matlamat operasi tersebut adalah untuk "melucutkan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) milik Iraq, menamatkan sokongan Saddam Hussein terhadap keganasan, dan membebaskan rakyat Iraq." Tiada senjata pemusnah besar-besaran yang dijumpai, setengah juta rakyat Iraq terbunuh, dan pencerobohan tersebut membantu menyahstabilkan Iraq dan membawa kepada penciptaan kumpulan IS (Negara Islam), yang pada asasnya mencipta keganasan yang George Bush dan Amerika sedang "berperang melawannya". Seramai 36 juta orang diseluruh dunia memprotes operasi pencerobohan yang menyalahi undang-undang tersebut, menjadi sebahagian daripada perhimpunan anti-perang yang terbesar dalam sejarah

Alasan yang sebenar di sebalik pencerobohan tersebut, kompleks industrial ketenteraan A.S., imperialisme, pengembangan kapitalis dan keinginan untuk minyak Iraq, dan keinginan Amerika Syarikat untuk mengekalkan hegemoni global mereka, adalah masih jarang diakui di antara kuasa global. Walau bagaimanapun, kos kemanusiaan dan ekonominya, dan ketidakstabilan di Asia Barat, masih berlaku pada hari ini.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.058010 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list