CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 705|Reply: 0

[Tempatan] Pelik tapi benar, bersanding tanpa suami

[Copy link]
Post time 21-3-2018 10:44 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: "Siapa yang tidak malu jika terpaksa bersanding sendirian tanpa suami tersayang di sisi, namun sebagai menantu pertama, saya perlu mengetepikan semua itu demi keluarga."

Nama Badriyah Amirullah, tiba-tiba menjadi sebutan selepas kisahnya yang bersanding seorang diri pada kenduri menyambut menantu di Teluk Intan, Ahad lalu, tersebar di media sosial.

Ketika dihubungi, wanita kelahiran Johor Bahru itu berkata, pada awalnya, beliau tidak mahu memakai baju pengantin dan bersanding, namun bertindak sebaliknya demi suami dan keluarga.

"Suami ada berpesan, seandainya dia tidak dapat balik, jadilah pengantin seperti biasa kerana saudara-mara serta rakan sebelah keluarga mentua ramai yang hadir pada hari kenduri berkenaan," katanya.

Badriyah berkata, suaminya, Mohamad Syaiful Izwan Mohamad Shah, tiada pada majlis itu kerana tidak mendapat pelepasan cuti.

Mohamad Syaiful Izwan sedang menjalani latihan sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, di Terengganu. Beliau dijangka menamatkan latihan pada Julai depan sebelum ditempatkan di balai bomba yang ditugaskan.

"Kita mendapat berita suami tidak dapat pelepasan, saya hampir menangis di depan keluarga mentua. Ibu bapa mentua pujuk dan tenteramkan saya, meminta saya bersabar serta kuat fizikal mental memandangkan semua perancangan untuk majlis sudah siap sepenuhnya.

"Ketika tiba di lokasi majlis, semua tetamu kelihatan tertanya-tanya ke mana pengantin lelaki. Saya gagahkan diri untuk berjalan di depan orang ramai menuju ke meja makan beradab. Ketika itu, hanya Allah yang tahu perasaan saya.

"Mujur juga pengacara majlis membuat pengumuman Syaiful tidak dapat hadir kerana mengikuti latihan dan tidak mendapat pelepasan.

"Apapun, saya bertuah kerana ibu dan bapa mentua sentiasa ada bersama. Tanpa sokongan keluarga mentua, saya tidak mungkin mampu meneruskan hingga majlis tamat," katanya yang bertugas sebagai pembantu keselamatan kilang di Johor Bahru.

Pasangan itu yang masing-masing berusia 26 tahun mendirikan rumah tangga pada 18 November lalu. Majlis di sebelah pihak perempuan di Kampung Melayu Majidee, Johor, diadakan pada hari sama.

Pada masa sama, anak sulung daripada dua beradik itu berkata, beliau sekeluarga berharap orang ramai tidak menyalahkan pihak bomba kerana tidak memberi pelepasan cuti kepada suaminya.

"Saya amat memahami tuntutan yang perlu dilalui suami untuk menjadi anggota bomba. Kami sekeluarga gembira kerana suami dipilih untuk berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Saya anggap itu semua sebagai persediaan. Mungkin lebih banyak cabaran yang menanti saya sebagai isteri seorang anggota bomba.

"Apapun, kenangan bersanding sendirian, tidak akan dilupakan sampai bila-bila," katanya.

Sementara itu, Penolong Ketua Pengarah (Bahagian Latihan) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohammad Hamdan Wahid, ketika dihubungi berkata, pelepasan cuti tidak diberikan kepada pelatih, kecuali untuk kes kecemasan atau kematian ahli keluarga terdekat membabitkan ibu bapa, isteri atau anak.

"Pelatih tidak diberikan cuti kerana kehadiran mereka sepanjang tempoh latihan adalah antara kriteria yang akan diberi penilaian, selain disiplin.

"Semua ketetapan berkenaan adalah mengikut keperluan standard MS ISO 9001: 2015 dan turut tercatat dalam peraturan sedia ada.

"Jadi, dalam hal ini, apa-apa pelepasan termasuk untuk berkahwin atau bersanding sekali pun tidak akan diberikan," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.055309 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list