CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1479|Reply: 4

Black Panther Kurang Dapat Sambutan Di China, Penonton Rimas Banyak Sangat Negro

[Copy link]
Post time 21-3-2018 01:08 PM | Show all posts |Read mode


Sejak awal bulan ini, filem superhero terbaru Marvel, Black Panther telah pun ditayangkan di seluruh dunia. Rata-rata penonton, termasuk di Malaysia berasa teruja melihat filem adiwira terbaru ini.


Walau bagaimanapun, di China, lain pula ceritanya. Baru semingggu filem ini ditayangkan di sana, sudah terdapat banyak aduan dan maklum balas negatif telah diberikan oleh penonton di negara komunis itu.


Antara aduan yang diberikan adalah terlampau banyak sangat pelakon negro di dalam filem itu telah membuatkan filem itu kurang seronok untuk ditonton kerana keseluruhan filem tersebut kelihatan suram dan gelap berbanding filem-filem Marvel sebelum ini.

Meskipun mendapat kritikan yang negatif, namun filem itu berjaya mendapat kutipan yang tinggi sebanyak USD66.5 juta dalam tempoh tiga hari dan ini sekaligus mencatatkan jumlah kutipan tertinggi untuk rekod kutipan antarabangsa bagi filem itu.

Walaupun mencatatkan kutipan tertinggi bagi filem antarabangsa, namun itu tidak menjadikan filem tersebut antara filem barat yang terbaik di China. Ramai penonton telah meluahkan perasaan kecewa sebaik sahaja menonton filem itu. Tidak kurang pula yang memberikan komen-komen berbau rasis dan menghina warna kulit pelakon yang dibarisi oleh orang negro di dalam filem superhero itu.




Ramai yang ‘culture shock’
“Mungkin penonton di China tidak biasa melihat orang negro di dalam filem itu. Selain itu saya juga perlu mencubit diri saya sebanyak 10 kali bagi memasti saya tidak tertidur ketika menonton filem itu.” tulis seorang pengguna di Douban yang merupakan sebuah laman reviu untuk filem seperti IMBD.


Penuh dengan kehitaman.
“Sudahlah Black Panther hitam, kesemua barisan pelakon utama juga serupa hitam dan kebanyakkan babak di dalam filem itu sengaja dibuat gelap dan hitam. Kegelapan ini membuatkan mata saya mengantuk,” komen seorang penonton yang kecewa dengan filem itu.


2D okay lagi, tapi kalau 3D?
Seorang penonton yang menonton filem ini dalam versi 3D telah meluahkan perasaan terkejut dan azabnya beliau disepanjang tempoh 135 minit itu. Menurut beliau, itu merupakan sebuah perkara yang paling beliau menyesal lakukan dalam seumur hidupnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2018 01:17 PM | Show all posts
masa aku tgk trailer filem ni pun aku  pelik knp semua negro...
tp aku x rasis pun...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 01:28 PM | Show all posts
tak ingin pun tgk citer ni... lebih teringin tunggu infinity war
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 21-3-2018 01:41 PM

Sape yang cakap tak laku tu. Kutipan kat China yang tertinggi tahun ni untuk filem Hollywood (setakat ni) USD100mil

Full story
https://quartzy.qz.com/1231764/the-story-behind-the-racist-responses-to-black-panther-in-china/


I tak tengok filem ni, setakat ni untuk filem marvel, Avengers je yang boleh buat I pegi wayang. Stand alone movie macam spiderman ke black panther ke ....layan kat astro aje
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 02:50 PM | Show all posts
superheroes lain2 mcm mengarut
batman jugak yg best
bagi aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.147872 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list