CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 244|Reply: 0

[Tempatan] Isi rumah akses internet cecah 85.7 peratus. Coverage di Malaysia semakin luas

[Copy link]
Post time 21-3-2018 02:04 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR 19 Mac - Isi rumah yang mempunyai akses ke internet meningkat sebanyak 15.6 mata peratusan kepada 85.7 peratus pada 2017 berbanding 70.1 peratus pada 2015.

Jabatan Perangkaan berkata, isi rumah yang mempunyai komputer dan telefon mudah alih menokok, masing-masing kepada 74.1 peratus dan 98.1 peratus berbanding 67.6 peratus dan 97.9 peratus pada 2015.

Ketua Perangkaan Malaysia Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, berkata individu yang menggunakan internet pada usia 15 tahun dan ke atas di Malaysia telah bertambah sebanyak sembilan mata peratusan kepada 80.1 peratus pada 2017 berbanding 71.1 peratus pada 2015.

“Antara aktiviti-aktiviti internet yang paling digemari pengguna membabitkan penyertaan dalam rangkaian sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya (86.3 peratus); muat turun imej, filem, video atau muzik; bermain atau muat turun aplikasi permainan (81.2 peratus); mendapatkan maklumat tentang barangan atau perkhidmatan (80.4 peratus); serta muat turun perisian dan aplikasi (74.5 peratus).

“Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan oleh pengguna internet termasuk perbankan internet (37.6 peratus), dan pembelian atau pesanan barangan serta perkhidmatan (23.2 peratus),” katanya.

Peratusan individu yang menggunakan komputer juga mening­kat kepada 69.8 peratus pada 2017 daripada 68.7 peratus pada 2015, manakala peratusan individu yang memakai telefon pintar bertambah sebanyak 0.2 mata peratus pada 2017 kepada 97.7 peratus daripada 97.5 peratus pada 2015. – BERNAMA


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.384263 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list