CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Tempatan] 50 peratus lepasan Teknikal dan Vokasional dapat tawaran kerja sebelum tamat pen

[Copy link]
Post time 21-3-2018 02:06 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 21 Mac - Lepasan sistem Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi apabila 75 peratus daripada mereka mendapat peluang pekerjaan selepas tiga bulan menamatkan pembelajaran.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, kadar itu agak tinggi berbanding lepasan atau graduan yang mengambil bidang lain kerana sistem TVET lebih memenuhi keperluan industri.

Malah katanya, hampir 50 peratus daripada mereka ditawarkan pekerjaan sebelum menamatkan pembelajaran secara rasmi.

“Kerajaan kini mengadakan kerjasama dengan pihak industri, kerana pelajar yang dikeluarkan mengikut keperluan pasaran dan bukan kehendak akademik semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang bertanyakan mengenai usaha-usaha kerajaan meningkatkan prestasi sistem TVET semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.-


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.057013 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list