CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11182|Reply: 139

[Tempatan] (Updated) : Pelajar Institusi Swasta Hilang Sudah Dijumpai

  [Copy link]
Post time 21-3-2018 02:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 31-3-2018 11:29 PM

“Pergi Pasar Malam, Alamanda, Tengok Wayang, Kemudian Tak Angkat Telefon!”

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/03/21/remaja-hilang/

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2018 2:07 PM
Oleh: NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@thestar.com.my

Wan Muhammad Muizzudin dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

PETALING JAYA: "Adik cakap pergi tengok wayang, tapi jiran nampak dia pandu kereta menghala ke Johor," kata abang kepada seorang pelajar institusi swasta yang hilang sejak Jumaat lalu.

Wan Muhammad Khalis Wan Mohd Khalid, 22, ketika dihubungi berkata, adiknya Wan Muhammad Muizzudin, 19, tidak pulang sejak keluar dari rumah tanpa ditemani sesiapa pada pukul 10 pagi hari tersebut.

"Kami semua bimbang dia terlibat dalam kemalangan atau mengalami sebarang musibah kerana gagal menghubungi telefon bimbitnya.

"Pada hari kejadian, ibu saya ada menghubunginya beberapa kali untuk mengetahui tentang lokasinya," katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Menurut Wan Muhammad Khalis, adiknya memberitahu dia berada di pasar malam pada pukul 6.30 petang, di pusat beli-belah Alamanda pada pukul 7.40 malam dan menonton wayang pada pukul 12 tengah malam.

Bagaimanapun, panggilan tidak diangkat ketika ibunya cuba menghubungi pelajar kursus asas (foundation) jurusan kewangan itu sekitar pukul 2 pagi.


Wan Muhammad Muizzudin (kanan) bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain.

"Pelik bila dia cakap kepada ibu dia pergi tengok wayang sebab jiran saya yang amat mengenali kereta keluarga terlihat dia memandu kereta itu menghala ke Johor.

"Ketika itu jiran saya nampak dia di Pagoh sekitar pukul 8.30 malam, Jumaat," jelasnya.

Difahamkan, mereka sekeluarga turut memeriksa dengan pihak pengurusan tentang kehadiran pelajar IPTS itu di Alamanda, namun disahkan bahawa Wan Muhammad Muizzudin tidak mengunjungi pusat beli-belah tersebut.

Wan Muhammad Khalis memuat naik mengenai berita kehilangan adiknya itu di Instagram pada pagi Rabu sebagai ikhtiar untuk mencari remaja tersebut.

Ujar pemuda yang menetap bersama keluarga di Putrajaya itu, adiknya merupakan seorang anak yang mendengar kata dan tidak mempunyai masalah dengan keluarga.



Mereka juga tidak mempunyai kenalan atau saudara mara di Johor dan tidak pasti tentang tujuan adiknya ke negeri itu.

Sementara itu, Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan ketika dihubungi mengesahkan tentang laporan polis berhubung kehilangan remaja berkenaan.

"Laporan dibuat pada Sabtu lalu dan kertas siasatan juga telah dibuka, termasuk hebahan mengenai kehilangan remaja tersebut.

"Kami percaya bahawa dia masih berada di dalam negara, cuma kenderaan yang dinaikinya masih belum dapat dijejaki," kata beliau.

Tambah Rosly, pihaknya mengalu-alukan orang ramai tampil memberi maklumat tentang remaja itu bagi membantu siasatan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2018 02:45 PM | Show all posts
balik johor kot. cuba check kot dia ada awek kat johor ke..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ikut gadis indon pegi lombok? lol or gf org johor
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 03:02 PM | Show all posts
tiba2 hilang macam ni aku teringat plak kes yang tiba2 hilang
lepas tu jumpa terdampar kat rumah nenek
sampai skang tak ada update

moga adik ni baik2 dan selamat hendaknya
badan mantap kau dik
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 03:08 PM | Show all posts
merajuk bawak hati ka hapa??
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik kau lelaki nakkk.....

Klu pompuan, sis changa dah carutkan kauuu......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2018 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah cek immigresen x...
Kot laa dah lepas ke bali ngn gf
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 03:17 PM | Show all posts
Musim cuti kan gi holiday kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2018 03:42 PM | Show all posts
budak ni buat foundation, cerdiklah patutnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 03:45 PM | Show all posts
aku tunggu si senah aka vakuro jer komen....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 04:06 PM | Show all posts
alahaiiii..pegi mana pulak
balik la dik..sian mak tu
ank x jawab call/wasap beberapa jam pun rsa risau gilerr..
hilang berhari hari..mmg sengsara sgt..

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 04:08 PM | Show all posts
ummah pprt ker dek....
namun badan heshe sedap jugek
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
I suspect mesti ada kaitan dgn gf.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 04:11 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 21-3-2018 03:16 PM
Dah cek immigresen x...
Kot laa dah lepas ke bali ngn gf

ada info bgtau dia tk bawak passport
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 04:14 PM | Show all posts
lasagnaklcc replied at 21-3-2018 04:11 PM
I suspect mesti ada kaitan dgn gf.

kan? i rasa dia pergi holiday dengan gf dia. but without parents knowledge. maybe dia risau parents dia marah bercinta time umur muda camni.n he never thought yang parents dia akan cari dia.


well, tu experience i la..nasib la zaman i dulu takde viral bagai ni...


apa pun, hope adik ni selamat la hendaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak kelempuk ? Ke mata I je?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2018 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Badan helok ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tah tah ikot pakwe ko gi tioman\batam jambu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by namieamuro at 21-3-2018 05:14 PM

tgh dating ler tu..gepren ajak teman shopping kt jpo kot..tggu jela..kang reti la die balik..

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 04:51 PM | Show all posts
namieamuro replied at 21-3-2018 04:30 PM
tgh dating ler tu..helok pulak ilang pas tgk wayang ye

gepren ajak teman shopping kt jpo ko ...

Dia tak pergi tengok wayang kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.075535 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list