CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 887|Reply: 6

[Tempatan] Anggota polis gaji bersih bawah 40 peratus dibimbangi terbabit RASUAH

[Copy link]
Post time 21-3-2018 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Berita
Masalah keberhutangan serius anggota PDRM diberi perhatian
  Dikemaskini 21 Mac 2018, 6:36 pagi
   

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan institusi perbankan termasuk Bank Negara Malaysia dalam usaha mengatasi masalah keberhutangan serius dalam kalangan sesetengah anggotanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata melalui kerjasama itu, setiap individu yang mempunyai pendapatan bersih di bawah paras 40 peratus berbanding gaji kasar dikenal pasti dan dimasukkan ke dalam kumpulan sasaran untuk tujuan pemantauan.

"Mereka diberi bimbingan dan bantuan dalam mengurus kewangan secara berhemah, serta diselamatkan secara berperingkat daripada terus terjerumus dalam masalah keberhutangan serius.

"Kita berpendapat sekiranya perkara ini (keberhutangan serius) tidak diatasi dengan kadar segera, ia akan memberi kesan negatif kepada integriti individu (anggota)," katanya ketika berucap di Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri bersama Warga PDRM di Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras di ibunegara semalam.

Mohamad Fuzi berkata kerjasama ini juga bertujuan melaksanakan saringan dan intervensi kewangan yang bersesuaian terhadap mereka yang terbabit dalam isu keberhutangan serius.

"Ia secara tidak langsung membolehkan langkah sewajarnya diambil bagi membantu mereka ini daripada belenggu hutang," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata setiap anggota juga perlu meletakkan budaya integriti sebagai tonggak utama dalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

"Nilai integriti mampu mencorakkan etika, sifat-sifat murni dan pemikiran rasional dalam mencegah rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam tugasan masing-masing," katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri dalam negeri menghadiri mesyuarat pengurusan bersama pucuk pimpinan tertinggi PDRM.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2018 03:26 PM | Show all posts
mostly buat personal bank rakyat

sy musti pilih

kayo2 staf bank rakyat dpt bonus lebat
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 03:36 PM | Show all posts
dah terang dan jelas....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 03:40 PM | Show all posts
kalo bantu setakat bagi kaunseling, tak jalan

kena bantu uruskan kewangan, engage dengan AKPK ke contohnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 04:08 PM | Show all posts
Yang gaji besar pun terbabit jugak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 04:26 PM | Show all posts
kdg2 geng diorang jugak yang pedajal member sendiri...

member join koperasi polis, ajak kwn2 lain buat personal loan kat koperasi...

pastu top up lagi hutang lain dgn cara langsai guna duit koperasi..

tak ada duit bayar koperasi, carik koperasi lain lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2018 04:30 PM | Show all posts
dia nak amik rasuah tak kira gaji besar ke kecik..
dalam diri tu kena check
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.171172 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list