View: 3219|Reply: 16
|
Dunia Sudah Tua – 10 Destinasi Ini Akan Pupus, Anda Perlu Kunjungi Segera!
[Copy link]
|
|
Bumi makin tua.
Jadi, apa yang ada di muka bumi ini ada tarikh luputnya.
Maklumlah dengan perubahan iklim yang tidak menentu serta tangan-tangan manusia yang ganas, maka ada destinasi cantik mungkin terhakis, lama kelamaan pupus.
Jadi, selagi kudrat masih ada, mereka yang belum sempat lagi berkunjung ke 10 tempat bersejarah ini, harus mengambil peluang ya.
1) Tembok Besar China
Hakisan semulajadi ke atas binaan bersejarah ini lama kelamaan akan menyumbang kepada runtuhnya tembok besar China ini.
2) Taj Mahal
Pakar kaji cuaca percaya, dengan adanya pencemaran udara dan hakisan di sana sini mungkin menyebabkan ia akan runtuh satu hari nanti.
3) Laut Mati
Laut Mati yang sempadannya antara Jordan dan Israel sebenarnya telah hilang daratan sebanyak 80 kaki. Ia diramalkan akan hilang dalam masa 40 tahun lagi.
4) Seychelles
Pulau Seychelles yang terletak di Lautan India di pantai Madagascar –akan lenyap kerana hakisan pantai.
5) Egypt
Dikelilingi pembinaan, air bawah tanah dan pencemaran yang menyebabkan segala makam, monument dan piramid Mesir ini akan pupus.
6) Gondola di Venice
Gondola di Venice, Itali dilaporkan semakin tenggelam hinggakan kekerapan banjir menyebabkan ia makin besar.
7) Maldives
Perubahan cuaca menyebabkan Pulau Maldives juga makin tenggelam. Sesetengah saintis meramalkan pulau ini akan hilang dalam masa 100 tahun.
8) Petra
Binaan kota Petra di Jordan adalah daya tarikan utama pelancong, namun artifak ini menerima tempias bencana alam seperti hujan, angina serta disentuh oleh pelancong menyebabkan nilainya juga makin susut.
9) Gunung berapi Hawai
Taman Negara gunung berapi Hawai memberi peluang kepada pengunjung merasai aktiviti membabitkan gunung berapi. Namun ia meningkatkan risiko suhu, situasi dan keadaan yang tidak menentu.
10) Alaska
Di Alaska pula dilaporkan gua ais dan kubah ais semakin mencair setiap tahun.
Ngeri juga kan? Tapi berbalik kepada prinsip kehidupan - ada tarikh luputnya.Jadi, jom lah menyempatkan diri ke lokasi bersejarah ini. - CARI
Kredit : The Weather Channel |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau hawaii tu payah sikit nak p huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alaska tu.alahaiii
Nak cari.makan.susah ntol
Iols.insoofff.kejap.tgk cite life below zero...
Semua kena cari.sundiri
Xdak.kedai.jual ikan sayur ayam bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm Gua Niah pun tak sampai lagi ni |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin nak pergi tembok besar china tu. Jangan runtuh dulu nah, tunggu konah! |
|
|
|
|
|
|
|
for muslim.. bek pi mekah dulu huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Air Asia ada pi Hawaii rasanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nk pegi tembok besar china tu tp risau jgk tgh jln2 tiba2 runtuh {:yameteh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mirian1110 at 22-3-2018 09:53 AM
korang, ada yang nak gi japan tak dalam hujung tahun nie? nak ikuttt...nak cari travel buddy yg boleh dipercayai ni
|
|
|
|
|
|
|
|
nak gi taj mahal tapi meollss takot la brita2 psal yindia ske rogol tourist ni..ingat lagi dlu owner ke pekerja hotel nak rogol western tourist sampai sheollss patah kaki la terjun dari bilik hotel dia tu..seram yachhh!! |
|
|
|
|
|
|
|
passport pon tkde lagi ni |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan risau tembok ty teramat ler panjangnya dari utara tanah cina hingga ke bahagian selatan. Kalau area yang selalu pelancong kunjung tu macam di Bejining ok je sebab dia orang selalu jaga bab maintainence nya. Kalau yang agak rosak sikit pun yang belah2 utara area yang tak ramai pengunjung sebab dah betul2 atas gunung sangat tak ramai sanggup nak daki atau yang kat area gurun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau area monument rajin je mereka baiki dan baik pulih. Hanya part pulau2 tu susah sikit sebab hakisan air agak extreme susah nak control. |
|
|
|
|
|
|
|
satu tempat pun iols tak penah sampai lagi.. langkawi yang dekat pun belum jejak.. sedih hidup iols ni |
|
|
|
|
|
|
|
3 dari tempat kat atas tu iols dah selalu pergi
sampai naik bosan dah
alaska tu ada jual nasik tak kalau sehari tak makan nasi mula iols rasa nak makan orang
|
|
|
|
|
|
|
| |
|