CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 972|Reply: 7

[Tempatan] Larangan peruncit kenakan surcaj kad debit, kredit

[Copy link]
Post time 22-3-2018 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Tiada surcaj kad debit, kredit
22 Mac 2018 3:00 AM


KUALA LUMPUR 21 Mac - Peruncit tidak dibenarkan untuk mengenakan surcaj bagi pembayaran menggunakan kad debit di bawah Rangka Kerja Pembaharuan Kad Pembayaran dan larangan yang sama juga terpakai bagi pembayaran kad kredit di bawah peraturan skim kad antarabangsa seperti Visa dan Mastercard, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu berkata, maklum balas yang disediakan oleh Timbalan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat adalah merujuk kepada faedah yang dikenakan oleh pengeluar kad kredit terhadap pemegang kad bagi baki kad kredit tertunggak yang belum dijelaskan dan bukan bagi surcaj yang dikenakan oleh peruncit ke atas urusniaga kad kredit dan debit.

BNM berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini sebagai maklum balas kepada artikel Free Malaysia Today bertarikh 19 Mac 2018 bertajuk Consumer body: Abolish surcharges on credit cards (Badan Pengguna: Hapuskan surcaj ke atas kad kredit).

Bank pusat berkata, larangan ke atas surcaj itu dipantau dan dikuatkuasakan oleh bank-bank yang menyediakan kemudahan e-pembayaran kepada peniaga.

“Pengguna yang berdepan dengan peniaga yang mengenakan surcaj dinasihatkan untuk membuat aduan kepada bank masing-masing atau pengeluar kad pembayaran,” kata bank pusat.

Katanya, satu daripada alasan peruncit mengenakan surcaj adalah untuk mendapatkan semu­la kos yang ditanggung mereka apabila menerima pembayaran kad yang mana mereka biasanya mengenakan bayaran urusniaga, juga dikenali sebagai kadar diskaun peniaga (MDR).

Secara umumnya, bank pusat berkata, MDR bagi kad kredit adalah tinggi berbanding MDR bagi kad debit.

Kebanyakan negara mengguna pakai pendekatan berbeza dalam menangani isu surcaj yang dikenakan oleh peruncit bagi pembayaran kad.

Di negara Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom, peruncit dilarang mengenakan surcaj terhadap pengguna bagi urusniaga kad kredit dan kad debit manakala di Australia, peruncit mempunyai hak untuk mengenakan surcaj ke atas pelanggan yang membayar menggunakan kad pembayaran lebih mahal seperti kad kredit.

Rasional bagi pendekatan tersebut adalah untuk menggalakkan pengguna membayar menggunakan kad debit yang lebih kos efektif, kata bank pusat.

Di Malaysia, BNM telah memperkenalkan langkah-langkah seperti Rangka Kerja Pembaharuan Kad Pembayaran dan Rangka Kerja Pindah Kredit Saling Berope­rasi bagi mengurangkan kos kepada peruncit apabila menerima kaedah pembayaran elektronik kos efektif.

Ini seterusnya akan mengurangkan tekanan kepada peruncit untuk mengenakan surcaj terhadap pengguna.

Bagi mendapat manfaat daripada kos operasi rendah, peruncit juga digalakkan menerima kaedah pembayaran kos efektif seperti kad debit dan pembayaran mudah alih (pindahan dana segera), kata bank pusat.

BNM berkata, peruncit yang tidak mampu membayar MDR tinggi bagi kad kredit digalakkan untuk menghubungi bank mereka masing-masing untuk menerima hanya pembayaran kad debit. – BERNAMA



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 09:00 AM | Show all posts
airasia lettew. caj smpi brape ringgit kalau byr tiket pakai kad debit. pastu tak habeh2 promote bigcard die
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
x silap shin.. kalau amek hp iphone kat SenHeng.. x kira la 12bln ke.. 24bln ke.. 36bln zero interest.. apple kenakan caj sbb guna kad kredit.. camtu di kira apa ek
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 09:44 AM | Show all posts
selagi boleh diperah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2018 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kes GST,  BN ckp pengguna sabotaj tu sebab kenaikan harga brg
Isu surcaj ni,  aku tunggu statement menteri,  sure dia akan ckp minta pengguna yg tlg boikotkan peniaga
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 11:49 AM | Show all posts
banyak je kedai kenakan surcharge..
terutama kedai barang letrik/komputer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2018 12:37 PM | Show all posts
Kedai2 kecik pun selalu suka mengenakan caj sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2018 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedai kedai Kat lowyat buat mcm tu relax je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.061690 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list