CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4382|Reply: 74

[Tempatan] BN kantoi! Rupanya bila RUU berita palsu lulus, 1MDB tak boleh disebut langsung.

[Copy link]
Post time 22-3-2018 09:13 AM | Show all posts |Read mode
1MDB tak boleh disebut langsung bila RUU berita palsu lulus – Raja Kamarul
21 Mac 2018 60


KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan untuk mewartakan rang undang-undang (RUU) berita palsu jelas mengejutkan gabungan pembangkang.

Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (Kuala Terengganu-PAN) berkata, langkah itu jelas akan mematahkan usaha pembangkang untuk terus memainkan isu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Bila rang undang-undang berita palsu ini diluluskan nampak gayanya 1MDB tidak boleh disebut langsung.

“Jadi bagaimana kita nak tahu apa yang berita sah dan berita palsu. Bila undang-undang berita palsu ini diluluskan kita tidak boleh bercakap apa-apa tentang 1MDB,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Ahli Parti Amanah Negara (PAN) itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari awal hari ini.

Jailani berkata, apa-apa berita mengenai 1MDB yang tidak disahkan oleh kerajaan BN akan dianggap sebagai berita palsu.

Menurut Jailani, bukan sahaja isu 1MDB malah apa juga berita mengenai kerajaan BN yang tidak sah akan dianggap tidak sahih.

“Sekarang ahli Parlimen tidak boleh bercakap apa-apa tentang 1MDB di dalam Dewan Rakyat, semua soalan tentang isu itu ditolak. Sekarang ini apabila akta berita palsu ini akan diluluskan maknanya apa yang menteri cakap apa yang tidak ada dalam laporan PAC, dikira berita palsu.

“Kalau kita tidak tahu apa yang ada, dan tidak ada bagaimana kita nak cakap. Ini tidak munasabah di mana situasi untuk menutup isu 1MDB,” soal Raja Kamarul.

Julai tahun lalu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bertindak menolak soalan-soalan daripada gabungan pembangkang berhubung isu 1MDB.

Pandikar berkata langkah untuk menolak soalan-soalan tersebut bersandarkan kepada Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat mengikut Perkara 62 (1) Perlembangaan Persekutuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 09:31 AM | Show all posts
fuyoo....untong laa deme kat atas...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 09:59 AM | Show all posts
wahhhh... hanya ada di Malaysia... Oh Tanahair ku!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
1mdb tu berita palsu ke?
berita palsu mcm lapuiji buat... lps kantoi delete post
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 10:07 AM | Show all posts
berita pelese kat malaysia

kat obesea satu persatu ibu pertiwi kena londeh
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 10:08 AM | Show all posts
dinopower2 replied at 22-3-2018 10:01 AM
1mdb tu berita palsu ke?
berita palsu mcm lapuiji buat... lps kantoi delete post

palsu la kot sama palsunya MB pujaan hati hg lingkopkan bas amfibia 3jota tuh...semua tuh berita palsu belaka yahudi yg palsukan kan??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2018 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin bangsat pulak umngok ni. Moga dilaknat tuhan. Amen
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 22-3-2018 10:01 AM
1mdb tu berita palsu ke?
berita palsu mcm lapuiji buat... lps kantoi delete post

Mcm berita palsu ifon mengungguli pasaran walhal melingkar. Ifon = babi. Kahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 22-3-2018 10:08 AM
palsu la kot sama palsunya MB pujaan hati hg lingkopkan bas amfibia 3jota tuh...semua tuh berita p ...

kesian mb... 3 juta tuh haha
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 22-3-2018 10:33 AM
Mcm berita palsu ifon mengungguli pasaran walhal melingkar. Ifon = babi. Kahkahkah

jd berita dodol berendam mcm badak air tu palsu la ek
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 10:49 AM | Show all posts
Kalo begini berita yg betul pon boleh 'dipalsukan'
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 22-3-2018 10:38 AM
jd berita dodol berendam mcm badak air tu palsu la ek

Itu pon palsu, boleh kena jel kau dek!
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Binawe sungguh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 10:48 AM | Show all posts
apa yg bodoh sangat...
yg tak boleh sebut langsung, hanya berita palsu mengenai 1MDB....
jangan pihak2 yg bersalah, yg telah byk diambil tindakkan, yg berkaitan dengan 1MDB , dianggap seolah-olah 1MDB yg bersalah.
Syarikat2 besar yg lain mcm 1MDB jugak, . Jgn kerana kesalahan sykt2 lain yg berurusan dgn 1MDB, terus kita nak salahkan 1MDB.


berita yg sahih mengenai 1MDB bolehlah sebut.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape yg define palsu dan benar? Mahkamah?PMO?Jibby?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 11:07 AM | Show all posts
dinopower2 replied at 22-3-2018 10:01 AM
1mdb tu berita palsu ke?
berita palsu mcm lapuiji buat... lps kantoi delete post

yg lapuuiji buat lawak pasal cincin kak mah pun, patut dikategori berita palsu...
sebab walaupun buat lawak..ada pyokong tegarnya percaya gila...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2018 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
dah 1 mdb dikatakan berita tepat, sahih terhebah seantaro donia, ngapa plk takut kena dakwa .. berani kerana benarrr, takut kerana salahh . akta ini pun hanya terpakai pd berita palsu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:41 PM | Show all posts
berita palsu?? biar betul ni...kalau silap kena denda skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:57 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 22-3-2018 10:32 AM
Makin bangsat pulak umngok ni. Moga dilaknat tuhan. Amen

Aminn....

puak2 PAS tak nak buat solat hajat ramai2 ker pasal kes nih...
ingat kan boleh la puak2 lebai ni bila sikit...
ehhh... tapi PAS puashati dengan penerangan kes 1MDB nih...

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 03:12 PM | Show all posts
rashiman replied at 23-3-2018 10:48 AM
apa yg bodoh sangat...
yg tak boleh sebut langsung, hanya berita palsu mengenai 1MDB....
jangan pi ...

Tak kisah lah isu 1mdb ke? apa ke. Yang pasti kalau kau buat berita palsu kau dah buat salah sebab fitnah seseorang tanpa bukti. Lol. Aku pun tak faham. Apa seronok sangat tah buat berita palsu ni. Orang lain dapat info pun banyak and sampai mana 1 nak percaya pun tak tahu. Kahkah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.268677 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list