CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14314|Reply: 190

[Tempatan] Sekolah berasrama penuh tersasar, lebih 10 peratus pelajar adalah golongan berad

  [Copy link]
Post time 22-3-2018 10:51 AM | Show all posts |Read mode
March 22, 2018
Pelajar kaya masuk sekolah asrama jadi budaya, kata aktivis


PETALING JAYA: Sebuah kumpulan pendidikan bersetuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan sekolah berasrama penuh kini sudah tidak menumpukan pendidikan untuk pelajar dari latar belakang miskin, menjadikan sistem itu tersasar dari matlamat asas kerajaan.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Rahim berkata, sudah menjadi budaya bagi golongan kaya berebut dengan orang miskin untuk masuk ke sekolah berasrama penuh.

“Kerap kelihatan anak ahli politik, korporat dan yang berkemampuan berebut masuk ke sekolah berasrama penuh. Sepatutnya 10% sahaja untuk golongan itu, tetapi kini sudah lebih.

“Ini sebenarnya sudah menjadi budaya apabila kenal orang berpengaruh akan dapat tempat. Manakala orang yang tidak kenal orang berpengaruh dan tidak ada kuasa pula tersisih. Orang dah tak hairan,” katanya kepada FMT.

Semalam, Dr Mahathir berkata matlamat asas kerajaan menyediakan sekolah berasrama penuh kini sudah tersasar, sehinggakan sekolah seperti itu tidak lagi menekankan bantuan kepada anak golongan miskin.

“Yang pergi ke sekolah asrama penuh ini sepatutnya mereka yang tinggal di rumah yang kurang alatan lampu dan lain-lain untuk mereka belajar,” katanya pada sesi penerangan dasar Pakatan Harapan (PH) atau “Policy Talk”.

“Sebab kita adakan asrama penuh, termasuk di sekolah menengah, ialah untuk beri peluang kepada lebih ramai anak kita belajar,” katanya.

Azimah berkata, Kementerian Pendidikan perlu menyemak semula kuota untuk anak orang berkemampuan masuk ke sekolah asrama penuh.

Beliau berkata ia bagi memastikan golongan miskin tidak kehilangan peluang dan tersisih untuk masuk ke sekolah asrama penuh.

Azimah berkata walaupun Dr Mahathir mempunyai agenda politik di sebalik kenyataannya, ia adalah satu hakikat.

“Di banyak tempat, kenal orang berpengaruh itu sudah jadi budaya.

“Ini berlaku terutama apabila mereka habis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Sebab mungkin ingin senang dapat biasiswa belajar ke luar negara,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 11:16 AM | Show all posts
agreed....banyak yang amik kesempatan....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 11:24 AM | Show all posts
bila masing-masing guna kabel..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 11:27 AM | Show all posts
bukan ke dr zaman che det lagi bende2 ni mmg dah berlaku?
akak tgk ramai jah anak org kaya masuk SBP MRSM bagai since zaman che det lagi
bila time parents dtg sekolah, kemain lagi kereta sume stok2 import mahal bagai dgn gaya parents ala2 datuk datin pakai spek rayban
kat TKC in 90s dulu siap ada satu parents ni dtg skolah naik heli turun kat padang sekolah sbb apaknya billionaire
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 11:27 AM | Show all posts
normal la tu. bersepah guna kabel. anak result tak cemerlang mana pun, layak masuk top SBP..hurmmm
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 11:30 AM | Show all posts
bkn mukriz dulu pun masuk mrsm jugak ke?

apa salahnya anak org kaya yg cemerlang akademik masuk sbp atau mrsm?

kalau dibandingkan dgn ank pprt yg akademik mereka sendu di hari natal....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2018 11:30 AM | Show all posts
ms akak skolah dulu2, kalo bleh akak prefer sekolah harian
tp sbb parents akak paksa gak masuk asrama bagai
sbb skolah SBP akak ni penuh dgn lobai lobainita kepam yg suke paksa weols bertudung berstokin tak bleh tgk students lelaki pompuan bagai,
paksa2 org pegi usrah bagai..padahal masa tu akak sibuk nak practice volleyball tournament bagai
heeyyyy rimaslah akak
apa dia ingat sume students ni dtg skolah nak menyundel ke?
kowserr hakak nak kapel2 or cari abang angkat bagai sbb diorg sume stok2 lobai kepam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2018 11:34 AM | Show all posts
masalahnya ada yg tak cukup syarat straight A
sebab kabel, kaya semua terlepas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 11:40 AM | Show all posts
tang ni memang setuju.... anak akak sekolah asrama... punyalah hazab pegi interbiu... menunggu turn dari pagi sampai ke petang... hujung2 anak2 orka ni tak interbiu pun dapat masuk... kabel lah kata kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2018 11:42 AM | Show all posts
bila psl thread asrama penuh, belajar oversea
forumner CI memang WIN
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita tak boleh banding result kemasukan anak2 miskin luar bandar dengan anak2 kaya dan di bandar

Perlu ada merit ambilkira kekurangan di luarbandar dan miskin bila pilih kemasukan

Kami tak adapun buku rujukan, kelas tambahan, tuisyen, internet, kemudahan komputer tu semua.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 11:54 AM | Show all posts
bukan 10% sahaja... kalau 50% pun aku percaya...

kalau biasiswa JPA tu..penuh dengan anak2 orang berada yang mmg sah sah mampu hantar anak ke oversea.. dorang ni bukan tak pandai..mmg pandai.. tapi aku rasa ramai lagi student yanglayak

dulu masa aku kat UK... ramai student2 aku kenal... dpt duit biasiswa.. beli beg tangan la beli kosmetik... ada sorang aku kenal, parents dtng London macam rumah kedua.. setahun smpai 10 kali..smpai raya pun kat sana...



Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 11:57 AM | Show all posts
Modngengade replied at 22-3-2018 03:30 AM
bkn mukriz dulu pun masuk mrsm jugak ke?

apa salahnya anak org kaya yg cemerlang akademik masuk s ...

Mukriz ke yang study kat Jepun? tak silap heols antara batch pertama yang ke Jepun gomen hantar... so pepaham je la..

masa batch aku ramai jugak anak2 menteri dpt tajaan biasiswa, anak MB pahang, batch aku yang paling aku kenal anak Tan Sri Annuar Musa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
10% kuota org kaya, 10% kuota oldboys, 10% kuota politicians, 10% kuota kakitangan kerajaan termasuk yg kaya raya sekali rembat 100 juta...end up kuota anak orang kampung tinggal 10%.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 12:01 PM | Show all posts
Edited by hyie at 22-3-2018 12:02 PM

meols ex-sbp...nak sentuh bab pinjaman buku teks. Disebabkan meols pernah masuk kelas hujung (sebab bimbo lah kan), so meols pernah tak dapat buku teks. Dapat pon yang versi dah terkoyak sana sini dan tak cukup muka surat. Meols pasrah jah. Kekdahnya geng2 anak orka nih pon gigih amik buku free, cibai sangat yach. So weols yang semekin hadap buku pinjaman nih ada yang terpaksa beli buku sendiri  walaupun ujung2 tak guna pun sebab cikgu lebih prefer buku rujukan siri Pelangi. Cikgu weols pon sama fukimak sebab tak bagitau awal2...

rasanya yuran sbp pon mahal gak kan untuk golongan berpendapatan rendah, sebab mak iols pernah compare, dia cakap mahal. Meols tak berapa amik tau pasal yuran sebab budak2 lagi kan. Cikgu suruh bayar kita bayar aje lah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
boarding school irrelevant dah sekarang, anak orang kg sekolah arab pun boleh dpt 11A la sekarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2018 12:32 PM | Show all posts
sama mcm kuota Haji
kuota 1MDB
kuota agensi swasta
kuota VVIP
terbaru kuota tentera
hujungnya berapa baki yg tinggal
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 12:34 PM | Show all posts
masa zaman aiols kat mrsm lg benda ni da jd
hntr anak balik asrama pakai bmw, merc hokkayyy
parents aiols pakai wira aeroback ja
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 12:39 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 22-3-2018 11:27 AM
bukan ke dr zaman che det lagi bende2 ni mmg dah berlaku?
akak tgk ramai jah anak org kaya masuk SB ...

betul.. benda ni sejak zaman madey lagi dah berakar umbi. sbb tu baru2 ni ada cadangan utk buat MRSM elit utk golongan berduit dgn YURAN YG TINGGI.  tapi puak pembangkang maki hamun pulak.  apa benda pun mesti nak bangkang.  walhal cadangan MRSM yuran tinggi itu dibuat supaya MRSM anak2 cerdik dari golongan ada-ada ni tak ganggu penempatan mrsm biasa. lagi pun org kaya ni kan suka berlagak.  so boleh la mrk berlagak klu anak2 mrk dpt masuk MRSM ELIT YURAN TINGGI.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 12:40 PM | Show all posts
aku x sempat nk masuk sbp sbb mak aku xde duit..aku blajar kt skolah biasa je pandai jgk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.367528 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list